Tuesday, February 25, 2014

TUGAS KHAS SPRM - RM120 Juta Untuk DAWAMA Yang Terbukti Gagal…? Siasat Segera…!



Ini kisah panaaasss….!  Pernah terbongkar pada tahun 2011 dipetik dari penulisan Ku Seman Ku Hussain  yang masih dalam arkib Utusan Online;
Kisah sebuah syarikat konsesi percetakan dan pengedaran buku, Dawama Sdn Bhd dikatakan mengalami kerugian. Terlalu sukar untuk dipercayai hakikatnya Dawama yang mendapat kontrak mencetak dan mengedarkan buku teks Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengalami kerugian.

Ini kerana perniagaan Dawama tidak ada persaingan, syarikat ini diberi kontrak oleh kerajaan mulai 2002 hingga 2014 untuk mencetak buku teks. Dawama ibarat satu-satunya penjual pelampung yang ada di tepi kapal Titanic yang hampir karam.

Tetapi hakikatnya syarikat ini pada ketika itu telah mendakwa mereka mengalami kerugian. Semua orang tidak percaya Dawama boleh rugi kerana pada tahun 2011 itu  sahaja Dawama sepatutnya mencetak enam juta naskhah buku teks untuk diedarkan ke sekolah. Bayangkan untungnya berapa..?

Tidak ada syarikat lain yang mendapat kontrak tunggal menjual pelampung di tepi kapal Titanic seperti yang diberikan kepada Dawama. Menurut sumber, sejak 2002 hingga2011 DBP telah membayar RM650 juta kepada Dawama….!!
Walaupun menurut rekod jelas membuktikan syarikat ini gagal dan tidak lagi layak untuk diberikan sebarang kontrak bernilai jutaan ringgit, namun sudah kedengaran desas desus menyebut konsesi Dawama akan disambung apabila kontrak yang sedia ada berakhir bulan Ogos 2014.

Malah ianya menjadi pelik kerana tempoh konsesi berkenaan akan diberikan untuk 10 tahun lagi…! Suatu keputusan yang tak masuk akal…

Sebelum kewujudan Dawama, DBP mengamalkan konsep payung kepada beberapa syarikat percetakan untuk diberi tugas mencetak buku teks. Konsep ini ternyata berjaya kerana tidak ada masalah timbul dan ini juga banyak membantu syarikat percetakan terutama bumiputera mendapat peluang. Tetapi selepas penswastaan, Dawama menjadi induk kepada beberapa syarikat lain.

Natijahnya, banyak syarikat gulung tikar dan terpaksa melalui proses ‘down size’ selepas konsesi ini dijadikan ‘hak mutlak’ sebuah sahaja syarikat percetakan yang bernama Dawama. Senarai syarikat syarikat yang telah menjadi mangsa anda boleh lihat di SINI.

Apakah satu keputusan yang bijak untuk terus memberikan kontrak bernilai RM120 Juta kepada Dawama yang terbukti gagal dan sememangnya tidak layak..?

Kenapakah ada ‘keistimewaan’ buat Dawama..?

Kenapa pihak DBP tersangat ‘menyayangi’ Dawama seperti anak emas, mereka langsung tidak sensitif dengan kegagalan lampau yang boleh dijadikan sebagai bukti..?

SPRM tunggu apa lagi…? Janganlah hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri… Ini melibatkan wang ratusan jutaan ringgit....!!

SUMBER – Klik SINI

2 comments:

Anonymous said...

kompom & sah lah... orang2 tertentu dlm DBP ada share dlm DAWAMA....

SPRM nak siasat ker?...
x kot... biasalah Jerung susah nak kna tangkap, ikan bilis & ikan kembung senang lah... ha ha ha

Anonymous said...

DBP tidak lagi berbahasa dan releven. Manuskrip saya mengambil masa hampir 6 tahun diterbitkan. Royalty 12% dibayar 50% sahaja. 50% lagi tak bila nak dibayar. Itu lah sebabnya seorang sasterawan negara mogok menulis kini menjadi anggota bersih.