Wednesday, January 15, 2014

Nasib Baik Najib Larang UMNO Selangor Adakan Mesyuarat Perhubungan Negeri Di PERTH Australia.....

Tak ada masalah nak cari masalah....
Tak ada penyakit nak cari penyakit....
Elok elok hidup tak susah tapi sengaja menyusahkan hidup....

Demikianlah kisahnya dengan gelagat pelik seorang Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor! Siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Noh Omar.

Apakah Noh Omar ada penyakit kurang daya ingatan...? Beliau lupa bahawa Selangor merupakan sebuah negeri yang gagal, iya mereka tewas pada PRU ke 13. Untuk tambah sos dan cili kasi taruk..., jangan kita juga mahu buat buat lupa, hakikatnya daripada 22 kerusi DUN kini hanya tinggal 12 kerusi DUN sahaja, kalah teruk!

Tak perlu kita untuk terus-terusan menuding jari sana sini mencari salah siapa punca UMNO Selangor tak berjaya rampas negeri Selangor pada PRU ke 13 yang lalu. Kita kena berfkiran positif, think positive and Move Forward..!

UMNO Selangor khususnya kena mencari kaedah untuk membuat gerak kerja lebih gigih dari sekarang, fokus pada impian menawan semula negeri yang paling kaya di semenanjung tanahair kita ini.

Selain daripada UMNO Selangor perlu mula dari sekarang membuat gerak kerja tersusun, yang paling penting mereka juga WAJIB mengelak daripada membuat sebarang keputusan 'bangang' dan tak masuk akal waras manusia...

TETAPI malang sungguh nasib UMNO Selangor apabila mendapat Kapitan yang tak berfikir dengan baik. Noh Omar diberitakan membuat rancangan untuk mengadakan Mesyuarat Perhubungan UMNO Selangor di luar negara... Mahu diadakan di Perth Australia!

Mujurlah cadangan ini ditolak mentah mentah oleh YAB Datuk Sri Najib yang menegur Noh supaya membatalkan idea bangang ini, sekiranya diteruskan sudah pasti ianya akan menjadi kecaman hebat ahli ahli akar umbi UMNO dan juga sudah pasti menjadi bahan untuk Pakatan Pembangkang membelasah UMNO Selangor... 

Akan disusuli pula dengan lahirlah kebencian meluas pengundi pengundi di Selangor terhadap UMNO!

Kisah ini ada kaitan dengan artikel di SINI

5 comments:

Anonymous said...

udah biasa mewah. cerdik buruk akal tak baik......byk kaedah bole dibuat....

Anonymous said...

Noh nak rasa makan kangkong australia kot??

Anonymous said...

Bro, orang dah kaya raya memang lah nak enjoy selalu, bukan nak buat kerja. Walau dah kaya, nak gak jalan-jalan di bawah tanggungan UMNO. Kalau tnaya Ana, buang semua dan ganti dengan team baharu. Wahai Najib, takkan nak tunggu PRU 14 untuk jatuhkan Noh, seperti Zain?????? Takut2 PRU 14 UMNO/BN satu kerusi pun tak menang!!!!!

Anonymous said...

Macam tu lah perangai segelintir pemimpin umno.....tak reti bahasa. yang dia reti cuma men'acon' pihak atasan.....

ali abu

Anonymous said...

Noh hang pedulikan dgn ape Najib ckp, hang yg handle Umporno Selangor suka hang nk mesyuarat kt mane? lagi pn melayu yg menyokong umporno selangor depa tak kisah lagi mrk anguk aje ckp hang, depa kata tanpa umporno melayu mati maa, depa bkn tau hang pya rakan bisnes cina..... kelentong aje Nor hang ade kuasa,lagi pn dlm Malaysia ni hang aje yg berani cabar itu n ini dgn MB Selangor yag lain x berani walaupn kadang2 cabaran hang tu BODOH n BAHALUL.... Hidup Noh Udang....