Wednesday, January 29, 2014

Memang BIJAK…! Anwar Guna Isu PRK DUN Kajang Untuk Tutup Cerita Penceraian Nurul Izzah…



Bijak…!!

Itulah perkataan yang layak diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk ‘divert’ isu panas yang membabitkan maruah keluarga dirinya sebagai ‘orang politik’.

Malah bukan Anwar seorang sahaja, ahli keluarganya sendiri terlibat sebagai ‘orang politik’. Umum sedia maklum isteri Anwar iaitu Wan Azizah merupakan Presiden PKR dan anak sulung mereka, Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR yang sudah pun dua penggal menjadi wakil rakyat sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Cuba kita lihat dokumen dibawah ini;


Inilah dia dokumen yang berkaitan dengan cerita panas Nurul Izzah memfailkan fasakh untuk bercerai dengan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar. Kisah ini mencuri perhatian dan menjadi perbualan hangat serta mendapat liputan meluas khususnya di media maya.

Untuk menutup malu kes ini, Anwar kena cepat bertindak! Sebagai Boss Nombor 1 parti yang klentong rakyat, beliau harus bijak menyusun atur catur politik…

Anwar sedar bahawa kemelut Azmin – Khalid juga memasuki episod yang semakin memuncak dan inilah ruang yang ada untuk beliau gunakan. Maka, tak semena-mena wakil rakyat di DUN N25 Kajang menjadi kambing yang dihitamkan…

‘One Stone Kills Two Birds” itulah formula Anwar. Beliau redakan bahang ‘perang saudara’ Azmin – Khalid dengan cara dirinya sebagai BIG Boss masuk dalam struktur pimpinan kerajaan negeri Selangor secara sah. Apa pun spekulasinya yang menjadi perbualan seluruh rakyat Malaysia, yang pastinya cerita rumahtangga Nurul Izzah sudah tidak menjadi perbualan lagi!
 
Anwar belum lagi secara rasmi menjadi calon PKR untuk bertanding PRK N25 DUN Kajang kerana proses Penamaan Calon belum pun berlangsung....

TETAPI untuk seketika ini, apa yang sedang berlaku ialah PRK Kajang telah menjadi suatu topik yang sangat panas. Rakyat sudah tak mahu lagi bercakap pasal krisis rumahtangga Nurul Izzah, rakyat dah terlupa isu kalimah Allah, dan rakyat juga TIDAK lagi bercerita isu cikgu Cinabeng yang suruh muridnya yang beragama islam makan rumput....

Bijak tak Anwar...?

11 comments:

Anonymous said...

Tak semudah itu Melayu tak kan lupa lagi. It will there forever.

nasirwise said...

Sah. Datuk Seri Anwar Ibrahim (DS Anwar) dicalonkan bertanding di Pilihanraya kecil Kecil (PRK) DUN Kajang selepas ADUN Kajang YB Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semalam Isnin 27 Januari. Besar kemungkinan,DS Anwar akan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baru jika beliau menang PRK tersebut. Mengapa DS Anwar Ibrahim berhasrat menjadi Menteri Besar Selangor?

TV3 memberitakan DAP dan PAS tidak tahu menahu mengenai tindakan dan rancangan PKR yang merencanakan perletakan jawatan ADUN Kajang dan pencalonan DS Anwar Ibrahim serta ura ura diangkat menjadi MB Selangor. Setiausaha Agong DAP mengatakan beliau dan DAP tidak dimaklumkan perkembangan politik di Selangor tetapi bapanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah hadir di Majlis Pengumuman Calon di IbuPejabat PKR.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam juga menyuarakan tiada maklumat mengenai `kemelut dan rencana PKR’ tetapi kelihatan Sallehudin Ayub dan Dr Hatta Ramli berdiri di barisan belakang para pemimpin pembangkang. Rupa rupanya Selangor di tadbir bersama oleh PAS (15 kerusi DUN) DAP (15 kerusi DUN) dan PKR (14 kerusi DUN). Ada cerita belakang yang PAS akan mengemukakan nama nama yang boleh dilantik menjadi MB Selangor.

Penulis anggap ia adalah strategi bijak PKR dan Pakatan Rakyat untuk `kill 3 birds with one stone’. Mungkin lebih daripada 3 ekor burung. Ia dilakukan untuk :-
1. menyelesaikan masalah perebutan kuasa atau krisis di antara YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR merangkap Pengerusi PKR Selangor dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Penasihat PKR mengambil jalan tengah dengan tidak melantik kedua dua mereka yang berkrisis menjadi MB Selangor.
2. Mengambil kesempatan untuk `cement and convert’ sentimen kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang, kepada undi Pakatan Pembangkang.
3. Mempromosi imej dan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, yang kurang `exposure’ ketika menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang berbanding menjawat Menteri Besar Selangor. Exposure kepada rakyat, kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan serta pelabur luar akan lebih besar.
SELANJUTNYA DI nasirwise.blogspot.com

Anonymous said...

aku tengok si nurul munafiq ni..mcm busuk la. ntah ler...

Anonymous said...

Banyak bangkai yang terpaksa anwar tutupkan, isu fasakh anak dia, isu pertelingkahan Khalid-Assmin, isu cikgu DAP lembukan pelajar, isu tutup kemaluan dihalau dari Jepun, isu khalimah Allah yang memuncak dalam negara. Dan yang paling besar sekali adalah isu kes rayuan Saiful terhadap anwar. Dengan peguam pendakwaraya pun bakal diketahui bulan februari ni samaada mahkamah berjaya gugurkan Shafie atau tak. Tapi anwar terlupa dia merancang, Allah juga merancang dan sebaik2 rancangan adalah dari Allah yang Maha Esa bukan yang triniti seperti kehendak anwar.

Anonymous said...

Laki dia tergedik2 nk betina xde maruah ni.. pujuk memujuk pdhal entah dlm hati dia ada sape.. dayus lah..

nasir said...

hanya media BN je yg laporkan anuwar nak jadi MB sgor, padahal PAS dan DAP belum buat keputusan lagi !!

Anonymous said...

wei bahlol macai2..kapal busuk PR dh nk sewel nk salahkan media BN..kepala hotak ko lah!

Anonymous said...

Biasalah Bro .. macai macai PR ni BAU KENTUT DIKATAKAN WANGI ..
PERCAYA SANGAT ..

hassan telor said...

kau ni bodoh ke hapa wahai blogmaster? org support PR bukan sbb anuwar, tp sbb Bee End tu hampeh dan busuk tau !!
hanya minoriti je sokong anuwar, org PAS pon tak sokong anuwar !
kesimpulannya, kalau Bee End tu bagus,takdenya org nak support PR.
Org Selangor lagi la takut nak sokong Bee End,habis lesap duit negeri utk pemimpin yg rakus dan zalim !!

rahman daging said...

ingat matlamat kita, hapus dan benamkan umporno habis-2an.wahahaha

Anonymous said...


Selangor tu sebuah negeri yg kaya sebelum PKR memerentah tp sekarang dh nak bengkrap sbb pemimpin pkr bodooo mentadbir.....koo memang bodoooo