Monday, January 6, 2014

UMNO Selangor Lembik, Pihak Berkuasa TAK Tegas....! Itulah Dua Punca Utama Kalimah Allah Berkumandang Di Gereja Klang

Riuh rendah.... Gegak Gempita....!!

Iya, kecoh bukan main kepalang lagi kisah kalimah Allah dipergunakan oleh juak juak penganut agama kristian, seolah-olah mencabar kesabaran umat islam dalam negara ini.

Berita panas ini menghiasi banyak laman laman web, portal, blog dan tidak ketinggalan di facebook dan twitter.

Kenapa baru sekarang...? Kenapa tidak minggu lepas...? Kenapa tidak bulan lepas...?? Kenapa tidak tahun lepas...??

Persoalan relevan kita harus ajukan buat diri sendiri, kenapa pihak gereja ini membakar api kemarahan umat islam semalam? Padahal gereja ini sudah berpuluh-puluh tahun berdiri tegak dan menerima ramai pengunjung umat kristian untuk mereka lakukan upcara sembahyang mereka.

Ini semua berlaku kerana mereka marah dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor menyerbu dan merampas bible bahasa malaysia tertera kalimah Allah.

Juak juak ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan tindakan JAIS menyita lebih 300 nashkah Bible dalam bahasa Melayu dan Iban ketika membuat serbuan keatas pejabat Persatuan Bible Malaysia di Petaling Jaya minggu lepas.

Lihat semula petikan berita diatas, lihat pada imej foto diatas itu.
Bantahan oleh sekumpulan NGO Islam di padang berhampiran tidak menghalang penganut Kristian mengalun puji-pujian kepada Allah dalam satu upacara di sebuah gereja di Klang hari ini.
Nah! Anda faham maksud petikan berita itu...?

Ianya membawa maksud juak juak ini tidak menerima tekanan langsung dan tidak merasakan ada apa apa halangan buat mereka meneruskan agenda diaDAP ini...! Iya, agenda mempersendakan umat islam...!!

Apa yang membuatkan dan mendorongkan juak juak ini menjadi berani..?

Mereka menjadi berani kerana tidak ada pihak yang lebih berani daripada mereka... Pihak yang sepatutnya mempertahankan kesucian kalimah Allah... 

Jelas terbukti pihak pihak yang wajib mempertahankan kalimah Allah ini lebih penakut daripada juak juak yang mahu menggunakan kalimah Allah untuk dialun dalam gereja.

Saksikan buktinya dibawah ini

UMNO Selangor tak berani buat bantahan didepan Gereja Our Lady of Lourdes di Klang.....

Malah, tindakan UMNO Selangor mengkudakan beberapa NGO Islam hanya berani membuat bantahan di Padang Sultan Suleiman Klang, jarak dengan gereja tersebut hampir 2km. Kalau dibuat perbandingan dan persamaan, ibarat posisi diantara Dataran Merdeka dengan Puduraya....

Melalak dan menyalak NGO Islam bukan didengar oleh juak juak Kristian dalam Gereja Our Lady of Lourdes Klang. Mereka langsung tak peduli dengan "kemarahan" peserta bantahan NGO Islam itu....

Kenapa UMNO Selangor harus menjadi penakut untuk mempertahankan kalimah Allah..? Bukankah dalam Perlembagaan UMNO itu sendiri mahu menjulang Islam...?

Umat islam sudah tidak boleh lagi bergantung harapan kepada parti PAS kerana parti ini bertopengkan islam padahal PAS hanya memperdagangkan agama islam untuk kepentingan politik mereka...!

Maka, umat islam sudah pasti mahu melihat kesungguhan UMNO khususnya UMNO Selangor menjadi pejuang sebenar mempertahankan kalimah Allah.

Sayang seribu kali sayang...!

Itulah sebabnya juak juak Kristian ini berani meneruskan agenda biaDAP mereka mencabar kesabaran umat islam. Mereka tak gentar sebab tidak mendapat tentangan yang sebenar...

Sekarang mari kita lihat aksi aksi dibawah ini

 
 Masih segar dalama ingatan kita semua...?

Aksi aksi ganas juak juak penjilat tegar Pembangkang! Insiden biaDAP dan tidak bertamadun mereka di Dataran Merdeka pada malam diambang tahun baru. Malam 31hb Disember 2013, sewaktu majlis sambutan Tahun Baru 2014.

Juak juak ini kunuunnya menggunakan protes TURUN. Tetapi akhirnya mereka serbu dan tawan pentas utama sehingga memaksa majlis diberhentikan, bekalan letrik diputuskan, keadaan bergelap, upacara sambutan tak dapat diteruskan....

Iya, memang kita marah! Iya, sudah pastinya kita mengecam tindakan mereka ini yang menjadi budak budak suruhan Anwar untuk buat huru hara dan kacau bilau.

Namun begitu, marilah kita lihat dari sudut berbeza. Apabila juak juak ini 'berjaya' melahirkan kemarahan kita, ini bermakna mereka berjaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Menyingkap kembali watak watak jahat dalam filem lama yang dilakunkan oleh A Rahim. Apabila penonton menjadi benci kepada setiap watak lakonannya itu membawa maksud beliau berjaya dalam tugasnya....

Begitulah dalam kisah pendemo pendemo protes TURUN. Mereka berjaya, malah berita mengenai insiden yang telah berlaku ini juga boleh dilihat oleh dunia luar bahawa ada dikalangan rakyat dalam negara menunjukkan marah mereka terhadap keputusan Najib yang membiarkan kenaikan harga petrol, letrik, tol dan sebagainya.

Sekarang kita kembali kepada kisah protes budak budak suruhan UMNO Selangor....

Bayangkan sekiranya protes TURUN pada malam 31hb Disember 2013 tak dilakukan di Dataran Merdeka, tetapi juak juak penjilat Pembangkang ini membuat demo di Puduraya.

Apakah ianya akan memberi kesan kepada kerajaan BN...?
Adakah berita demo itu akan mendapat liputan meluas..?? 
Apakah rakyat akan ambil kisah dengan protes TURUN tersebut....??

Blogger MIK tidak pernah bermaksud untuk kita tiru aksi aksi ganas seperti juak juak murahan Pakatan Pembangkang. Tetapi ianya lebih kepada fokus kita.... sekiranya protes dibuat dihadapan Gereja Our Lady of Lourdes di Klang, sudah pasti kisah kalimah Allah berkumandang dalam gereja tidak akan berlaku!

Fikir-fikirkanlah...

5 comments:

Anonymous said...

APA JUA BERKAITAN UMNO SKRNG INI ADALAH HAMPAS........ESP PEMUDA UMNO !
MAKIN HARI MAKIN LAYU, LAMA LAMA MATI.
MAKA BERKUBURLAHUMNO.
DAP PUN NAIK KEPALA, DAN MERASADIRI MEREKATAK SEORANGUN BOLIH CUIT.
PEMUDA UMNO SBG GINGER GROUP SUDAH LAMA PUPUS.
PEMUDA UMNO DAH "TRANSFORM" JADI PEMUDI UMNO.

Anonymous said...

Pemuda UMNO sepatutnya tak perlu berbuat apa2 pun waktu ini. Tindakan menghina Islam ini berlaku di negeri Selangor dimana Pakatan Rakyat yang memerintah. Biarlah Exco2 PAS yang cerdik pandai tu menyelesaikan kemelut yang melanda umat Islam selangor ni. Rakyat Selangor juga yang mengundi Pakatan. Dah la gaji naik 200% kali ganda, buat la kerja.

Apahal pulak nak suruh UMNO yang jadi pembangkang kat Selangor pulak nak selesaikan isu.

Urb.

Anonymous said...

org UMNO dari atas smpai bawah tengah sibuk kira duit, memantat je skrg ni. Butuh la korang.

Anonymous said...

negeri selangor PKR yang perintah.gereja ni berada dalam negeri selangor.perkara ini adalah urusan kerajaan[pkr]negeri selangor.bukan urusan UMNO.MB selangor[yang sekarang ni] telah membuat sepuluh[10]AKUJANJI dengan DYMM SULTAN SELANGOR sebelum memegang jawatan MB dahulu.dan sekarang ni dia[MB]kena tunaikan salah satu daripada 10 akujanji itu.

Anonymous said...

Ape2 pn melayu selangor dh lama meluat dgn umporno, lupakan aje umporno kami akan sokong n terusmaju bersama PR lagi pn tiada yg kekal didunia ni, satu hari nnti PR pn akan jatuh gak cuma umporno selangor tak leh terima kekalahan mrk maklumlah mrk ingat selagi ade bulan n matahari mrk aje yg boleh perintah.... HAPRAK pya Umporno....