Saturday, February 1, 2014

Ramai Pimpinan PAS Percaya PRK Kajang Dicipta Sebab Anwar Takut Pada Shafee Abdullah Sebagai Pendakwaraya Rayuan Kes Liwat Saiful


Tindakan tidak masuk akal PKR untuk mengadakan Pilihanraya Kecil [PRK]di Kajang dikatakan sebagai satu strategi terbaik untuk parti.  Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di situ dan seterusnya apabila menang, akan diangkat menjadi Menteri Besar. 

Rata-rata orang ramai mengecam tindakan PKR sebagai sesuatu yang membazir wang rakyat dan tidak bertanggungjawab.  Seperti yang diketahui, sesebuah PRK memakan kos jutaan ringgit.  Memandangkan Kajang merupakan kawasan berpenduduk padat maka kosnya tentulah jauh lebih tinggi lagi.  Berdasarkan hakikat ini, mana-mana ADUN tidak seharusnya meletakkan jawatan sesuka hati tanpa sebab musabab yang konkrit. 

Apa yang berlaku, membuktikan bahawa PKR langsung tidak mempedulikan rakyat atau wang negara yang dibazirkan, dan sebaliknya bertindak semata-mata atas kepentingan pemimpin dan politik parti. 

Kenyataan Azmin Ali bahawa keputusan ini merupakan tindakan taktikal mengesahkan persepsi rakyat bahawa pemimpin PKR hanya mementingkan politik dan diri sendiri.   Azmin, kemudiannya cuba menolak spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tetapi di masa yang sama menyatakan bahawa Selangor memerlukan pemimpin ‘nasional’ seperti Anwar untuk kukuhkan kedudukan Pembangkang. 

Bagaimanapun, Azmin tidak pula menjelaskan bagaimana kedudukan Anwar sebagai ADUN dan bukan MB, boleh membantu mengukuhkan Pembangkang. 

Penjelasan Rafizi pula lebih menarik lagi iaitu kononnya Anwar bertanding di Kajang adalah untuk menghalang Barisan Nasional yang bakal menjadi lebih kuat akibat ‘kejatuhan Datuk  Sri Najib’ nanti. 

Menurut Rafizi, Datuk Sri Najib akan dijatuhkan oleh satu gerakan yang didalangi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.  Setelah kejatuhan itu, isu perkauman dan agama akan ‘meletup’ dan PKR dan Pembangkang perlu bersedia untuk menghadapinya.  Untuk itu, Anwar diperlukan di DUN Kajang serta tidak menolak kemungkinan yang Anwar juga akan menerajui Selangor. 

Jika teori Azmin mengenai keperluan PRK Kajang mengundang gelak ketawa rakyat, teori Rafizi pula mengundang rasa loya di tekak orang yang mendengarnya. 

Kenyataan Rafizi hanya memperlihatkan kepada rakyat akan usaha PR untuk melagakan Mahathir dengan Najib.  Kenyataan Azmin pula memperlihatkan yang beliau sendiri berada dalam keadaan ‘bingung’ dengan apa yang berlaku dalam partinya akhir-akhir ini. 

Kedua-dua mereka bagaimanapun, cuba sedaya upaya untuk merasionalkan keputusan parti walaupun tahu yang ianya tidak masuk akal sama sekali. 

Namun, rakyat bukan sebodoh yang disangka mereka.

Semua orang tahu bahawa keputusan Anwar untuk melakukan kejutan ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi keputusan rayuan kes liwatnya di mahkamah.  Ini berikutan kegagalan rayuan ke 2 Anwar pada 20 Disember lalu, untuk menggugurkan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes tersebut.  

Rayuan tersebut sepatutnya diperdengarkan pada 28 Januari lepas, tetapi telah ditangguhkan sehingga 11 Februari atas sebab ketidakhadiran peguam Anwar, Tommy Thomas.  Maka, kerana itulah kejutan mengenai Kajang timbul dalam rangka masa yang sama. 

PRK Kajang merupakan strategi yang baik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari kes liwatnya.  Malangnya, ianya hanyalah bersifat sementara sahaja.  Oleh itu, harapan Anwar, sekiranya beliau menang dan menjadi Menteri Besar maka sebarang keputusan mahkamah yang tidak memihak padanya pasti akan mencetuskan isu besar.  Malah, beliau juga akan berpeluang untuk mencipta isu lain di celah-celah kegilaan itu seperti ‘menjolok’ istana Selangor pula. 

Pendek kata, Anwar kini hanya mengharapkan strategi menimbulkan kekecohan apabila keputusan kes liwatnya semakin hampir dan Selangor merupakan platform yang paling sesuai untuk itu selain memberinya capaian kepada dana yang besar. 

Anwar kini berada dalam ‘mode’ panik.  Anwar yang kita tahu, akan sanggup berbuat apa saja apabila beliau panik.  Beliau pernah lari ke Kedutaan Turki kerana panik tetapi Anwar tidak boleh lagi lari ke tempat yang sama tanpa mengambil risiko diketawakan oleh pihak Turki.

Apa yang pasti disini ialah, Anwar enggan masuk penjara lagi...

Justeru itu ada baiknya jika kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan dilakukan oleh Anwar untuk memastikan dirinya TAK akan kembali masuk penjara!!

10 comments:

Anonymous said...

PUAK PUAK PAS TERMASUK PEMIMPIN NYA MEMANG BODOH TAHAP BENGAP. PAGI TADI DI GERAI KAT PASAR BASAH SEKSYEN 1 BANDAR BARU BANGI ADA SEKUMPULAN PUAK PAS YANG DAH TUA NAK MAMPUS SEDANG SARAPAN DAN BERCERITA MENGENAI POLITIK.. NAK TAHU PUAK NI BODOH NAK MAMPUS..ADA SEORANG PAK HAJI YANG HITAM LEGAM TU ASYIK MEMUJI ANWAR IBRAHIM...CONFIRM LA PAS DAH JADI LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG OLEH ANWAR IBRAHIM. CARA BERBICARA TAK BERILMU LANGSUNG,LEBIH KEPADA IRI HATI DAN EMOTIONAL. KALAU BARU BALIK DARI SEMBAHYANG SUBUH KEMUDIAN DOK MENGUMPAT..ISLAM APA LA NI!

Anonymous said...

Manusia Munafiqun hakikatnya seolah-olah tidak percaya Allah Maha Melihat

Anonymous said...

ememangnya umno kangkong. barua umno kongkang. Low class umno.
Apa nak takut semuanya akan mati kecuali barua barua umno tidak akan mamapus. barua umno hidup bertongkat langiit.

INGAT. UMNO bukan boleh perintah Malaysia selamalamanya. Suatu hari umno pasti jatuh

Siapa safiee?

Aku tidak takut dgn beruk ini. apa perlu takut dgn beruk ini. memang barua umno.

Anonymous said...

Jadi barua nuar lagi parah..bodoh ..bebal kayu..dia gunakan kau maaa..

Anonymous said...

Tengok camne Shafee handle kes ni...Anwar dah goyang dah...Peguam cam Shafee ni ade hrpan jd peguam negara...

Anonymous said...

Dlm hal prk kajang..ada yg kata umno buat jugak dulu..termasuk Saifuddin yg mmg terkenal cenderung kpd pembangkang..baguslah dia kalah pru13 dan pemilihan umno..bagus join anwar pembelit tu... Kemelut yg berlaku 1997 itu berpunca dari UMNO MENYINGKIR pemimpin yang menghadapi pertuduhan jenayah..tindakan itu adalah untuk KEPENTINGAN RAKYAT..tapi PKR nak bawak masuk penjenayah/pembohong nyata sebagai pemimpin! pulak anwar ni dah brp kali bohong depan2 kpd rakyat.. Bangla ..jepun..arsenik? Hiv? ..pembohong dibela saifudin?..jenis apa punya moral?....sama ada prk ini timbul akibat dasar kemelut dalaman pkr atau utk persediaan perbicaraan liwat..adakah itu kepentingan rakyat? Saifuddin dia sengaja buat tak nampak amalan putarbelit palsu anwar..inilah yg patut umno kena jaga2 akan musuh dlm selimut umno

Anonymous said...

Duduk dlm umno mmg x tau pasal agama.. antara org2 yg boleh diumpat ialah para pemimpin yg zalim.. kalau dah tergamak buat filem separa lucah rm326 juta guna duit rakyat mmg dah dikira zalim.. huhu

Anonymous said...

Selalunya org yg gabra je mengelabah mcm ko ni, kah kah kah

Anonymous said...

Anwar dah bersih dan dibersihkan oleh mahkamah..org yg liwat altantuya belum dibicarakan so blm dibersihkan...

Anonymous said...

apa la ko melalut ni...
nak membohong pun agak2 le bro...