Saturday, November 30, 2013

Kisah Benar Wanita PKR Sabah....?



Tindakan 11 Ketua Cabang PKR Sabah keluar parti termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri membuktikan betapa porak perandanya keadaan dalaman parti itu.

Apabila perkara ini berlaku kepada sebuah parti yang kononnya berbangga kerana mengaku bersifat reformis, rakyat akan mula meragui kenyataan tersebut.

Benarkah PKR sebuah parti reformis yang dikatakan dinamis, manusiawi dan bervisi seperti yang diwar-warkan selama ini? Atau PKR sebenarnya hanyalah parti picisan yang menggunakan sloganan dan semangat berkobar-kobar untuk menutup kelemahan pemimpin-pemimpinnya.

Pertama apa yang berlaku menunjukkan sifat politik Sabah yang berlainan sekali dengan Semenanjung atau pun Sarawak.

Sebelum dan semasa kempen Pilihanraya Umum 13 lalu, pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim menjadikan Sabah sebagai sasaran dengan harapan dapat merampas negeri itu dari tangan Barisan Nasional.

Anwar menimbulkan banyak isu yang kebanyakan adalah fitnah dan propaganda semata-mata untuk mengaburi fikiran rakyat Sabah.

Kononnya jika pembangkang menang harga minyak akan diturunkan malah royalti minyak akan dinaikkan kepada 20 peratus daripada 5 peratus.

Isu pendatang asing juga digembar-gemburkan sehingga satu suruhanjaya ditubuhkan kerajaan pusat untuk menyiasat dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia.

Ini tidak termasuk lagi dakwa dakwi lain seperti kemiskinan, rasuah dan sebagainya. Namun apa jua tuduhan yang dilemparkan kepada BN, rakyat Sabah bijak memilih yang mana satu permata yang masa satu kaca.

Selama BN memerintah Sabah hingga ke hari ini, politik negeri itu stabil kerana ia amat faham mentadbir sebuah negeri yang didiami oleh pelbagai etnik dan suku kaum.

Berbeza pula dengan Anwar, PKR, Pas dan Dap yang hanya mahu mengeksploitasi rakyat Sabah dalam percaturan mereka untuk menguasai negeri itu.

Pembangkang tidak faham langsung selok belok dan sepak terajang Sabah yang begitu kompleks sekali hinggalan seringkali berlaku pertelagahan antara kumpulan-kumpulan berbeza latarbelakang dalam parti yang sama.

Dalam hal PKR ianya berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap bekas pembelot UMNO, Lajim Ukin sebagai pengerusi PKR Sabah oleh Anwar.

Kumpulan yang keluar parti itu mendakwa mereka telah berhempas pulas berjuang untuk menghidupkan PKR Sabah tetapi Anwar memilih bulu untuk mengangkat mereka yang mempunyai nama, pangkat, kedudukan dan lebih-lebih lagi wang ringgit.

Anwar sudah tidak peduli lagi golongan reformis yang menjadi teras kepada pergerakan jalanan yang diwujudkan belasan tahun lalu.

Seperti juga di Sabah, sikap pilih kasih Anwar berlaku di mana-mana sahaja termasuk di Semenanjung dan Sarawak.

Contoh di Pahang, di Pahang beliau melantik Fauzi Abdul Rahman, bekas rakan kelas sekolah dan juga universiti walaupun rakannya itu amat dibenci oleh ramai pemimpin PKR Pahang termasuk juga dari PAS dan DAP.

Tetapi orang seperti inilah yang diangkat oleh Anwar atas dasar pilih kasih dan kronisme yang kononnya amat ditentang oleh beliau.

Ini tidak termasuk memposisikan anggota keluarga terdekat seperti isteri dan anak dalam jawatan tinggi parti.

Seolah-olah di dalam PKR, tidak siapa boleh bersuara terhadap apa yang dilakukan oleh Anwar walaupun beliau memegang satu jawatan yang tidak pun dilantik oleh perwakilan parti!

Tindakan 11 ketua cabang PKR Sabah adalah tanda-tanda Anwar bukan sahaja sudah tidak laku di negeri itu tetapi anggotanya sendiri sudah hilang keyakinan terhadap stail kepimpinan beliau.

Persoalannya apa agaknya akan berlaku sekiranya Anwar bertanding sebagaim presiden parti tahun depan menggantikan isterinya?

Dengan ketiadaan Dr Wan Azizah Ismail sebagai presiden, sudah tentu Anwar akan menggunakan kuasa sepenuhnya untuk membersihkan PKR daripada kroni-kroni yang menyokong isterinya dahulu.

Akan bertambah kecamuklah keadaan dalaman parti dan akhirnya berkuburlah PKR...... Malah Perdana Menteri semasa sidang akhbar bersama ketua-ketua cabang tersebut membayangkan akan terjadi gelombang kedua yang lebih besar bakal melanda PKR Sabah dalam masa terdekat.

Elok sajalah Anwar berundur dari menerajui PKR dan terus bersara daripada dunia politik untuk selamanya.

Tunaikanlah janji yang dibuat untuk menjadi pensyarah di Amerika Syarikat jika gagal untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar perlu membuat muhasabah diri sama ada dirinya masih diterima oleh penyokong-penyokong lagi dalam dunia politik kini yang sudah berubah. Beliau perlu menganalisa samada seorang yang sudah menjangkau 67 tahun boleh diterima oleh generasi muda yang mempunyai pelbagai citarasa politik yang jauh berbeza daripada generasi seangkatan denganya...

Waaah BEST Macam Ni... 1hb Oktober Wardina Balun Najib Kata BN Seleweng Duit. Sebagai Hadiah Wardina Dapat Jadi Ahli MKPN


Friday, November 29, 2013

Ini Lebih Lawak Dari Maharaja Lawak Mega...! Faekah Husin Panggil Azmin Ali "SARKIS". PKR Peace YO..!!


Kalau Bukan Kerana Kak Midah UMNO Tak Akan Berjaya Rampas Kerajaan DAP Di Perak Pada Tahun 2009. Esok Wanita UMNO Gopeng Wajib Nobatkan Kak Midah Sebagai Ketua Wanita…


Bagaimana kalau tak ikat,
Kait dengan duri-durinya;
Bagaimana aku tak ingat,
Orang baik hati budinya.


Banyak duri perkara duri,
Duri mana duri yang tajam;
Banyak budi perkara budi,
Budi yang mana dikenang orang?


Buah pedada dalam baldi,
Masak nasi hari petang;
Hidup kita biar berbudi,
Hingga mati dikenang orang.

JOM kita baca kupasan sepenuhnya mengenai tokoh pimpinan Wanita UMNO yang berhati kental, beliau sentiasa meletakkan kepentingan parti mendahului segela-galanya.... Klik SINI

Thursday, November 28, 2013

Wan Azizah Malu Besar Bila Video Klip Bukti Anwar Kantoi Bohong Pasal 500 Ribu Bangla Dah Tersebar...







Muzakarah UMNO-PAS ?? Sekali Anwar-Kit Siang Bersin..., Menggigil Hadi Awang!



Ramai yang seakan tidak percaya dengan kenyataan, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang bersetuju untuk bermuzakarah dengan UMNO...

Ini kerana, umum mengetahui bagaimana sikap bekas Menteri Besar Terengganu itu yang begitu sinikal dengan UMNO tiap kali timbulnya idea untuk bermuzakarah.

Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar parti sebelum ini berkata, PAS sedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini. Menurut Hadi kesediaan PAS itu dizahirkan daripada kepakaran pemimpin parti tersebut yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan.

"PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan Islam. Media, siarkanlah perkara ini. InsyaAllah ulama-ulama kita akan turun. Kita ramai ahli-ahli (pelbagai bidang), dia (UMNO) hendak yang tua pun ada, muda pun ada."

"(Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk," katanya.

Manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semalam, UMNO bersikap terbuka berhubung hasrat PAS bermuzakarah dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan umat Islam. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan, UMNO perlu meminta penjelasan lanjut daripada PAS berhubung skop muzakarah yang mahu dilaksanakan.

"Saya akan berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) tidak lama lagi sebab beliau sudah minta untuk berjumpa saya mengenai perkara ini (muzakarah)," katanya.

Ramai pemerhati politik, melihat idea ini ditimbulkan kembali ekoran dari keputusan pemilihan Muktamar PAS yang diadakan sebelum ini. Keputusan pemilihan itu menyaksikan kumpulan ulama hanya mampu mengisi 9 tempat daripada 18 Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Malah kemenangan besar kumpulan Liberal yang mengalahkan calon-calon kumpulan Ulama PAS itu dilihat bakal menyukarkan parti itu untuk terus relevan di hati masyarakat Melayu dan Islam di masa akan datang.


Di tambah pula dengan desakan dan tekanan parti ‘Ultra Kiasu’ DAP dan PKR yang dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini terutama yang melibatkan isu-isu yang berkaitan agama Islam. Tambah membimbangkan mereka, apabila ada di kalangan pemimpin PAS yang dilihat bersetuju dengan desakan dan tekanan yang diberikan itu.

Sehinggakan ada yang merasakan, PAS tidak lebih hanya merupakan kuda tunggangan DAP untuk terus melebarkan kuasa politik perkauman mereka di samping merealisasikan impian Anwar untuk bergelar Perdana Menteri. Semua ini dilihat akan menjadi punca undi masyarakat Islam dan Melayu semakin mengecil kepada parti yang menggunakan nama Islam itu.

Sebagai contoh, analisa PRU13 yang dijalankan jelas membuktikan, undi orang Islam dan Melayu terhadap PAS semakin merosot....!  Selain gagal mempertahankan Kedah, PAS hanya mampu peroleh 21 kerusi Parlimen serta hilang lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN.

Malah beberapa pemimpin tertinggi parti itu juga tewas kepada BN termasuk Timbalan Presidennya Mohamed Sabu di Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub di Johor dan seorang lagi Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

PRU13 juga menyaksikan PAS kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya dengan memperoleh 21 kerusi Parlimen. Ia sekaligus memperlihatkan kemerosotan parti itu berbanding pada 2008 apabila PAS hanya kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan memperoleh 23 kerusi.

Terbaru, ketika PRK Sungai Limau walaupun berjaya mengekalkan penguasaan, namun kemerosotan majoriti jelas ketara apabila calon PAS, hanya mampu memperoleh majoriti sebanyak 1,084.  Calon parti itu Mohd. Azam Abd. Samat mendapat 12,069 undi manakala calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim memperoleh undi 10,985.

Jumlah undi majoriti yang diperolehi PAS dilihat merosot jika dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN PAS Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi.

Pada pilihanraya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.

Kesimpulannya idea muzakarah ini kembali dilaungkan, hanya apabila PAS rasakan ia bakal menyebabkan parti itu semakin tidak relevan. Ini kerana pada tahun lalu, Hadi dengan sombong dan bongkak telah menolak perlawanan untuk bermuzakarah dengan UMNO sebaliknya memilih untuk berbincang dengan NGO.

Apa pun diharapkan agar PAS benar-benar ikhlas ingin mencari titik tengah bagi memartabatkan Islam di negara ini.....

Hakikatnya, apa akan berlaku apabila Anwar dengan Kit Siang bersin...? Hadi Awang akan buat apa...??