Wednesday, February 5, 2014

Perjanjian SULIT Kajang – Bekas YB Kajang Jadi Setpol MB, Azmin Dilantik Exco Kanan, Khalid Jaga Air Selangor Projek Langat 2


Rupa rupanya ada termeterai sudah satu perjanjian “sulit” yang menjadi punca diadakan Pilihanraya Kecil [PRK] N25 DUN Kajang…..

Pada tanggal 27 Januari 2014 kancah politik tanahair telah dikejutkan dengan berita perletakan jawatan seorang wakil rakyat dari PKR yang menjadi ADUN Kajang Selangor apabila Lee Chen Cheh membuat keputusan yang mengundang pelbagai reaksi rakyat khususnya dinegeri Selangor.

Bermula daripada peristiwa tersebut maka rakyat negara ini berpeluang menyaksikan satu lagi episod drama yang didalangi oleh juak juak Pakatan Pembangkang mewarnai persada politik tanahair. Bersahut-sahutan cerita bahawa rakyat dinegeri Selangor akan mendapat seorang Menteri Besar yang baru!

Kemelut politik dalaman PKR mencecah suhu yang hangat sejak bersepah cerita krisis diantara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali. Percakaran mereka berdua bukanlah satu episod drama yang baru pernah kita saksikan…  Ianya sudah menjadi satu kisah lama, sekejap panas, sekejap suam suam kuku, ada kalanya sepi seketika.

Apabila berlaku insiden Azmin Ali dipecat dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS maka krisis Khalid-Azmin memulakan rentak pencak silat mereka berdua….  Kalau kita masih ingat, sebaik sahaja selesai PRU 13 bulan Mei 2013, kecoh bukan main lagi dengan kisah Azmin bersama bala tenteranya TAK mahu Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Kalau diilihat daripada struktur pimpinan PKR di Selangor kita juga boleh menilai sendiri terdapat dua kem dengan ‘pembahagian kuasa’ diantara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim. Sepatutnya selaku Menteri Besar, Khalid dilantik menjadi Pengerusi PKR Negeri Selangor.

TETAPI ini tidak berlaku dalam PKR Selangor setelah Anwar memilih Azmin yang terbukti mempunyai sokongan yang tersangat MANTAP dikalangan pucuk pimpinan dan akar umbi PKR. Malah ianya terbukti dengan keunggulan Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR iaitu orang nombor 2 dalam parti…

Berbalik kepada kisah DUN Kajang…..

Anwar Ibrahim terpaksa masuk untuk menyelesaikan krisis Khalid-Azmin secepat mungkin sebelum ianya menjadi lebih parah! Setelah dihitung, selepas dikira, setelah dibelek sana sini, selepas ditinjau tinjau maka Anwar mahu pucuk pimpinan PKR bersetuju untuk menjadi DUN Kajang sebagai kambing hitam.

DUA sebab utama kenapa Kajang menjadi pilihan.

Pertama : ADUN bukan popular tak memegang apa apa jawatan penting dalam parti. 
Kedua : Peratusan pengundi cina yang sangat tinggi melebihi 40% memberikan keyakinan untuk PKR menang mudah. Kebencian pengundi cina terhadap lambang dacing sudah melebihi tahap maksima!

Anwar Ibrahim tahu bahawa segala ‘wahyu’ dan sebarang ‘perintah’ darinya tidak akan mendapat tentangan dari mana mana pimpinan PKR… 

Ini bukanlah kali pertama Anwar pernah desak keputusan seperti ini untuk dipersetujui. Dia pernah lakukan di Parlimen Permatang Pauh, DUN Bukit Selambau, DUN Penanti dan kini untuk sekali lagi selesaikan penyakit dalam kain PKR maka DUN Kajang menjadi pilihan….

TETAPI kerja gila untuk ‘memaksa’ satu PRK ini adalah julung julung kalinya diadakan di negeri pemerintahan PKR sebagai ketua kerajaan negeri. Berbeza dengan DUN Bukit Selambau waktu itu Kedah dibawah PAS dan DUN Penanti  dibawah kerajaan DAP.

Oleh yang demikian Anwar tahu dia punyai ‘kuasa’ untuk membahagi-bahagikan ‘harta rampasan perang’ dikalangan mereka….  Allahyarham Tan Sri P Ramlee sudah melihat keadaan ini apabila diadakan adegan S Shamsuddin dengan Aziz Satar membahagikan harta dalam gua “Satu Untuk Engkau Satu Untuk Aku….”.

Maka satu “Perjanjian SULIT” pun  dibuat dan termeterai sudah ‘mutual understanding’ dimana Anwar menjanjikan “Win Win Situation” untuk mereka yang terlibat dalam episod drama kali ini….

Setelah Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, beliau akan melantik bekas YB Kajang Lee Chen Cheh sebagai Setiausaha Politik [Setpol] MB yang baru. Selepas itu, rombakan EXCO akan dibuat dimana Azmin Ali akan dilantik sebagai Exco Kanan.

Tugas Exco Kanan saling tak tumpah seperti Timbalan MB… Azmin akan lebih banyak memainkan peranan mentadbir kerajaan negeri Selangor dan Anwar akan memberikan alasan beliau hendak tumpukan matlamat Menawan Putrajaya PRU 14.

Dengan ‘kuasa’ yang ada sebagai Setpol MB, tidak susah untuk Lee Chen Cheh menguruskan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kajang. Cuma bertukar jawatan sahaja, namun tugas untuk jaga pengundi Kajang masih dilaksanakan oleh Lee Chen Cheh….

Apa yang terjadi pada nasib Khalid Ibrahim yang bukan lagi MB dan tidak pula dilantik Exco …?

Mereka bersetuju dengan keputusan untuk melantik Khalid Ibrahim sebagai ‘orang yang jaga AIR Selangor’ dan mempastikan Projek Langat 2 berjalan dengan baik agar bekalan air untuk rakyat negeri paling kaya di Malaysia itu tidak akan menghadapi sebarang masalah. Tugas tugas berkait rapat dengan ‘korporat’ ini memang sinonim dengan Khalid Ibrahim…. Sebarang "mahsyuuk" dari Projek Langat 2 akan jadi 'bahagian' Khalid!

Demikianlah jalan cerita drama arahan Anwar Ibrahim  

7 comments:

Anonymous said...

Scenario2 ini ada tambahannya:-

1.Ramai peniaga2 cina dari Singapore,Hongkong dan Taiwan diimport ke Selangor supaya dapat membeli lebih banyak hartanah2 bernilai tinggi di Selangor.
2.Kepentingan2 Bumiputra seperti MARA akan dikurangkan sedikit demi sedikit.
3.Anuar akan banyak campor tangan dalam urusan berkenaan kuasa Istana
4.Campor tangan Jais dan Mais berhubung isu Kristian akan dipatahkan dengan berkesan oleh Anuar.
5.Pihak Khafir akan diberi sebebas2nya untuk mendirikan tokkong dan kuil di Selanor.
6.Seruan azan dari Masjid2 dan Surau melalui pembesar suara akan dihentikan.
7.Kemungkinan enekmen syariah Selangor akan dipinda kerajaan pimpinan PKR dengan majoriti 2/3.

Anonymous said...

"Anwar have created enough trouble to the country"

Anonymous said...

Kedua2 artikel di atas dan komen oleh anonymous ini nampak sangat macam orang yang tidak cukup akal dalam politik. Tahu tak banyak mana dan akal juga tak berap cerdik.

Anonymous said...

PM 1malaysia terus tidor buat bodo jer..biar orang melayu punah asalkan jangan ambil jawatan pm dan presiden umno..

Anonymous said...

Yang kenyang tiga empat ekor, yang sengsara lebig 4 juta.Sebahagiannya orang melayu di kampung2.

Anonymous said...

Tukang karut.. kerajaan pusat yg ada kuasa buat ape? Buat bodoh jer... jgn ckp pasal melayu dan Islam... pemimpin umno...menteri umno buat ape... anak jantan ambil lah tindakan... goblok...

UMNOLEMBU said...

Hello BABI NEGARA (BN) , simpan skit bodoh banggang kau tu utk Pemimpin BN dan UMNO, nanti habis pula keturunan Melayu UMNO yang bodoh2 dalam alam ni...