Friday, February 21, 2014

BN Tetap Akan Lawan Anwar Di PRK Kajang... Mantan Timbalan Menteri MCA Datin Paduka Chew Mei Fun Jadi Taruhan

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.

Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.

Hari mengundi PRK Kajang pada 23 Mac ini manakala hari penamaan calon 11 Mac.

3 comments:

Anonymous said...

Semoga Calon BN PRK Kajang mendapat Kemenagan Besar....Syabas BN.

Anonymous said...

Ini calon tak gila kuasa yang boleh membangunkan penduduk Kajang.

Bukan calon gila mabok kuasa yang hanya nak membangunkan diri sendiri sahaja.

Anonymous said...

Nak tengok sekuat mana atau se aggresif mane puak2 MCA ni berkempen untuk calon nya. Kalau buat lagi makan besar, makan meja bulat, dan bagi juta2 untuk itu dan ini, gua tak yakin BN boleh menang lagi.