Thursday, February 13, 2014

UMNO Jahat...? UMNO Takut Anwar....? UMNO Guna Mahkamah Tak Bagi Anwar Jadi MB Selangor...?


Biarpun PRK Kajang masih belum sampai ke peringkat penamaan calon, jauh sekali ditetapkan tarikhnya, PKR telah lama berkempen.....

 Boleh dikatakan parti itu telah mula berkempen sejurus selepas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.  PKR nampaknya begitu teruja dengan PRK ini memandangkan pemimpin nombor satunya akan bertanding di situ. 

Siang malam parti PKR berkempen lengkap dengan jadual ceramah di sekitar Kajang walaupun ia melanggar undang-undang pilihanraya. Memandangkan, tempoh rasmi berkempen bagi PRK Kajang hanya bermula bulan hadapan, maka semua aktiviti kempen yang diadakan PRK pada masa ini adalah salah dari segi undang-undang. 

Mengikut Akta Perhimpunan 2012 bagi kesalahan perhimpunan awam, mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau RM20,000 sekiranya membabitkan kanak-kanak. Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya pula, sesiapa yang disabitkan oleh mahkamah seksyen dan didenda RM5,000 akan kehilangan kelayakan bertanding. 

Malang bagi PKR kerana mempunyai pemimpin nombor satu yang tidak tahu undang-undang.  Malah, keputusan PKR untuk mengadakan PRK Kajang dengan perletakan jawatan Lee Chin Cheh juga dibuat atas dasar tidak menghormati undang-undang. 

Pendek kata, keseluruhan proses PRK Kajang adalah bertentangan dengan nilai dan peraturan moral mahupun sistem yang digunapakai oleh manusia bertamadun.  PRK ini dibuat semata-mata untuk memuaskan nafsu Anwar Ibrahim yang mana adalah agak mustahil untuk dilakukan kerana nafsu Anwar tidak pernah puas. 

Hari ini, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar sudah melanggar dan mempermainkan undang-undang serta mengenepikan soal moral sesuka hatinya.  Bayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri, tentulah beliau akan meletakkan dirinya mengatasi undang-undang dan tidak langsung terikat dengan apa-apa jua nilai moral lagi. 

Tindakan Anwar kali ini mungkin agak terlalu ‘gila’ untuk diterima oleh sekutu dan rangkaian PR yang lain.  Melainkan DAP yang memberi sepenuh sokongan kepada Anwar di Kajang, PAS nampaknya agak ‘segan’ untuk menyokong tindakan Anwar kali ini. Bagaimanapun, kita percaya, marah PAS tidak lama dan parti itu akan tetap akur kepada Anwar dan DAP akhirnya, sepertimana biasa. 

Tidak seperti PAS, Majlis Peguam dan BERSIH pula nampaknya agak tegas dalam menyatakan pendapat mereka mengenai PRK Kajang.  BERSIH mempersoalkan perletakan jawatan ADUN Kajang sesuka hati sebagai mengkhianati sistem dan kepercayaan rakyat.

Majlis Peguam pula hari ini mempersoalkan kempen PKR yang telah berjalan sebelum tempoh berkempen.  Menurut Presidennya, Christopher Leong, “semua pihak perlu mematuhi undang-undang pilihanraya yang memperuntukkan tempoh tertentu untuk berkempen”.  Jelas, kenyataan itu ditujukan kepada Anwar dan PKR. 

Nampaknya, Anwar telah sedikit ‘keterlaluan’ kali ini sehingga gagal mendapat sokongan Majlis Peguam dan BERSIH yang selama ini setia menjadi alat kepadanya.  Mungkin keputusan Anwar untuk bertanding di Kajang dibuat dalam keadaan panik yang amat sangat kerana terpaksa menghadapi Dato’ Shafee Abdullah dalam rayuan kes liwatnya. Namun, mungkin juga Anwar mempunyai strategi lain. 

Apapun, segalanya mungkin bila bercakap tentang Anwar. 

Oleh itu, jangan sekali-kali kita terkejut jika bukan Anwar yang bertanding di Kajang nanti kerana itulah berita yang didapati dari sumber dalaman PKR buat masa ini. 

9 comments:

Anonymous said...

Kah....Kah....Kah.....

Anonymous said...

Mana pula tak tahu undang-undang??? Sebab tahu lah tu si Nwar ni manipulasi...sekarang pun tak nampak tindakan undang-undang diambil keatas dia.

Jika dikatakan pihak kerajaan lembik, marah. Habis keadaan sekarang nak kata apa???

Mahkamah pun tak bijak handle kes penanguhan dia. Asik bagiiii ajer dia tangguh.

Rasa dah mula mual tengokkan kelemahan kerajaan sekarang.

Tolong jangan buat ramai penyokong kuat Barisan jadi mual lah kan!!!!

Anonymous said...

Apabila mahkamah membebaskan dahulu...BAGUSSSS... UNDANG-UNDANG MALAYSIA TERBAIK..ADIL..ADIL..ADIL..tetapi apabila rayuan di tolak oelh Mahkamah Persekutuan..UMNO dan BN jahat...Logik akal mana dia guna? Apa kena mengena antara UMNO dan Mahkamah? Apakah Dato Harun Idris tidak dipenjarakan? Bukankah beliau bekas MB Selangor dan juga orang UMNO? Mahkamah tetap jatuhkan hukuman. Itulah undang-undang Malaysia. Seorang lagi DS Khir Toyo bekas MB Selangor pun dijatuhkan hukuman..Bukankah ahli UMNO? Dari sudut mana anwar kata UMNO jadi badan penghakiman di Malaysia??? Anwar menuduh UMNO kerana supaya orang Cina dan Kerisian membenci UMNO dan BN..itu sebenarnya NIAT JAHAT Anwar. Apa pun rakyat mesti ditiup dengan berita kebencian kepada UMNO dan BN. Manusia ini boleh melepaskan diri dari hukuman dunia, tetapi tunggu lah hukuman dari RABBUL A'LAMIN..Tunggu kau Anwar...apabila datangnga Malaikat Israil kepada mu, tanya diri kamu apakah kamu sudah bersedia atau belum??? Tepuk dada tanya IMAN ...

Anonymous said...

Adakah cerita semacam ini mampu defamed Anwar ? Adakah cerita Liwat Lawat, Jubur Jabar berpotensi untuk membawa pengundi bukan melayu di Kajang supaya menolak Anwar ? Ingat Anwar bukan mewakili PKR, bukan mewakili Melayu, tak juga mewakili Islam. Anwar itu mewakili Pakatan Rakyat. Siapa Pakatan Rakyat ? Dia adalah satu-satunya kuasa yang berpotensi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan orang melayu. Siapa yang mendokong Pakatan Rakyat ? Bukan Anwar dan bukan juga Hadi Awang, tetapi adalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Sebab jika Anwar kalah, bukan bermakna PKR yang kalah, tetapi adalah Pakatan Rakyat yang kalah. Mahukah pengundi cina dan india merelakan harapan mereka berkecai hanya kerana termakan dengan cerita Liwat Lawat dan Jubur Jabar ini.

Pak Tam

Anonymous said...

Belum lagi berlawan. Nampaknya Umno dah goyah dengan kekuatan Anwar. Itu pun bukan Umno yang akan masuk gelanggang. Yang akan masuk ke dalam gelanggang dah tentu lah MCA iaitu Singa Tua yang sudah berkurun perasan menjadi raja di Kajang.

Anonymous said...

Dia maha tahu Bn dan kerajaan yg ada lembik..tu lah dia cuba cabar..cabar undang undang, cabar polis, cabar kerajaan kangkong, sebab tu diaa hebat..rakyat tahu dia memang hebat..kangkong aja yg layu..

Anonymous said...

Berita bangkangan BERSIH & MAJLIS PEGUAM wayang je Tu tn, x caya Kita tungguuuuuu mcm pas berdegar degar sayap nya melalak apa jadi kesudahannya he he

Anonymous said...

Apa2 pun empangan selangor dh kering.orang selangor ada yg berak tk cebok.he he he. tuhan dh tunjuk bukti projrk langat 2 tu betul.

Anonymous said...

Aiya..setakat denda 15,000-20,000 apalah sgt untuk kaya. Tak miskin dibuatnya. Penat je cybertrooper BN buat liputan tentang prk kajang. Masalahnya buang masa je. Cina 40% pasti undi anwar. Perlu 11%je dari undi Orang melayu yg cintakan DAP a.k.a PAS menang lah anwar. Cybertrooper baik buat liputan isu lain.