Tuesday, February 4, 2014

Komen Juri Professional Dari Indonesia - Ramai Rakyat Indonesia Percaya Anwar Seorang Sodomi...?


Nampaknya banyak pihak yang marahkan kepada Anwar Ibrahim atas keputusannya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang.

Bukan itu sahaja, malah sekutunya, PAS juga menghentam Anwar yang dianggap rakus, gelojoh dan tamakkan kuasa sehingga menyusahkan rakyat dan juga Pembangkang.

Anwar sanggup membazir wang dan masa rakyat tatkala isu kenaikan kos sara hidup hangat diperkatakan. Baginya, 'survival' politik dirinya sendiri jauh lebih penting daripada menangani masalah rakyat yang lebih serius.

Malah tindakan beliau meminta Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang bukan dibuat atas dasar darurat tetapi bagi membolehkannya mendapat lebih kuasa dan pengaruh.

Simpati harus diberi kepada rakyat Kajang yang memilih calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu tetapi beginikah pembangkang membalas budi pengundi…?

Anwar sanggup mengorbankan sebuah kerusi hanya kerana hendak menyelesaikan masalah kronik antara Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali.

Benarkah dengan pengosongkan kerusi Kajang dapat merungkaikan kemelut Khalid-Azmin dan bagaimana pula caranya…?

Anwar sah sah tidak boleh menjadi menteri besar menggantikan Khalid kerana ia bercanggah dengan undang-undang tubuh Selangor yang mewajibkan penjawat anak jati kelahiran negeri itu.

Lagipun kuasa mutlak perlantikan Menteri Besar terletak di dalam tangan sultan.

Malah Khalid pandai bermain politik 'survival' dengan Anwar dengan mengikut sahaja kata Boss politiknya tetapi beliau sendiri tegas menyatakan pendirian tidak akan meletakan jawatan.

Kalaupun Khalid mengundur diri tidak semestinya kerusi tersebut akan kekal di dalam tangan PKR.
Azmin juga tidak layak menjadi Menteri Besar kerana walaupun beliau anak Selangor tetapi lahir di Singapura.

Lagipun pemecatan beliau dari PKNS sebagai anggota lembaga pengarah membangkitkan isu ketelusan samada Azmin terbabit dalam gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sudah tentu Khalid memegang banyak rahsia penyelewengan Azmin di Selangor dan akan menggunakan maklumat ini sekiranya kedudukan beliau tercabar.

PAS juga awal-awal sudah menyatakan jika Khalid berundur ia akan meminta Sultan melantik wakilnya ke jawatan itu.

Hujah PAS agak sukar untuk ditolak kerana parti itu mempunyai majoriti kerusi daripada PKR. Mereka berkompromi dengan PKR hanya kerana ia sudah memerintah Kelantan manakala DAP mentadbir Pulau Pinang. Walaupun pahit hendak ditelan PAS terpaksa juga memberi laluan kepada PKR di Selangor.

Dengan percaturan politik 'kangkung' yang dimain oleh Anwar menyebabkan peluang parti itu untuk terus memegang jawatan itu mungkin tergugat sekiranya Khalid meletak jawatan.

Disebabkan ini ada pihak yang sudah melabel PKR sebagai 'Parti Kangkung Rakyat' kerana gemar suka putar belit dan mengamalkan politik kepentingan peribadi. Jika dibaca komen-komen pemimpin PKR untuk menjustifikasikan tindakan Anwar boleh layak masuk pertandingan Maharaja Lawak MEGA….

Azmin mengatakan rakyat Kajang bertuah kerana mendapat calon yang bertaraf pemimpin dunia kerana bukan sahaja pemimpin hebat di Malaysia tetapi juga di kalangan negara-negara Timur Tengah. 

Jika begitu, elok sahaja Anwar berhijrah ke mana-mana negara Arab kerana sudah tentu tidak jadi masalah rakyat di sana memilih beliau sebagai Perdana Menteri atau lebih baik lagi sebagai Raja.

Komen beliau juga menghina Lee yang menjadi AdUN sebelumnya yang tidak dihargai pengorbanannya kepada parti malah direndah-rendahkan martabatnya di mata penduduk rakyat Kajang…. 

 Jika Anwar jadi AdUN Kajang sekalipun pada usia 67 tahun bagaimana beliau mahu ke hulu ke hilir memberi khidmat secara berkesan kepada pengundi di Permatang Pauh dan juga di Selangor…?

Semua ini perlu difikirkan rakyat mengapa mereka harus terus mengundi Pembangkang kerana buktinya sudah cukup jelas pengundi telah dikangkungkan….!

6 comments:

usin said...

nak kongsi sikit. masa aku isi minyak di shell gombak ahad lepas, ada seorang pembantu pump warga indon sedang hebat berbicara dengan rakannya juga warga indon dalam bilik 'cashier'. dari patah-patah kata kedua-dua mereka, dapat difahami bahawa fikiran mereka sudah berjaya diliwat oleh anwar dengan mengatakan "terlalu amat kasihan kepada anwar kerana disiksa dan dihina malah difitnah homosek". aku sergah mereka dengan bertanya "kamu kenal anwar?". terkejut agaknya, pembantu pump menjawab "takkan orang besar seperti pak anwar kenal orang kecil macam saya". aku terus berkata "bagaimana mungkin orang besar seperti anwar bak kata kamu itu boleh dianiayai. jika kecil macam kamu baru sesuai dianiayai". malu agaknya, pembantu pump tersebut berlalu ke arah 'mc D'.

Anonymous said...

Usin,Kalau betul kes ni melibat kn jenayah knp UMNO beriya-iya menjaja cerita ni kesana kemari.Swktu Dato Mokhtar Hashim di dakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh,nama kn pemimpin2 UMNO yg menyerang peribadi beliau.Ada kh ada ahli keluarga ny diserang?Adakh kawan2 ny juga di cerca?Adakh juga dia dihina?Jd aku cadangkn kamu gunakn akal kamu sblum bercakap.Insiden yg berlaku di petrol pump itu sepatut ny memalu kn kamu,krn org luar pun dpt berfikir tentang kes Anwar,sdg kn kamu cuma mempercayai kata2 pemimpin UMNO tnpa berfikir.Hayati lh surah Al Hujarat ayat 6,dn baru lh buat keputusan.

Anonymous said...

"Anwar have created enough trouble to the country"

Anonymous said...

Kalau suatu hari nanti Anuar dengan senang hati pegi ke Putrajaya..dan apabila sampai sahaja di sana..sambil bersiul-siul dng hatinyg senang..dia menangalkan pakaiannya dan kemudian berlari BOGEL..di sekitar Putrajaya..maka tindakan itu dng pantas di rakam dan di siarkan oleh tv dan surat akhbar lebih-llebih lagi di siarkan oleh TV3 dan boleh di baca dari UTUSAN MALAYSIA..PENYOKONG ANUAR tetap tak akan percaya...mcm tu lah aku letakkan kategori MACAI bagi anon..5 feb..

Anonymous said...

dah dekat la tu ... pekan kajang dgn penjara kajang ...
tak dapat jadi ADUN kajang ... ADUN penjara kajang pun jadi ler ... boleh naikkan taraf banduan ... ia dak

Anonymous said...

Izinkan saya memberi komen yang secara peribadi. Soalan saya yang pertama....apakah jasa dan agenda besar yang Anuar telah lakukan kepada negara semasa Anuar dalam kerajaan. Bilamana Anuar memegang jawatan Menteri pelajaraan, Anuar hanya berjaya untuk menukarkan nama dari menteri pelajaran kepada menteri pendidikan. Apakah sumbangan Anuar dalam meningkatkan tahap pembelajaran. Semasa menjadi menteri kewangan, Anuar bernasib baik kerana mempunyai pegawai2 yang berdidikasi dalam agensi dibawah kementerian kewangan. Orang seperti Tan Sri Zain Azrai yang merupakan Ketua Setiausaha kementerian kewangan, Tan Sri Jaafar Hussin Gabenor BNM dan beberapa lagi pegawai2 yang betul2 berkerja untuk negara. Dengan ada nya pegawai2 yang sedemikian maka pertubuhan ekonomi negara berkembang dengan bergitu baik sekali.Banyak syarikat2 mula bergerak untuk disenaraikan di bursa saham. Anuar selaku menteri telah mengunakan kedudukannya untuk memperkaya diri dan keluarganya serta kawan2 yang rapat dalam politik dan ABIM. Maka lahir lah ramai jutawan melayu segera. Itu adalah 1 pengorbanan Anuar kepada orang melayu. Bilamana ramai dari kalangan Anuar telah berjaya maka bermulalah era politik wang didalam pemilihan UMNO di perngkat bahagian. Anuar telah mengunakan wang dan pengaruh yang ada untuk memastikan mereka yang benar2 menyokong beliau diangkat menjadi ketua bahagian. UMNO telah mula menerima politik wang sebagai syarat untuk memegang jawatan. Bagi saya itu saja kelebihan Anuar yang pandai mempergunakan peluang untuk menjadi pemimpin. Anuar naik dalam UMNO bukan kerana prstasi kerja tapi kerna pengaruh wang dan kuasa yang ada kepada beliau serta mendapat sokongan yang kuat dari Dr mahathir. Antara orang pernah Anuar sokong dalam UMNO dari segi kewangan dan untuk menjadi pemimpin ialah Ahmad Ismail. Seorang yang bergitu sama dengan Anuar dalam segala espek. Ahmad ismail kini masih lagi memegang jawatan ketua bahagian UMNO walapun pada 1 ketika pernah digantung dari memegang apa2 jua jawatan. Disamping itu Ahmad Ismail juga merupakan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia. Persatuan yang mempunyai masalah. Jika kita hendak nilai Anuar maka kita nilai Ahmad Ismail. Mereka ini sama.