Thursday, January 2, 2014

Tahun 2014 Blogger MIK Akan Berhenti Menulis…..



Salam buat semua pengunjung pengunjung Blog MIK, Selamat Tahun Baru 2014.

Semalam kita semua membuka tirai tahun 2014, meneruskan lagi denyut nadi kita untuk berjuang dalam lanskap politik tanahair. Sebagai Blogger, sudah pastilah kaedah perjuangan kami ini didalam bidang penulisan dan disulami dengan pemberitaan serta perkhabaran informasi isu isu politik tanahair.

Tahun 2014 ini tekad Blogger MIK akan berhenti menulis…..

Iya, berhenti menulis untuk mendewa-dewakan pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO dimana nakhoda bahteranya adalah YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.

Tetapi bukan bermakna Blog MIK ini akan menghentam, membelasah, membalun pimpinan BN dan UMNO… Kritikan yang membina dengan sedaya upaya akan memberikan pandangan agar dapat membuat penambahbaikan.

Ramai yang mengharapkan kepimpinan Najib setelah mendapat mandat akan menjadi lebih mantap dan digeruni juak juak murahan Pembangkang. Sebelum PRU 13, kita masih boleh manyatakan kerajaan dipimpin Najib adalah ‘beban’ dari Pak Lah, kena tunggulah selepas PRU 13, tunggu Najib mendapat mandat yang sah!

Malangnya, itu semua tidak berlaku….

Bermula dengan barisan kabinet yang kontrovesi setelah terselit seorang pimpinan HINDRAF sebagai Timbalan Menteri. Disusuli dengan beberapa keputusan tidak popular yang membuatkan pimpinan UMNO dan BN itu sendiri tak mampu mendepani soalan soalan dari rakyat jelata. Kemudian kita saksikan banyak dasar dasar kerajaan yang dilancarkan mendapat kecaman dari ramai pihak dan mereka menjadi pelik dan hairan sehinggakan mempersoalkan siapakah sebenarnya “inner circle” Najib yang ditafsirkan banyak memberikan ‘nasihat dan pandangan tak berguna sesen pun”.

Apabila kita mahu menegur bukan bermakna kita membenci. Sebaliknya kita sayangkan kerajaan BN yang dipimpin  oleh UMNO. Kita tidak pernah yakin dan percayakan juak juak PKR, DAP dan PAS. Kita tidak mahu UMNO hilang tahta, hilang kuasa….!

Semoga mendapat sokongan dan dokongan dari pengunjung pengunjung yang singgah di blog ini. Sekian dahulu…..

14 comments:

Anonymous said...

setujuuu..aku nak tumpang sekaki....penat dah jd defensive..patutnya UMNO dah boleh menjadi ofensif dgn sokongan besar orang Melayu...ni buat banyak benda yang tak pasal2 jd defensive..budussss...

http://hbo.fuhyoofm.com/ said...

salam 2014 MIK - sdra jangan berhenti menulis kerana jiwa sdra akan tidak tenteram bila sdra tidak bersama dengan barisan penulis2 maya- jangan kedewa dengan apa yang sdra lalui ini - tetapi lebih kecewa bila sdra tidak terlibat secara langsung dengan tulisan 2 sdra- tahun 2014 masih memerlukan orang2 saperti sdra- ingatlah mata pena sdra masih berbisa bagi menyedarkan mereka yang teralpa- bangsa kita perlukan sdra- tulis lah sdra demi agama bangsa dan negara.

ikhlas dari saya - harun omar

arab said...

Xbetul blasah jer

Otak geliga said...

Tahniah bro...sama2 kita bangunkan DS Ah Jib Gor yg LENA tp MATA MASIH TERBUKA...ngeri?...mmg mengerikan kalau nak dibandingkan dgn Tun Abdullah.

Selepas DS Ah Jib Gor diharapkan TIADA lg golongan BANGSAWAN yg BUTA MATA, HATI n MINDA utk memimpin negara

Sebelum semuanya terLAMBAT, cepat2 kita BANGUNkan DS Ah Jib Gor

Anonymous said...

Tlg la nasihat ckit puak2 ni...makin lama makin menjadi2 plak skg ni! Lembik, sengal dn slalu bg jawpan yg bodoh bertingkek2..
Aku da mula rasa menyesal bg undi pd depa! Kalu xberubah jgn harap aku nk turun mengundi lg lps ni!

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam Tuan Haji,
Terbaik kalau itu caranya yang terpaksa dilakukan.Mungkin jentik dah tak jalan kita sekel lak kepala mereka biar ada rasa sakit sikit..

Anonymous said...

terbaik bro, jangan berhenti menulis perkara yang membina

najib lemah dan menghampakan membuat rakyat resah. BN seperti sedang dimusnahkan dari dalam secara perlahan-lahan. Punahsihat memberi idea bodoh sehingga rakyat marah .. desak najib bubarkan PEMANDU dan segala mcm penasihat lain yg seperti membazir

atau lihat sahaja headline berita slps PRU14.... akhirnya BN tumbang setelah lebih setengah abad berkuasa. Mahu?

Anonymous said...

Saya harapkan MIK JANGAN berhenti menulis. Tapi kalau MIK berhenti menulis untuk memuji menbabi buta kepimpinan UMNO/BN dan BERALIH kepada menulis untuk memberi KRITIKAN MEMBINA dan MENEGUR mana yang kurang elok demi AGAMA BANGSA DAN NEGARA (perjuangan SEBENAR UMNO) itu aku setuju.

Anonymous said...

Aku tak menyesalpun beri undi kepada UMNO/BN walaupun UMNO sekarang dianggap lemah, kerana UMNO jauh lebih baik darpada PAS PKR apalagi DAP.

Anonymous said...

Brader mik, teruskan menulis utk melayu, malaysia dan selangor tercinta...

Anonymous said...

Salam MIK,
Saya rasa tak sepatutnya saudara berhenti menulis untuk kesekian kalinya kerana saudara mempunyai idea idea politik bernas untuk di ketengahkan, cuma nya harapan saya selepas ini di blog MIK saudara gunakan lah idea idea bernas saudara untuk mengkritik kerajaan pimpinan Najib yang agak GELONG waktu ini. Mudah-mudahan dari blog saudara ini nanti akan mendapat perhatian dari golongan yang sayangkan UMNO dari terus hancur oleh kepimpinan NAJIB yg kurang cerdik dan tak pandai menguruskan negara dalam era ini. Ingat lah saudara..TIDAK ADA KENANGAN MANIS BUAT SEORANG PEJUANG.. Mcm saudara. Teruskan PERJUANGAN kerana bukan kita sayangkan NAJIB tapi UMNO sebagai Tunggak Orang-orang MELAYU.

Anonymous said...

Salam MIK,
Saya rasa tak sepatutnya saudara berhenti menulis untuk kesekian kalinya kerana saudara mempunyai idea idea politik bernas untuk di ketengahkan, cuma nya harapan saya selepas ini di blog MIK saudara gunakan lah idea idea bernas saudara untuk mengkritik kerajaan pimpinan Najib yang agak GELONG waktu ini. Mudah-mudahan dari blog saudara ini nanti akan mendapat perhatian dari golongan yang sayangkan UMNO dari terus hancur oleh kepimpinan NAJIB yg kurang cerdik dan tak pandai menguruskan negara dalam era ini. Ingat lah saudara..TIDAK ADA KENANGAN MANIS BUAT SEORANG PEJUANG.. Mcm saudara. Teruskan PERJUANGAN kerana bukan kita sayangkan NAJIB tapi UMNO sebagai Tunggak Orang-orang MELAYU.

Anonymous said...

salam bro...

jangan marahkan mohd najib tun abd razak..dia bukan pm..dia mana ada kuasa nak buat semua2 yang kita mahukan..dia cuma boneka sahaja..kakaktua...

apa yang keluar dari mulut omar ong,idris jala pemandu n punasihat dia,itulah yang akan d tuturkan oleh mohd najib tun razak...sepanjangan tun M memerintah kita kenal ke sape penasihat dia...tak kan..sbb tun berkuasa penuh dalam apa yang dia perkatakan..tapi tidak bagi mohd najib,,kita marah mohd najib,kita akan kaitkan dengan penasihat dia n pemandu...dia tak berkuasa dalam erti kata sebenar..

tak guna marah dia...dari nasihat mohd najib,baik kita nasihatkan idris jala n pemandu...mohd najib cuma ulang sahhaja apa penasiaht dia mahukan...

gie7

salim hasan said...

BRO EM AI KAY !! SAYA SOKONG 100 PERATUS ,HENTAM KEPIMPINAN BN YANG MASIH TAK SEDOR SEDOR LAGI.MASIH LAGI TAKUT DGN PEMBANGKANG
MASIH LAGI MENDEWA DEWAKAN CINABENG WALAUPUN KITA DAH BAGI MENANG KAT DEMA. SAYA SENTIASA SOKONG BN TAPI TAK PERNAH SAYA RASA BEGITU KECEWA DENGAN KELEMBIKKAN KERAJAAN PM YANG ADA SEKARANG INI.