Tuesday, January 28, 2014

KECOH..! The Star Online Lapurkan Azmin Ali Suruh Sam Ketot TUTUP Mulut Jangan Menyibuk Hal PKR Selangor...

Kecoh malam tadi apabila The Star Online melapurkan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, Azmin Ali naik angin dan meminta Ketua AMK Shamsul Iskandar jangan campur tangan hal PKR Selangor....

Sepertimana kita lihat apa yang tertera diatas sana pada imej screen capture The Star Online, Azmin menegaskan bahawa pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor masih belum membuat sebarang keputusan untuk menentukan siapakah calon yang layak bertanding pada Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang.

Malah jika dibaca pada apa yang dilapurkan diatas itu, Azmin mahu 'anak jati Selangor' menjadi calon dan ini sekaligus menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah pilihan hati Azmin....

Azmin membuat kenyataan media sebagai maklum balas terhadap tindakan melulu Ketua AMK, Sam Ketot yang mahu Anwar menjadi calon bertanding PRK N25 DUN Kajang yang kini telah dikosongkan oleh wakil rakyat YB Lee Chen Cheh yang meletakkan jawatannya semalam tanpa memberikan sebab yang munasabah.



27 Januari 2014

Kenyataan Media
Untuk Edaran Segera

Pilihanraya Kecil Kajang:

AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon

Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.

Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang.

Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia

Akhbar The Sun Daily juga ada memetik kenyataan Azmin Ali yang tidak mahu Ketua AMK Malaysia, Sam Ketot untuk memandai-mandai masuk campur urusan yang perlu diselesaikan oleh Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.

Boleh baca di SINI.


4 comments:

Anonymous said...


Tutup
Pratonton

Edit Tanpa Nama berkata...

harap puak umno buat ops dgn pas + beberapa adun myu pkr nafikan Nuar dari jadi mb sgor. sokong adun pas jadi mb, baru menganga cinabeng dalam pkr dan dap :) umno 12 adun + pas 15 adun = dah 27 adun myu beb, tu tak campur lg adun2 myu pkr kem kakwan mcm kaled berahim and the gang yg bengang kena singkir tu hehehe





Anonymous said...


Tutup
Pratonton

Edit Tanpa Nama berkata...

harap puak umno buat ops dgn pas + beberapa adun myu pkr nafikan Nuar dari jadi mb sgor. sokong adun pas jadi mb, baru menganga cinabeng dalam pkr dan dap :) umno 12 adun + pas 15 adun = dah 27 adun myu beb, tu tak campur lg adun2 myu pkr kem kakwan mcm kaled berahim and the gang yg bengang kena singkir tu hehehe

Anonymous said...

SEMUA NI WAYANG GAMBAR TAK TAK LAKU

nasir said...

ketot-2 pon menang juga ngn Ali Ketam ..wakakakaka