Monday, February 3, 2014

T-TEAM Macam Pondan Tak Berani Lawan JDT Tapi Beri Alasan Pelik Tak Munasabah....

TAKUT untuk menerima kekalahan dan tak berani bermain digelanggang Stadium Larkin meyaksikan pasukan T-Team terpaksa menggunakan pelbagai alasan pelik dengan membuat tuduhan tak munasabah keatas pasukan JDT.

Perlawanan Piala FA diantara T-Team dan JDT malam kelmarin mendapat kejutan apabila pasukan dari negeri penyu bertelur itu enggan meneruskan perlawanan pada separuh masa kedua.

Anda mahu tahu sebab sebenar insiden ini boleh terjadi...? JOM kita baca kupasan yang dibuat oleh sahabat Blogger di SINI.



7 comments:

Anonymous said...

Admin penyokong jdt nampak....

Anonymous said...

jdt tgh sedap leading takkan tetiba nk bedal lwn. apa agaknya mat salleh tu buat? silap org la ko provok. itu pn klu betullh tmj yg buat..

Anonymous said...

Tidak kiralah sokong siapa asalkan pasukan yg disokong menunjukkan permainan berkualiti demi perkembangan sukan bolasepak tanah air. Menarik diri dalam sesuatu perlawanan yg belum habis adalah tidak profesional dan tidak bermoral dalam etika bersukan. Macam budak budak.

Anonymous said...

Pengurusan tteam la yg jahat....

Ada ka suruh player brazil takik kaki aimar...

Semata2 nak gangu rentak game johor...

Coba la main elok2.... tunjukkan skil diatas pdg..

nasirwise said...

PEGAWAI T-TEAM PONDAN. HARAP HARAP TUANKU MAHKOTA DAN JMF TIDAK TERLIBAT.

Penulis menulis berdasarkan laporan TV1 dan TV3 yang menyiarkan berita T-Team meninggalkan padang di masa separuh kedua semasa perlawanan Piala Super di Stadium Larkin pada Ahad yang lalu. Visual yang ditayangkan keagresifan dan keberangan jurulatih kecergasan T Team dan meluru ke pemain JDT, yang cuba menenangkan jurulatih tersebut. Kemudian jurulatih JDT menaikkan suara keatas jurulatih kecergasan T Team. Insiden di terowong menuju ke bilik persalinan tidak ditunjukkan pula. Jurukamera ASTRO nampak menfokuskan kamera kepada jurulatih JDT. Menurut TV1 dan TV3, seorang jurulatih kecergasan dan pemain import telah dipukul dan ditendang.

Insiden `pukul memukul’ antara beberapa individu dan mungkin faktor ketinggalan 2-1 ini, menjuruskan kepada pengurusan T Team membuat keputusan tidak meneruskan permainan. Alasan utama ialah keselamatan. Keseluruhan pemain dan pegawai menaiki bas balik ke Terengganu.

Pada ketika itu, tiada pulak insiden penyokong JDT menceroboh padang dan menyerang pengadil. Tiada pulak balingan mercun dan bunga api. Keadaan padang agak terkawal.

Sesampai Kuala Terengganu, jurulatih kecergasan dan pemain import serta di iringi COO T Team ke Balai Polis jam 1 tengahari tetapi tidak membuat laporan. Hanya jam 11 malam, mereka sekali lagi ke balai Polis membuat laporan. Mengapa begitu?

Harap harap Tuanku Ismail, Tengku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ dan JMF TIDAK TERLIBAT secara langsung atau tidak langsung di dalam insiden ini. Penulis berkata demikian kerana TV melaporkan pengurusan tinggi PBNJ memukul pegawai T Team. Setahu penulis pegawai PBNJ sudah berusia dan tidak kuat bertumbuk dengan jurulatih kecergasaan (biasanya amat `fit’) dan pemain import (berbadan sasa dan kuat).

TV juga menayangkan pegawai T Team berjalan membuat laporan Polis tetapi penulis melihat tiada kecederaan seperti bekas luka atau patah tangan pada kedua dua `mat salleh’ tersebut. Berjalan segak aje tidak terdengkut dengkut.

Penulis merasa permainan di dalam padang lebih membahayakan. `Tackle’ keras boleh menjurus kepada kecederaan teruk, pengsan, tidak boleh bermain seketika, berdarah kepala dan kaki, patah dll. `Tackle’ ini legal tetapi dilayangkan kad kunung atau merah.

Jesteru itu, pada pendapat penulis yang `kaki bangku’ ini, jika keselamatan seseorang individu itu terancam, beliau kena berunding dan Pengurus Pasukan yang seterusnya memberitahu Pesuruhjaya Sukan / pegawai FAM / Perlawanan / Pengadil. Salah seorang atau semua mereka ini akan berhubungan dengan PDRM atau anggota keselamatan seperti RELA dan pegawai keselamatan Stadium untuk memberikan perlindungan. Mungkin ini tidak dilakukan oleh pengurusan T- Team sebelum membuat keputusan `angkat kaki’. Adalah wajar untuk `angkat kaki’ jika ada pencerobohan penyokong/penonton secara besar besaran. Even jika berlaku `blackout’ yang menyebabkan lampu tidak berfungsi, pasukan akan dibenarkan angkat kaki oleh pegawai Perlawanan bukan pegawai pasukan.

FAM akan bermesyuarat Khamis ini dan akan membuat keputusan samada untuk memberikan kemenangan kepada JDT 1 atau perlawanan sambungan 45 minit kedua dengan keputusan 2-1 kekal. Penulis menyokong denda dikenakan ke atas T-Team kerana enggan bermain. Hanya pegawai FAM / Perlawanan / Pengadil yang berkuasa menentukan keadaan selamat atau sebaliknya bukan justifikasi pegawai pasukan.

Pegawai T Team `pondan’ dan silap membuat `business decision’. Pegawai kedua dua pasukan wajar di hukum juga kerana tidak ada sikap `sportmanship’.

Anonymous said...

Admin penyokong selangor the red giant...tp selangor johor ok..xde masalah. Penyokong boleh nyanyi sama2...tp mari geng2 pantai timur ni especially negeri nan satu tu...ada je masalah!!

Anonymous said...

Report polis from tteam xd tulis pon kne sepak or tumbuk...so nk besar2 kn psl tmj tumbuk sepak org tu nape. Da xreti nk bace ke or stil nk tegakkn benang yg basah. Selangor n johor ok je cme ad spesis yg ske provoke lebih x abes2 nk bg team2 len gado. Ape punye mentaliti laa