Thursday, March 6, 2014

Berikan Jawatan Menteri Kepada Khalid.... Gerenti Dia Pusing Masuk UMNO Dan Keluar PKR

Asal usul Khalid beliau bukan anak seorang jutawan....

Tetapi anak kelahiran Jeram Selangor pada tanggal 14 Disember 1946 ini mula mengorak langlah sebagai ahli korporat pada awal tahun 1980an. Bermula dengan jawatan sebagai CEO di Permodalan Nasional Berhad [PNB], kemudian menjadi CEO Kumpulan Guthrie Berhad.

Sepanjang tempoh itulah Khalid menjadi jutawan dan hartawan....

Kini beliau sudah dua penggal menjadi ketua kerajaan negeri Selangor selaku Menteri Besar. Tugas dan tanggungjawab yang amat berat untuk mentadbir sebuah negeri yang terkaya dalam semenanjung tanahair kita.

Baru baru ini ramai agak terkejut apabila Khalid Ibrahim bersetuju untuk bersama sama dengan kerajaan BN menyelesaikan masalah penstrukturan semula bekalan air di Selangor yang kini mencapai tahap kritikal.

Mengikut kronologi kisah air Selangor sudah pasti kita masih ingat pada awalnya kerajaan Selangor berdegil dan keras kepala tak mahu kompromi dengan perlaksanaan Projek Langat 2.

Keputusan Khalid untuk tunduk dan melutut kepada Najib dan kerajaan BN dilihat mengundang rasa tak puas hati beberapa pimpinan Pakatan.

Mereka menganggap Khalid seolah-olah mengkhianati kesombongan mereka dan tak perlu tunduk dengan Projek Langat 2 milik BN. Tanpa usul periksa, pimpinan Pakatan cuba kelirukan rakyat kununnya Projek Langat 2 untuk mengisi poket peribadi beberapa pimpinan UMNO.

Beberapa pemimpin PKR sebelum ini mendakwa Abdul Khalid tidak memaklumkan perkara itu terlebih dahulu sebelum kerajaan Selangor memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan BN Najib berhunung dengan penstrukturan semula industri air di Selangor.

Setelah selesai upacara tersebut, terbongkar pula kisahnya dari mulut Khalid Ibrahim, ada dikalangan  pemimpin PKR yang dikatakan cuba memujuknya menaikkan harga perjanjian MoU ini.

TETAPI apakah faktor utama perkara paling asas yang membuatkan Khalid setuju untuk melutut dan menyembah Najib menandatangani MoU Langat 2 ini...?

Kita harus berfikiran terbuka untuk seketika apabila mahu mengulas senario yang telah berlaku...

Hakikatnya Khalid sebagai Menteri Besar dari pihak Pakatan ketepikan ego rakan rakannya dalam parti. Beliau juga disifatkan 'berani' lawan arus dalam isu ini.

Kenapakah Khalid Ibrahim begitu berani...?

Malah desakan dari rakan rakannya untuk mendedahkan isi kandungan MoU kepada umum tidak beliau hiraukan. Sebaliknya Khalid menyatakan beliau perlu mendapat kebenaran pihak kerajaan Najib terlebih dahulu.

 
Khalid lakukan semua ini kerana beliau tahu keputusan yang selama ini dibuat oleh juak juak Pakatan adalah keputusan yang tidak tepat..!

Keadaan kini sangat kritikal. Rakyat di Selangor akan mendepani krisis bekalan air yang sangat serius. Oleh itu Khalid yang 'faham' maksud amanah dan tanggungjawab akhirnya akur dengan kebijaksanaan pentadbiran kerajaan BN.

Tahniah buat Khalid yang memberikan prioriti kepada masalah rakyat dan ketepikan kepentingan politik... Ini membuktikan apabila masalah rakyat menjadi 'utmost critical' beliau tahu untuk memilih keputusan yang betul.

Apakah nanti apabila nasib melayu semakin teruk terhimpit dengan permainan rasis oleh kaum chauvanist mata sepet akan 'mampu' membuka minda Khalid Ibrahim untuk 'utamakan' masa depan melayu...??

Jika ada 'rundingan' untuk melantiknya sebagai salah seorang jemaah Menteri, mahukah Khalid sertai UMNO dan tinggalkan PKR...?

Kembali semula kepada awal penulisan MIK diatas, asal usul Khalid menjadi hartawan adalah dari produk kerajaan UMNO-BN bukannya kerajaan Pakatan yang terbukti gagal untuk menguruskan isu asas bekalan air untuk rakyat di Selangor...!

7 comments:

Anonymous said...

itu hari lu kutuk sama itu kalid, sikalang lu puji ckp kasi itu menteri punya post gerenti masuk umngok..wakakaka
lu ingat semua olang suka sama umngok kah? wakaka

mutusamy

Anonymous said...

Syukur kita kepada ALLAH...Khalid Ibrahim sudah sedar dari kesilapannya dan bangun terus bagi membetulkan keadaan di Selangor supaya rakyaat Selangor tidak terinaya olih puak2 yang ingin menghancurkan intergriti bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia kini.

salim hasan said...

KALAU TAK SILAP PAK GAGAP NI MEMANG ASAL NYA BERDARAH UMNO ,CUMA PASAL MERAJUK DULU TUKAR KEM LA DIA

Anonymous said...

Klu kasi lu menteri mau ka?mutubabi?

Anonymous said...

muntri dlm BN manyak-2 sori la, rakyat manyak benci sama org BN, saya estet juga jaga lagi baik.

mutusamy

Anonymous said...

Tak jadi kesalahan menjadi pemimpin di pihak kerajaan dan tak juga salah menjadi pemimpin pembangkang......kerana perlu diingat yang mengangkat pemimpin itu ialah rakyat dan namanya pun wakil rakyat maka kepentingan rakyat perlu diutamakan...bukannya kepentingan politik atau parti yang diutamakan...

Anonymous said...

Deeyyy butusamy todi tara cukup ka?