Thursday, January 16, 2014

Apakah Benar Nilai Value Jawatan Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor Lebih Murah Dari Harga Sekilo Kangkung...? Kisah WhatsApp UMNO Selangor

Blogger MIK hanya mampu mendengar keluh kesah beberapa Ketua Bahagian UMNO dalam negeri Selangor yang tidak puas hati dengan cara Noh Omar membuat keputusan....

Selaku Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Selangor Noh tidak pernah merujuk, berbincang dan mendapat persetujuan daripada AJK Pengurusan Perhubungan Negeri untuk melantik Ketua UMNO Bahagian Subang iaitu Dato' Zein Isma Ismail sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor yang baru.

Noh membuat lantikan hanya dengan memaklumkan dalam WhatsApp Group. Bagaimanakah bantahan atau sebarang persoalan boleh dibuat kerana Zein Isma sendiri turut sama berada dalam WhatsApp Group tersebut kerana beliau merupakan salah seorang AJK menerusi jawatannya selaku Ketua Bahagian Subang..?

Sudah pastilah akan bercakaran dan huru hara sesama sendiri dikalangan beberapa Ketua Bahagian sekiranya ada yang gatal tangan 'memulakan' sebarang persoalan mempersoalkan lantikan Zein Isma!

Jawatan selaku Ketua Penerangan merupakan satu peranan yang sangat sangat penting apatah lagi untuk 'berperang' dengan gelagat karenah juak juak Pakatan yang lebih licik membuat 'propa' khususnya dalam menghangatkan sesuatu isu.... Benarkah Noh Omar ambil mudah dalam perlantikan ini?

Ketua Penerangan hendaklah seorang yang sangat bijak untuk menangani isu isu panas, berkebolehan untuk menjelaskan sesuatu isu agar rakyat tidak terkeliru dengan adu dumba serta fitnah juak juak Pembangkang.

Dalam keadaan sekarang ini jelas terbukti UMNO Selangor masih layu, longlai dan tidak bermaya untuk menyerang Pakatan dan diwaktu yang sama gagal untuk memperjuangkan isu yang paling penting iaitu penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam..! Oleh itu tersangat pelik melihat Noh Omar tidak serius dalam membuat keputusan melantik Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor.

Jawatan dan tanggungajwab ini juga memerlukan seorang yang mampu untuk mendekati rakyat membuat penjelasan agar isu isu serta semua dasardasar kerajaan BN dapat dijelaskan dengan baik supaya rakyat faham dan tidak terkeliru....

Apakah Zein Isma benar benar layak..?

6 comments:

Anonymous said...

muka2 ni tak sesuai nak berhadapan dgn puak2 PR tu. kena ada muka baru untuk menentang kerajaan PR yang semakin zalim tu. Nyesal aku sokong PR tapi nyampah jugak dgn muka2 UMNO ni

Anonymous said...

Fuyoooo gamba Bapa Kangkung Malaysia dan Lembu2 nya....

Anonymous said...

MEMANG BETUL TINDAK TANDUK NOH OMAR DAN STAEMENT-STATEMENT YANG DI KELUARKANNYA TIDAK ADA KUALITI. SETAKAT CAKAP SAJA, FOLLOW UP TIDAK ADA, KALAU ADA PUN ENDINGNYA MACAM FILEM HINDUSTAN....SEDIH...SEDIH...SEDIH

Anonymous said...

Kan mahathir dah kata...orang bodoh jer yg ada kat UMNO nie....

Anonymous said...

sekadar ingin bertanya,adakah benar datuk zein isma ismail ini pernah bekerja sebagai pegawai di syarikat malaysia national berhad[mni]?.

Anonymous said...

pencerahan MNI ialah syarikat malaysia national insurance berhad yang sekarang ini dinamakan etiqa.dato'zein isma ismail adalah pegawai disyarikat itu kalau tersilap dan bukanya dia berbanyak mohon maaf.