Thursday, January 30, 2014

Semoga YAB Datuk Sri Najib TAK Pernah Lupa Apa Yang Dia Katakan Pada Tahun 2009....

Pada bulan Mei 2009, YAB Perdana Menteri kita pernah berkata dengan bijak "kekosongan kerusi DUN Penanti Pulau Pinang bukan disebabkan oleh peruntukan Perlembagaan sebaliknya hanya mainan politik Pembangkang".

Sehubungan dengan itu BN membuat keputusan TIDAK meletakkan calon pada PRK DUN Penanti sewaktu peristiwa ini berlaku tahun 2009. PKR dengan sengaja mengarahkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 iaitu Fairus Khairuddin untuk meletakkan jawatan dan kosongkan kerusi DUN Penanti. Kerja gila ini dibuat bagi membolehkan mereka adakan PRK bagi melantik Timbalan Ketua Menteri yang baru.

Semalam apa yang berlaku di DUN Kajang Selangor juga satu episod drama masalah dalaman PKR yang serupa... Maka persoalannya sekarang apakah Najib akan menari mengikut rentak tarian Anwar...?

Perlukah BN yang dipimpin oleh Najib membazirkan jutaan ringgit wang rakyat semata-mata untuk diperbodohkan oleh politik kotor Anwar Ibrahim...? Kalau dulu Najib boleh buat keputusan yang bijak, kita semua mengharapkan kebijaksaan itu akan terus kekal....

LIHAT bukti dibawah ini;


8 comments:

Anonymous said...

Hikmah Disebalik PRK Kajang

BN mesti letak calon. Letak calon bukan kerana nak sekat kemaraan Anwar. Letak calon sebagai cara untuk muhasabah diri. Muhasabah diri untuk melihat Adakah BN ini masih ada tempat lagi dihati rakyat sesudah Najib melakukan berbagai transformasi untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Senang cakap Adakah Umno masih diterima oleh kelompok bukan melayu.

Betul. Boleh kata sebahagian besar rakyat kembali menyokong BN berkat daripada transformasi yang dibuat oleh Najib. Tapi yang kembali menyokong BN itu daripada kelompok mana ? Kelompok paling ramai adalah melayu bukan , tapi bagaimana dengan kelompok bukan melayu ?

Saya tiada niat serong kepada kelompok bukan melayu. Tapi saya berani kata, semenjak PRU12 sampai lah ke hari ini, pendirian dan iltizam kelompok bukan melayu tidak pernah berubah, mereka sama sekali tidak akan berundur, mereka akan mara dan terus mara sehingga cita-cita mereka menguasai Putrajaya menjadi kenyataan.

Najib dan Muhyidin harus insaf bahawa disebalik pelbagai tekanan dan kekangan yang terpaksa dilalui oleh DAP, parti itu bukanya menjadi semakin lemah dan semakin hilang sokongan, malah ia dalam diam menjadi semakin mendapat sokongan daripada kelompok bukan melayu, dalam diam ia membina kekuatan melalui penambahan bilangan MP dan ADUN, dalam diam ia menguatkan suara dalam DR dan DUN. Dan siapa yang tanpa sedar membantu DAP membina kekuatan ini, sudah tentulah parti yang sekian lama menjadi musuh Umno iaitu PAS dan PKR, dan yang sedihnya kedua-dua parti ini adalah parti dominan melayu.

Segala macam peristiwa yang berlaku mutakhir ini yang menyentuh hati dan perasaan kelompok melayu dan islam sepatutnya dibaca sebagai kekuatan simbolik yang ingin dikhabarkan oleh kelompok bukan melayu kepada kelompok melayu.

Umno boleh buat apa sahaja untuk mengambil hati kelompok bukan melayu, tapi Umno tidak akan berjaya untuk mengambil undi mereka.

PRK Sungai Limau di Kedah adalah bukti betapa telahan saya bukan telahan kosong.

Di PRK Kajang nanti sama ada Umno letak calon atau MCA letak calon, itu tak menjadi hal kerana kemenangan pasti memihak kepada Anwar. Dan Anwar jika dia menang, bukan kerana dianya hebat, bukan kerana dianya kuat, tapi adalah kerana dianya dirasakan bakal memudahkan laluan kelompok bukan melayu merapati tangga ke Putrajaya.

Non Partisan

Anonymous said...

Peluang BN utk menang agak tipis, kalau BN menang pun, Selangor masih diperintah Pakatan. Yang nak lawan tu Aljuburi, walaupun orang tahu dia peliwat & kaki pembohong,tapi cina & penyokong tegar tetap undi peliwat ni. Najib tak payahlah umpan dgn peruntukan juta2 ringgit utk sekolah cina & tamil, jamuan makan..

Anonymous said...

Strategi politik kena fikir juga..... Biasa lah dalam politik sentiasa berubah-ubah strategi,LAWAN TETAP LAWAN DI KAJANG......jangan jadi bacul.Soal kalah menang lain cerita.

Anonymous said...

Berdebar-debar menunggu berapa juta pula yang Najib dan Muhyidin nak bagi dekat pengundi cina dan india dalam DUN Kajang. Pengundi melayu dapat apa ????

Lagi banyak kali ada PRK lagi bagus apa. Itu pasal lah Lim Guan Eng tak bising sebab dia tahu bila ada PRK siapa orang yang paling untung.

Anonymous said...

Buang duit sana sini..itu aja yg dia tahu..mcm ops selamat setiap tahun hanya buang duit hasilnya zero..pendidikan bukan penguatkusaan..yg yg ada kesen tapi tak faham undang2 , mcm umno tahu politik tpi tak faham berpolitik..umno belajarlah dari pkr..parti tu wjud demi selamatkan nuar tapi dia bijak..buakn mcm ahjibgor..bijaknya beli undi..toi x dalat jugak..kan ke kangkong akalnya..

Anonymous said...

Kita beri kemenangan percuma kepada Anwar di PRK Kajang. Berjuta-juta RM wang rakyat dapat diselamatkan.

Anonymous said...

brapa juta nak perabih bagi kat srjk(c) di kajang

Anonymous said...

Wang pencalonan/pertaruhan bukan berjuta-juta kan? yang berjuta-juta tu rasanya rasuah pasal nak menang PRK... Gentleman sikit...