Monday, March 3, 2014

Benarkah Ada Sorang YB UMNO Selangor Kecewa Bila Muhyiddin Kata TAK Ada Projek MEGA Yang Baru Untuk PRK Kajang...?

Bila kecoh akan ada PRK DUN Kajang, ramai yang kata BN tak payah layan kerja gila Anwar...!

Itulah respon awal. Malah tindak balas seperti itu datang dari semua peringkat, bukan sahaja dari orang awam, bukan sahaja dari penggemar politik, bukan sahaja dari penggiat media sosial, tetapi respon yang sama dari ramai jentera jentera UMNO dan BN. Pimpinan UMNO juga ramai yang tak mahu layan karenah Anwar...

Sejarah telah membuktikan pimpinan Najib tak layan mainan gila yang sengaja adakan PRK seperti yang berlaku di DUN Penanti.

TETAPI dalam struktur pimpinan UMNO Selangor terdapat seorang YB yang beria-ia sangat mahukan BN meletakkan calon...!

Sedangkan ramai juga YB YB yang lain kurang bersetuju kerana tidak mahu buang masa dan buang wang ringgit memandangkan peluang untuk menang sangat tipis...

Dilihat pada rekod terbukti kejayaan PKR menang kerusi DUN Kajang pada PRU 2013 dengan cemerlang, kejayaan mendapatkan majoriti 6,824 mengesahkan kawasan Kajang didiami oleh pengundi yang tak mahukan BN...!

Kenapakah ada seorang YB Selangor yang beria-ia mahukan BN meletakkan calon..? Beliau berbisik kepada salah seorang YB yang lain, "Inilah peluang kerajaan pusat umum macam macam projek..".

Begitulah akal fikiran seorang penyamun...

MALANG sungguh nasib YB tersebut apabila Tan Sri Muhyiddin maklumkan bahawa kerajaan pusat tak akan umum sebarang projek mega yang baru di Kajang yang berada dalam kawasan Hulu Langat, kini YB tersebut mula menyesal kerana meminta-minta, mendesak agar BN bertanding.

TAK BOLEH MAHSYUUKK....!!

p/s; foto diatas hanyalah sebagai hiasan sahaja, tak ada kena mengena dengan mana mana individu samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

4 comments:

Anonymous said...

Ini macam punya YB atau pemimpin UMNO boleh terajang keluar, boleh join PKR atau PAS. Kot2 boleh dapat projek di Selangor atau Kelantan.

Anonymous said...

Menang dulu baru ada projek. Kalau tak menang tak payahlah janji bulan dan bintang. Banyak lagi orang miskin di luar bandar yang memerlukan. banyak lagi surau dan masjid yang perlu diimarahkan dengan aktiviti Islam (bukan PAS)

Anonymous said...

Menang Selangor dulu baru bole cerita projek.Dasar penyamun,oarang lain buat kerja,orang lain yang untung.

Anonymous said...

umno dan projek yg membazir mmg tidak dpt dipisahkan!

hasan tiger