Monday, February 17, 2014

Tun Dr M Kata Peluang BN Tewaskan Anwar Di PRK Kajang 50-50

Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang 50-50 dalam Pilihanraya Kecil  kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, peluang itu tetap ada tidak kira siapa calon yang menjadi pilihan BN untuk menentang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

"Biarpun peluang untuk menang 50-50, perkara itu bukan satu masalah tetapi PRK kali ini BN perlu bertanding," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Kanu Kebangsaan Putrajaya Ke-12 di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai peluang dan keperluan BN untuk bertanding di PRK Kajang selepas Anwar mengumumkan beliau akan menjadi calon PKR untuk kerusi tersebut.

Utusan Online

3 comments:

hassan tiger said...

Umnok dan fitnah berpisah tiada..

Anonymous said...

HASAN TIGER,,,,,,,DAP ,PKR PAS
PARTI YG TAK PERNAH ''''MENANG''' TAMPA FITNAH
HASSAN TIGER ??
DIA TAHU DENGAR TAPI TAKTAU APA YG DIA DENGAR
HASAN TAHU BACA TAPI TAK TAHU APA YG DI BCA
HASAN TAHU TAPI DIA TAKTAU APA YG KITA TAU
MACAM 'TAHU' DGN 'TOUGE' MESTI DICAMPUR SKALI BILA DIGORENG
HASSAN HASAN - TIGER TUA

Anonymous said...

Fitnah apa? Fitnah anugerah Allah berceramah di gereja? Puak PAS selalu solat hajat mohon ditunjukkan kebenaran. Nah Allah sedang tunjukkan satu per satu kebenaran itu