Tuesday, January 7, 2014

Idris Jala Marah Bible Bahasa Melayu Untuk Kristian Sarawak Dirampas….? Adakah Itu Punca Idris Jala SABOTAJ Najib Semalam…?


Tak masuk akal untuk kita akui seorang individu yang menjadi CEO kepada sebuah organisasi yang berprestij tinggi bertanggungjawab sebagai “penasihat” untuk Perdana Menteri boleh membuat kesilapan bodoh [silly mistake].

Iya, memang tak boleh diterima oleh akal kita yang waras untuk menerima keadaan tersebut suatu insiden yang TAk sepatutnya berlaku!

Idris Jala adalah Chief Executive Officer kepada PEMANDU – Performance Mamangment and Delivery Unit. Beliau merupakan tokoh korporat yang sangat luas pengalaman pernah menjadi Managing Director SHEL, kemudian dipilih sebagai CEO MAS sebelum dilantik sebagai Senator.

Untuk seorang yang membaham gaji sangat lumayan seperti Idris Jala, memang sukar untuk kita terima hakikat beliau boleh membuat kesilapan dalam menaip posting pada twitternya…!

Kesilapan yang membuka ruang tersangat luas untuk juak juak murahan Pakatan Pembangkang mempersendakan YAB Perdana Menteri kita Dato Sri Najib Tun Razak.

Apakah kesilapan ini benar benar TAK sengaja…? Sekiranya tersilap eja nama Najib, sebagai contoh: typo error untuk menaip huruf A tersilap menjadi huruf S kerana pada keypad ianya berkedudukan sebelah-menyebelah, itu kita boleh terima….

TETAPI yang kunuuuunnya tersilap adalah sebuah perkatan! Iya, perkataan FORMER, seketul bro… bukan satu huruf!! Idris Jala jangan fikir rakyat bodoh….

Seterusnya persoalan kita buat Idris Jala ialah ‘apa tujuan keseliapan itu dilakukan’ ? Perbuatannya itu jelas mahu SABOTAJ Najib… Tingkah laku seperti ini hanya boleh terjadi apabila ada naluri ‘protes’ dalam diri seseorang. 

Tetapi sudah pasti individu seperti Idris Jala ini tidak akan ada naluri protes kerana kenaikkan harga barang sebab beliau bukan golongan miskin dan susah.

Pada hemat Blogger MIK, insiden yang dilihat seperti SABOTAJ terhadap Najib ini berlaku kerana dalam badan Idris Jala sudah mendidih api kemarahan beliau…

Sebagai seorang Kristian, beliau pasti tersentap dengan isu rampasan bible berbahasa melayu untuk penganut penganut agama tersebut di Sarawak.


[imej Petikan blog pimpinan DAP, Teresa Kok]

Nampaknya Idris Jala sudah ‘terpedaya’ dengan permainan politik jahat juak juak murahan Pembangkang yang membuat kerja jahat mahu pastikan BN tumbang di Sarawak pada Pilihanraya Negeri yang semakin hampir…

Ini buktinya…! Baca di SINI

2 comments:

Anonymous said...

Terpedaya ke memang suku DAP tiga suku? Aku rasa Dato' Najib dah silap pilih orang.

Anonymous said...

Sebenarnya yg melantik Idris Jala jadi menteri yg bangang kelas pertama jgn hangpa x tau macai2 umporno hoi..... nyahkan dia dr umporno....