Friday, January 31, 2014

UMNO "Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Roji'un..." ?? Kenapa...??

Wajarkah UMNO berdamai dengan Anwar...?

Sebelum memasuki upacara perdamaian sudah pastilah terpaksa melaui proses pertemuan, perbincangan dan akhirnya mencapai satu titik persetujuan persefahaman iaitu 'mutual understanding' agar apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'damai' itu menjadi penuh erti.

Bukankah sesi mahu diadakan pertemuan ini bukan satu 'drama' yang baru..? Sudah pun beberapa kali kisah dongeng ini menjadi perbualan namun akhirnya senyap begitu sahaja!

Lihat petikan kenyataan diatas itu. Satu kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul AM sebuah kelab diberi nama TIBAI [Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim]. Kenyataan berunsur suatu 'reminder' daripada Muhammad Zahid Md Arip.

Pesanan yang sangat bernas mengingatkan UMNO supaya JANGAN membuat keputusan salah dalam perkara ini sekali gus menambah koleksi kesilapan yang sedia ada. Jika teruskan juga, tidak ada perkataan yang lebih sesuai kepada kerajaan BN dan UMNO melainkan 'Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un'," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Mari kita baca sepenuhnya kenyataan beliau yang di siarkan di Utusan Online;

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) menentang keras cadangan kerajaan untuk mempertimbangkan pelawaan dialog nasional yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kerajaan sepatutnya sedar mengapa Anwar bersungguh-sungguh mengemukakan cadangan itu kepada Barisan Nasional (BN) sedangkan perkara berkenaan dilihat hanya menguntungkan pembangkang.

Katanya, keputusan kerajaan menerima pelawaan itu dibimbangi akan disalah ertikan oleh rakyat bahawa BN tunduk kepada segala permintaan pembangkang.

"Kita berharap kepimpinan kerajaan menyedari siapa individu yang bernama Anwar ini dan seterusnya tidak melayan pelawaan dia.

"Saya tidak mahu kerajaan membuat keputusan salah dalam perkara ini sekali gus menambah koleksi kesilapan yang sedia ada. Jika teruskan juga, tidak ada perkataan yang lebih sesuai kepada kerajaan BN dan UMNO melainkan 'Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un'," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Minggu lalu, Anwar serta pemimpin utama pembangkang mengajak BN untuk berdialog bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan dan kebencian antara agama tetapi pada masa sama menuding jari kepada UMNO berhubung ketegangan yang berlaku kebelakangan ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Zahid menyifatkan pelawaan tersebut tidak lebih daripada usaha untuk menyelamatkan karier politik Anwar yang sedang nazak.

"Tiada gunanya berbincang dengan Anwar, sebaliknya kerajaan perlu menumpukan perhatian dalam isu yang lebih besar termasuk mengkaji semula polisi kerajaan yang tidak mesra rakyat.

"Saya juga bimbang jika kerajaan bersetuju dengan cadangan itu, Anwar akan 'merosakkan otak' dan pemikiran pemimpin BN," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas tindakan Anwar yang akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, beliau secara sinis menyifatkan keputusan berkenaan sebagai tidak tepat.

"Sepatutnya Anwar kena bertanding di Sungai Buloh sebab beliau pernah bermastautin lama di sana.

"Anwar ini umpama ayam sabung yang sarat bergelumang dengan tahi. Lebih baik letak calon lain yang bersih imejnya," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau dia berada dalam barisan, pasti barisan yang sedia lurus akan menjadi simpang siul dan bercelaru. Semuanya nanti angkar Anwar.

usin said...

ketua kepimpinan bn sendiri seolah-olah melatah kena jolok sikit oleh anwar. ds najib pernah sebut akan bawa cadangan anwar ke jemaah menteri. entah berapa kali bn terjelepuk dalam lubang taik yang digali oleh anwar dan pembangkang, tetapi langsung tidak jadi pengajaran. jadi pemerintah janganlah amalkan BODOH BODOH ALANG. biar tegas, bukan mengemis dan tahu apa yang baik untuk rakyat, bukan untuk jangka hayat pembangkang. pembangkang memang perlu dalam sistem demokrasi, tapi biar dia survive sendiri, bukan diberi 'nyawa' oleh kerajaan memerintah. ds najib, pakai otak dan bijak bertindak!!