Monday, January 27, 2014

ADUN Kajang Dipaksa Letak Jawatan Untuk Beri Anwar Bertanding PRK...? Projek Ganti Khalid Sebagai MB Selangor

Sudah tersebar meluas surat perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR Lee Chin Cheh yang baru sahaja 8 bulan menjadi wakil rakyat di Selangor.

Menurut Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh, beliau sendiri tidak dimaklumkan apakah sebab dan alasan keputusan itu dibuat.

Sejak pagi tadi sudah berdendang cerita Anwar Ibrahim akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan akan berlaku satu Pilihanraya Kecil (PRK) di Selangor. Malah menurut berita itu menyatakan pimpinan PKR sedang memilih kerusi DUN yang "sudah pasti" BN tak boleh menang....

Kalau dilihat dari senario politik terkini sebenarnya ada "banyak" kerusi DUN di Selangor yang BN tak boleh menang. Mungkin kerusi DUN Kajang ini dipilih kerana wakil rakyat yang ada sekarang ini bukanlah seorang yang 'outstanding' dan tersohor dikalangan PKR. Hanya sebagai 'passenger' dalam kenderaan yang dipandu oleh PKR...

Sekiranya berita ini benar, maka terbuktilah bahawa Azmin Ali bukan pilihan PAS dan DAP di Selangor. Azmin hanya "Jagoan" dalam PKR.

5 comments:

Anonymous said...

Adoooii ...ingat jadi YB ni main2 ke?....ni amanah rakyat jalan kan lah tggungjawab sehingga habis penggal...

Anonymous said...

Umno sudah goyang la...

Anonymous said...

MCA ke Gerakan yang nak bertanding di kawasan ini. Harap PM tak tabur duit nak baiki atau naik taraf sekolah-sekolah cina dan kuil-kuil hindu.

Cukup-cukuplah, biar mereka buat sendiri kerja.

Anonymous said...

Jutaan ringgit akan di belanja utk pru ni...sgt membazir

Anonymous said...

Abih le yg jambu2 dipejabat MB kena toron.