Friday, February 7, 2014

Anwar Ibrahim Tetamu Istimewa Malam Ini FINAL Maharaja Lawak MEGA Di Stadium Melawati Shah Alam. Blog MIK Ramalkan BOCEY Muncul Juara

Setelah bertarung selama 13 minggu, akhirnya pada malam ini nanti akan terjawab sudah siapakah yang akan bergelar JUARA Maharaja Lawak Mega [MLM 2013] dan berpeluang menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.00

Blog MIK memilih Kumpulan Bocey sebagai peserta yang bakal bergelar juara kerana persembahan mereka yang begitu konsisten sejak minggu pertama MLM 2013 ini bersiaran.

Biarpun mereka bukanlah kategori "otai-otai lawak" namun kebolehan mereka membawa idea idea komedi yang segar telah berjaya menghiburkan setiap hujung minggu penggemar penggemar rancangan MLM 2013.

Malam nanti bertempat di Stadium Melawati Shah Alam akan berlangsungnya Pentas Akhir MLM 2013 yang membariskan lima finalis terdiri dari Bocey, Sepahtu, Jambu, Shiro dan satu satunya finalis solo iaitu Nabil. Ianya dapat disaksikan secara langsung di saluran Astro Maya HD 135 jam 10.00 malam ini.

Blog MIK tidak pernah terlepas menonton MLM 2013 setiap minggu turut sama meramalkan Kumpulan Shiro untuk bergelar juara sekiranya Bocey gagal terpilih malam ini. Shiro juga terdiri dari anak anak muda yang sungguh berbakat dalam pentas komedi tanahair dimana mereka pernah bergelar Juara Raja Lawak musim ke 6 tahun 2012.

Selepas berakhirnya minggu separuh akhir di Johor Bahru minggu lepas, sudah pasti pengikut setia MLM 2013 mengharapkan persembahan yang terbaik bakal ditampilkan untuk malam ini, kemuncak Pentas Akhir.


Tugas berat juga sudah pasti menanti empat orang Juri Professional yang diketuai oleh Datuk Yusof Haslam. Beliau dibantu oleh aktress jelita Indonesia Luna Maya, penyanyi Rap dari Singapura Sheikh Haikal dan aktress tempatan kita Nora Danish.

Bukan mudah untuk memilih juara dimana persaingan dikalangan kelima-lima finalis dilihat sama hebat dan sama mantap setiap minggu.

Yang penting..., malam ini kita ENJOYY....!!




6 comments:

Anonymous said...

aku pilih sepahtu atau bocey juara...

azhar

Anonymous said...

aku pilih sepahtu atau bocey juara...

azhar

Anonymous said...

Sepahtu dulu best...
Tp shuib n jep mcm over jer..
Masuk rahim... semua dok jerit.. angkat kaki sana sini...
X sopan...

Dr nabil.. baik syj yg masuk final...
.

Anonymous said...

Tahniah Sepahtu & tahniah Bocey dapat no.3 & Man Of The Match. Aku pun sependapat dengan blig MIK, bagi aku Bocey champion, sama taraf Jozan.. TQVM kerana menghiburkan kamu Bocey

Anonymous said...

Persembahan Bocey memang terbaik & bermutu masa final. Tahniah Bocey, Man Of The Match & no.3.. Bocey tetap menjadi pujaan di hatiku

Anonymous said...

Kan yang paling terlampau lawak tu Anwar! Johanlah dia.....