Wednesday, January 8, 2014

PRU 14 UMNO-BN Akan Tewas Di Johor....? Kerja Gila PEMANDU Mahu Buat Pembinaan TOL Lebuhraya EDL

PEMANDU sudah semakin terhoyang hayang....!

PEMANDU sedang dipandu oleh pemandu pemandu yang mabuk todi, memandu dalam keadaan yang sangat merbahaya, cara panduan yang boleh mengakibatkan kehilangan banyak nyawa.... Ramai yang akan mati, mayat mayat akan bergelimpangan. Sungguh tragis..!!

Demikianlah pembuka bicara, Mukadimah penulisan Blog MIK hari ini.

Negeri Johor Darul Takzim sudah mendapat jolokan negeri Johor Darul UMNO... Sememangnya kita sedia maklum bahawa parti UMNO dilahirkan di negeri Johor. Sehingga ke hari ini, UMNO kuat di negeri Puteri Gunung Ledang ini....

Apakah benar andaian yang dibuat, sekiranya UMNO tertonggeng di Johor akan membawa padah yang besar menyaksikan UMNO-BN juga akan hilang tahta kerajaan Putrajaya...?

PEMANDU hanya pentingkan kantong dan karung untuk isi dana, tak pernah pedulikan masalah poket rakyat. Keputusan yang bangang boleh menimbulkan kemarahan rakyat, tidak pernah gentar dengan tindakan rakyat boleh membuat keputusan untuk tidak lagi memberikan mandat kepada YAB Datuk Sri Najib bersama UMNO-BN menerajui kerajaan.

Kupasan terbaik anda wajib baca di SINI.

No comments: