Friday, January 17, 2014

UMNO Selangor Tidak Serius Dalam Isu Kalimah Allah....?

Kerajaan diminta bertindak segera terhadap Pengarang The Herald, Lawrence Andrew yang berkeras mahu semua gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah Allah kerana tindakan itu melibatkan kesucian Allah dan agama Islam.

Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias berkata, sekarang adalah masa yang paling sesuai tindakan diambil kerana perbuatan Andrew jelas melanggar Perlembagaan Negara selain mampu menimbulkan kesan tidak elok pada negara.

"Kita telah berlembut dan berdiplomasi terlalu lama terhadap mereka, kita tidak boleh begitu kerana perkara tersebut melibatkan kesucian umat Islam, kesucian Allah dan melibatkan Perlembagaan.

"Sepatutnya isu yang melibatkan keselamatan, agama dan ketenteraman awam, kerajaan tidak boleh berlengah dan beri ruang masa terlalu lama kerana akhirnya beri kesan tidak elok kepada negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) negeri Perak di sini hari ini.

Mohammad Kazim berkata, perbuatan yang dilakukan golongan berkenaan telah melanggar Perlembagaan dan tidak sewajarnya terus dibiarkan.

"Gunakanlah istilah God yang ada dalam Bible. Mengapa mahu menggunakan kalimah Allah dalam gereja dan ceramah mereka sedangkan sebelum ini amat jarang atau kekok untuk mereka menggunakan bahasa Melayu.

"Jangan pula ada orang Melayu khususnya ahli agama kita yang kata kenapa kita nak bising kerana ada pendapat kata 1,300 tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW sudah ada yang mengguna kalimah Allah pada bangsa dan agama tertentu.

"Pada saya kedatangan Nabi Muhammad untuk membersihkan tauhid dan membetulkan semula keadaan yang tidak betul itu.

"Adakah mereka mahu mengikut zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad atau nak mengikut selepas kedatangan baginda," katanya.

Utusan Online

4 comments:

Anonymous said...

Orang Kristian bukan pertikai kalimah tetapi penggunaan panggilan Bahasa Melayu untuk Tuhan lah, blogger bodoh.

Lagi pun panggilan Tuhan kan dalam Bahasa Arab.

Bahasa Arab tu kepunyaan Dan hak orang Melayu saje ke?

Tuhan orang Kristian pun tak sama dengan orang Islam.

Tuhan orang Beggali/Sikh pun di panggil bagitu jugak.

Sama ke Tuhan?

Anonymous said...

Kerajaan skrg ni terlalu lemah dan lembik dgn isu2 serius ni. Kerajaan xde pemimpin yg berani nk counter balik isu2 yang dimain pembangkang. Bangunla kerajaan jgn dok tido lg.

Anonymous said...

NAK PAKAI kalimah ALLAH mngucap dlu 2 kalimah syahadat dlu br bole pakai bro...GUA NAK PAKAI BINI LU ATAU AWEK LU,LU BOLE BG KE?

Anonymous said...

Guna lah Tuhan, yang nak guna perkataan Allah pasal apa???

Kalau dalam kristian sebut Tuhan, dah sah2 la tahu Tuhan Kristian. Takkan klu sebut Tuhan dalalm Kristian ko nak bayang Tuhan agam sikh?