Friday, January 10, 2014

Cuti Hari Jumaat.... Kisah Umat Islam Di Johor, Kisah Umat Islam Di Selangor

Hari Jumaat adalah "penghulu" kepada segala hari.... Ibadah solat Jumaat dilakukan seminggu sekali untuk umat islam.

Apakah rutin biasa seseorang umat islam, khususnya kaum lelaki yang bekerja makan gaji yang berada di negeri Selangor pada setiap hari Jumaat? Iya, mereka hanya ada tempoh masa yang sangat terhad untuk menunaikan tanggungjawab menunaikan solat Jumaat.

Dalam tempoh masa yang sangat terhad itulah seseorang muslimin mengejar waktu untuk berehat makan tengahari, bergegas ke masjid, kemudian bergegas pulang semula ke pejabat.....

Untuk menunaikan ibadah yang istimewa pada hari istimewa, umat islam di Selangor khusunya yang bekerja makan gaji terpaksa meranjau apa yang disebutkan tadi. Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa Islam adalah Agama Rasmi yang terkmaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berbeza dengan penganut penganut agama Kristian di negeri Selangor. Mereka sangat selesa untuk pergi menunaikan upacara sembahyang agama mereka di gereja!

Berbeza sungguh nasib umat islam yang berada di Johor Darul Takzim. Mulai tahun ini, mereka yang bekerja di pejabat, tidak perlu lagi terkejar-kejar waktu untuk menunaikan solat Jumaat.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.

Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.

"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.


Kenyataan daripada tuanku Sultan menyebut 'membenarkan umat islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman' itu benar benar menjadikan umat islam dinegeri Johor kini mendapat nasib yang jauh lebih baik daripada umat islam di Selangor.

Seronoknya melihatkan bagaimana seorang ayah yang tak perlu ke pejabat boleh membawa bersama anak anaknya yang masih kecil menuju ke masjid pada Jumaat kerana anak anaknya juga tidak perlu ke sekolah dan mereka punyai masa yang tidak terhad, tidak terkejar kejar memburu waktu!

Takbik hormat..... Menjunjung tinggi titah yang dibuat oleh tuanku Sultan Johor, demi agama Islam yang perlu kita julang...!! ALLAHU AKBAARR

23 comments:

Anonymous said...

Sesungguhnya Sultan Selangor ada kuasa untuk mengisytiharkan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu bagi negeri Selangor. Agak agaknya apa akan terjadi kepada kerajaan negeri Selangor sekiranya Sultan mengisytiharkan demikian...siapa yang akan menyebelahi Sultan Selangor dan siapa pula yang akan menderhaka?

Anonymous said...

Cara yg bagus untuk mengajar orang kafir yg tak pernah bersyukur ni, istihar cuti jumaat dan sabtu di semua negeri yang majoriti Islam.

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah...semoga Allah beri kekuatan kpd umat Islam di bumi Malaysia untuk bersatu.

Anonymous said...

Satu suasana yang tak pernah dilihat di masjid tatkala solat jumaat selama ini, kalau dulu masjid banyak tempat kosong dibahagian belakang. Tapi minggu lepas keadaan berubah, masjid penuh sampai ke luar. Alhamdullilah, golongan bapa membawa anak kecil mereka solat Jumaat sekali. Tak perlu nak fikirkan masalah masa yang tak mencukupi kerana terkejar-kejar nak sambung kerja seperti sebelum ni. Daulat Tuanku...

Anonymous said...

O you who believe! when the call is made for prayer on Friday, then hasten to the remembrance of Allah and leave off trading; that is better for you, if you know. 56:9
But when the prayer is ended, then disperse abroad in the land and seek of Allah's grace, and remember Allah much, that you may be successful 56:10

Berbeza dengan firman Allah, selepas solat, maka bebas mencari rezeki, bukan rehat bercuti. Sama sebelum solat Jumaat , berhenti segala jual beli, bukan berhenti rehat.
Memandang cuti cuma 2 hari, mungkin kebanyakan orang akan merancang percutian dan pelbagai aktiviti yang mungkin menyebabkan mereka skip Jumaat . Lebih elok Jumaat hari kerja supaya cuti Sabtu dan ahad fully utilized!

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah...semoga Allah beri kekuatan kpd umat Islam di bumi Malaysia untuk bersatu.

Anonymous said...

tak semua cuti hari minggu jumaat dan sabtu di johor..saudara saya yang bekerja di kilang kat muar (dekat jambatan tu) tak cuti pun pada hari jumaat dan sabtu...cuti masih lagi sabtu dan ahad..adakah cuti hari jumaat dan sabtu ni untuk kakitangan kerajaan saja???? sektor swasta tak terlibat ke????

Anonymous said...

pada suatu hari kucing sedang duduk di bawak kereta.... nak di pendek kan cite kucing itu pun tertidor.... dah habis cite...

Anonymous said...

Syukur penduduk satu kg taman dan jiran dpt bersatu bersama keluarga sembahyg bersama...dpt mengiratkan lg silaratulrahim

Anonymous said...

majoriti rakyat Johor bekerja di sektor swasta yang lebih 90% tidak menjadikan Jumaat-Sabtu sebagai cuti rehat mereka. kenapa? sebab swasta diberi pilihan untuk ikut atau tidak. so...ape bezanya kalau cuti jumaat-sabtu @ sabtu-ahad? makin menyusahkan adelah. jadik kelam kabut klu sorang keje swasta, sorang keje gomen. kong kalikong sama jugak. yang untung kapir lahanat dan yang seumpama dengannya.

Anonymous said...

MB khalid gagap akan istiharkan patik sembah dehaka agaknya mcm Nizar berok dlu. jika Sultan Selangor istihar cuti jumaat.. mengamuk sakan puak2 DAP teresa kok semunya.. mujahid rawa akn cari dalil2 dlm kpala otaknya utk support DAP..

mcm biasa.. DAP always raja maa..

Anonymous said...

Ayuh..mari kita pakat semua negeri cuti hari jumaat..jgn dihiraukn manusia yg terlalu cinta dunia tu semua..selagi umat islam bersatu insyaallah akan dilimpahi dan diberkati Allah...luaskan kuasa naungkan kami...

Anonymous said...

Ayuh...mari kita mohon raja2 melayu isytihar hari jumaat cuti...pedulikm mrk yg terlalu cinta duniawi..sesungguhnya kita hidup pun mengharap belas ehsan Allah..

Anonymous said...

kau ingat semua org macam kau yang lepas sembahayang pergi rehat tidur tengok batang pokok je sampai petang....
..

Anonymous said...

kau ingat semua org macam kau yang lepas sembahayang pergi rehat tidur tengok batang pokok je sampai petang....
..

Anonymous said...

minggu ni(Melaka ),khutbah panjang.sembahyang mula pukul 2.00 ptg.lepas salam, jemaah kelam kabut tinggglkan masjid.kejar masa,alangkah bagus Melaka juga cuti hari Jumaat

Anonymous said...

dulu gi sembahyang badan bau hapak. La ni siap samping bang dan wangi. Lebeh selesa tak terkejar-kejar.

Anonymous said...

Kalid MB boneka je...bukan ada kuasa pun....hampeh.

PAS pulak jadi anjing DAP...apa boleh buat...sukarela dan setia beb...

Ghazali said...

Padan muka kepada orang Melayu di Selangor yang hampir kesemua meraka adalah penyokong totok PR.

Anonymous said...

Saudara mik, teruskan perjuangkan rakyat selangor.....

Anonymous said...

kalau boleh satu malaysia cuti pada hari jumaat,sabtu..senang cita..kelantan,terengganu,johor cuti pada hari berikut..parlimen setuju,maka termaktub la ia..mana agensi yg memerlukan bekerja,ot lah,mcm sabtu ahad yg sekarang..cuma tukar hari ja..undang2 manusia boleh di ubah..undang2 agama sahaja yg kekal,mengikut kesesuai zaman sekarang,berbanding zaman dahulu kala..menuju 2020..

Anonymous said...

BILA LAGI SULTAN SELANGOR NAK ISTIHAR CUTI AM NEGERI HARI JUMAAT & SABTU? TIRU YANG BAIK DARI RAJA JOHOR TU... PERINTAH SAJA MB ..SEMUA JALAN!

Anonymous said...

Mana-mana negeri yg penduduknya majoriti Islam, tukar cuti ke Jumaat Sabtu lah. Apasal nak tiru cuti kristian tu, malaysia tak akan lingkup sebab tukar cuti ke jummat. Ajar sikit puak kafir laknat tu yg mabok pada malam sabtu dan ahad tu.