Friday, February 7, 2014

Kalau Terlalu Banyak Makan BABI Boleh Dijangkiti Penyakit Alavarez.....

Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai inang berkembangnya virus H5N1, virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia.

Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor.

Perladangan moden babi boleh didapati di seluruh Eropah dan berkembang ke Asia seperti Indonesia, Malaysia dan Jepun. Najis babi yang dilepaskan (seperti New Zealand) dikenal pasti sebagai menyebabkan kerosakan yang amat teruk kepada alam sekitar.

Di Australia, para bijak pandai saintis memberi amaran babi-babi yang mengancam peladang dan alam sekitar. Pakar di Queensland mengatakan populasi babi yang tidak terkawal menyebabkan kerosakan tak terkata terhadap tanaman dan mengancam hidupan liar.

Terdapat 23 juta babi di Australia yang bermaksud lebih babi dari penduduk Australia.

Dalam kes terbaru pada tahun 2008 yang berlaku di sebuah hospital di Washington,Amerika Syarikat,sekumpulan doktor pakar yang sedang melakukan pembedahan membuang tumor otak pesakit wanita berasa amat terkejut selepas mereka mendapati terdapat seekor cacing yang keluar bersama dengan tumor lebihan dari pesakit itu.

Pesakit yang merupakan warga Amerika Syarikat yang berasal dari Arizona,Rosemary Alvarez menjalani pembedahan membuang tumor otak selepas mengalami kesakitan pada tangan dan penglihatannya menjadi kabur.

Selepas melakukan ujian imbasan X-Ray,doktor pakar memutuskan untuk melakukan kerja-kerja pembedahan tetapi terkejut selepas mendapati seekor cacing telah berjaya menembusi otak Alvarez.

Para doktor juga berpendapat kehadiran cacing itu, besar kemungkinan adalah disebabkan oleh kesan daripada makan daging babi yang tidak masak dan banyak atau mungkin disebabkan oleh sebaran kotoran dari individu yang tidak mencuci tangan selepas memegang najis dan selepas menggunakan tandas.

Alavarez yang dijangka pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu berharap agar orang ramai akan mengambil iktibar dari pengalamannya itu.

(Sumber diperolehi dari akhbar Kosmo! yang diterbitkan di Malaysia pada hari Sabtu,22 November 2008)

Saksikan Video Klip Dibawah Ini;


No comments: