Sunday, February 23, 2014

Anwar Hangin Satu Badan Bila Wan Azizah Mahu Khalid Ibrahim Kekal Sebagai MB Selangor


Setelah sekian lama mengambil pendekatan mendiamkan diri, akhirnya Presiden PKR, Wan Azizah Wan Izmail akhirnya tampil membuat kenyataan sambil menolak dakwaan yang mengatakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim.

"Tan Sri Khalid sudah mengendalikan kerajaan negeri dan kita sudah tengok sebagai Menteri Besar Selangor... tidak ada cacat cela.. jadi kita teruskan. Kehadiran Anwar (di Selangor) pula, hanya nak membantu.. " katanya semalam apabila diminta mengulas mengenainya.

Anwar sebelum ini menyifatkan pentadbiran Khalid lemah kerana gagal menguruskan dana kewangan negeri dengan baik sehingga menyebabkan Selangor mempunyai lebihan kewangan yang banyak seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Dia turut membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.

Ketika diwawancara oleh Australia’s Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model, sebelum pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses pakatan” katanya.

Paling menarik, portal pro-pembangkang, Malaysiakini juga seolah-olah menyokong idea untuk ‘memecat’ Khalid itu apabila sering melaporkan artikel yang berkaitan dengannya. Sidang redaksi portal tersebut turut melaporkan kajian, kononnya 576 warga Kajang (yang dianggap sebagai suara majoriti penduduk Kajang) turut bersetuju dengan cadangan dan harapan Anwar, untuk bergelar Menteri Besar.

Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan PAS, tampil membuat kenyataan bagi membantah ‘pengambilalihan kuasa’ itu antaranya kepimpinan ayap Pemuda PAS Pusat dan Pemuda PAS Selangor yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazirkan wang rakyat.

Desas-desus mengatakan, Anwar dikatakan sudah pun mendapat sokongan DAP namun masih pening dengan penegasan PAS yang kononnya mahukan Khalid terus kekal dalam jawatan itu.

Paling menarik, ada yang mengatakan,  sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai PAS sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.

5 comments:

Anonymous said...

Jangan lah percaya pada Wan Azizah ..dier tu dah dlatih oleh Anuar untuk berbohong dan menipu.Kan xpercaya Anwar sondol Azizan sondol Saiful..sondol china doll..sondol bini orang dan pandai pulak sorok jam omega.This lady is just like Anwar i.e NOT A CREDIBLE PERSON.

Anonymous said...

Tukar pengerusi SGMM tindakan melampau - Zaid

Tindakan Kementerian Pendidikan menukar Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari ke sekolah luar daerah berkuatkuasa serta merta adalah suatu keputusan yang tidak bijak.

Perbuatan seperti itu tidak akan sekali-kali menakutkan guru yang bersuara menentang dasar tidak betul kementerian, sebaliknya memberikan lagi semangat kepada semua guru untuk bersatu dan membenci kerajaan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau terkejut dengan perkembangan terbaru dihadapi pengerusi penaja SGMM yang bangkit membantah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Katanya, beberapa kelompok guru datang mengadu dan meminta membantu mereka untuk menyampaikan suara tidak puas hati guru kepada Kementerian Pendidikan dan beliau sedang mengumpul beberapa maklumat sebelum ke Putrajaya.

“Bagaimanapun, hari ini saya dapat tahu Mohd Nor Izzat sudah dipindah ke sekolah lain berkuatkuasa serta merta. Khabarnya jauh dari daerah kediamannya. Kenapa kementerian sanggup menganiayai guru sedemikian rupa.

“Mereka bukan menentang kerajaan dan tidak ada bukti mereka membenci kerajaan. Apa yang saya tahu dan dimaklumkan ialah mereka hanya membantah sistem PBS. Mereka mahu kementerian memansuhkan PBS serta merta.

“Tetapi kalau membantah dan menyuarakan rasa tidak puas hati pun sudah dikenakan tindakan terhadap guru berkenaan. Apa yang saya mahu katakan…kerajaan sangat zalim,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

Semalam, Mohd Nor Izzat memberitahu, beliau menerima surat pertukaran ssekolah daripada kementerian itu yang berkuatkuasa serta merta.

Bagaimanapun, katanya, tindakan itu sedikit pun tidak menakutkannya kerana ratusan guru di seluruh negara berada bersamanya membantah sistem PBS demi masa depan pelajar dan guru.

Menurut Zaid, beliau melihat perbuatan kementerian ini sebagai terburu-buru dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Katanya, beliau khuatir tindakan yang dikenakan ke atas Mohd Nor Izzat itu akan menimbulkan kebencian guru kepada kerajaan sebagaimana berlaku pada 1999 yang menyaksikan ribuan kakitangan awam termasuk guru bersikap anti kerajaan.

“Pada saya Himpunan 222 yang dianjurkan SGMM petang tadi langsung tidak berbaur politik, tetapi pihak Kementerian Pendidikan iaitu Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang cuba mempolitikkan isu ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai PBS yang dikatakan sedang dalam peringkat kajian, menurut Zaid, berdasarkan maklum balas daripada pihak berkenaan, orang atasan di kementerian menjadikan isu ‘server’ (pelayar) yang lambat sebagai satu-satunya kelemahan sistem PBS.

Oleh itu, kata beliau, pihak berkenaan kononnya cuba memperbaiki ‘server’ berkenaan, tetapi sungguhpun begitu, jika ‘server’ laju sekalipun, itu belum cukup untuk melaksanakan sistem PBS kerana sistem pentaksiran itu sendiri yang bermasalah.

“Saya juga dimaklumkan oleh guru berkenaan, yang mereka terpaksa membina soalan PBS dan menanda skrip soalan dalam kapasiti yang banyak sehingga kadang-kadang melebihi 100 skrip soalan satu hari untuk satu-satu subjek.

“Ini sudah melampau dan Kementerian Pendidikan wajar mengkajinya semula, bukan menabur janji mahu mengkaji, sebaliknya kajian itu tidak dibuat,” katanya.

Anonymous said...

Orang Kajang jangan benarkan Brader Anuar Bin Ibrahim (Brader ABI) masuk ke DUN Selangor. Mat Taib dah banyak kasi tips kat dia macamana nak buat bila duduk di kerusi MB. Kasi saja kerusi MB tu kepada PAS. Pasti ADUN UMNO akan sokong untuk menyelamatkan harta negeri disamun oleh Brader ABI.

Anonymous said...

Cai2 umngok sudah gelabah,dsai lawan akan tetap lawan.

Anonymous said...

Klu tk suka beranti je.jngan jadi cekgu.dh macam2 kerajaan bagi kt cekgu.nk memberontak pula.tk sedar diri betul.insaf le.