Saturday, March 15, 2014

MH 370 HIJACKED - Siasatan Dapati Pesawat MH 370 'Dialihkan' Oleh Pilot Yang Cekap

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, mungkin sengaja dialihkan ke arah Lautan Hindi oleh seseorang yang ada kemahiran tentang penerbangan dan kedudukan radar, kata seorang pegawai kanan tentera Malaysia.

Komen tersebut menguatkan lagi dakwaan mengenai misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang itu mungkin dirampas.

"Individu itu boleh jadi juruterbang yang profesional dan cekap," kata pegawai tersebut yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Beliau berkata, teori itu berdasarkan data dari radar militari yang masih lagi tidak diketahui.

Radar tersebut terus mengesan laluan pesawat selama beberapa jam selepas ia hilang dari radar pusat kawalan trafik udara dan radar awam, katanya.

Pesawat itu dipercayai diterbangkan ke Lautan Hindi, beratus-ratus kilometer dari laluan sebenar penerbangan pesawat itu.

"Dia tahu cara untuk mengelak dikesan radar awam. Dia dilihat sudah mengkaji cara untuk mengelak daripada dikesan," katanya.

[petikan M-Star]


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat satu objek yang tidak dikenali dikesan oleh data radar militari sedang menuju ke Laut Andaman beberapa jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu lalu.

Menurut laporan Associated Press, seorang pegawai kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa salah seorang juruterbang atau terdapat individu lain yang mempunyai kemahiran mengendali pesawat telah merampas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pegawai itu yang terlibat dalam siasatan misteri kehilangan MH370 berkata belum dapat mengetahui motif sebenar rampasan pesawat itu dan lokasi di mana pesawat itu diterbangkan. Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, rampasan pesawat bukan lagi satu teori tetapi sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan.

Dalam sidang media khas petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, siasatan terkini menunjukkan terdapat kepastian tinggi bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat MH370 telah dipadamkan.

Najib berkata, ACARS telah dipadamkan sebelum pesawat MH370 tiba di pantai timur Semenanjung manakala transponder pula dipadamkan tidak lama kemudian iaitu berhampiran kawasan sempadan kawalan udara antara Malaysia dan Vietnam.

ACARS merupakan sistem komunikasi pesanan pendek yang digunakan untuk perhubungan antara pesawat dengan pusat kawalan di darat manakala transponder memainkan peranan untuk membolehkan pengawal trafik udara mengenal pasti kelajuan dan hala tuju pesawat.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak mengesahkan rampasan kapal terbang telah berlaku tetapi menegaskan siasatan sedang dilakukan.

"Walaupun ada laporan bahawa ia dirampas, kita sedang menyiasat semua kemungkinan tentang pesawat MH370 yang bertukar haluan.

"Pihak berkuasa Malaysia memfokus semula siasatan terhadap kru dan penumpang dalam pesawat ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

6 comments:

Anonymous said...

Memang sangat payah kalau ada sifat taksub dan fanatic melampau. Kerajaan dan semua agensi yang terlibat dengan high risk of national security mesti tegas dalam memastikan setiap anggotanya tidak punyai masalah jiwa dengan terlalu taksub kepada sesuatu. Setiap anggota agensi perlu dipantau rapi dan diberi tekanan yang tegas demi menjaga perilaku dan pemikiran mereka agar tidak terpesong mengikut jalan bodoh yang menjanjikan mati syahid yang palsu, melainkan mati sia-sia hingga melibatkan banyak nyawa melayang hingga menghancurkan keyakinan dunia luar terhadap Malaysia. Sememangnya ini menjadi matlamat busuk pakatan haram pimpinan Anwar Setan akhir zaman.

Anonymous said...

Jangan kata rampas seolah olah pasukan keselamatan airport kita cuai mengesan ada penumpang yg membawa alat senjata berbahaya hingga berlaku rampasan kapal terbang. Sebenarnya ia dilarikan ke distinasi lain yg tak pasti oleh pilot MH370 tu sendiri. Mungkin dibantu oleh agen perisik cia dan mossad yahudi yg menggunakan passport palsu yg dikatakan dari iran tapi bangsa yahudi. Nampak sgt nak memburukkan negara iran sebagai pengganas.

Anonymous said...

..polis kena check sudah berada kali zaharie terbang dgn FO tu.. berada kali zaharie terbang dgn pesawat 9M-MRO.. sapa yg memasuki avionics compartment below deck semasa pesawat on ground di klia.. di mana destination pesawat 9M-MRO untuk sekurang2nya 7hari sebelum dijadualkan onpenerbangan MH370..

..check semua latihan simulator di rumah serta simulator MAS..

Anonymous said...

..pm najib mesti tanya spore ttg apa yg radar pertahanan mereka dapat kesan pada malam dan pagi 8&9 march.. spore la 1 1nya negara kecil yg punyai kawalan radar paling jauh di rantau ini..

Anonymous said...

mungkin MH370 telah di kawal secara remote dan segala komukasi di putuskan dengan "jammer"... mungkin dlm mh370 ade sesuatu yg sgt penting...

Anonymous said...

Cube bce article utusan ari nie dr bekas pilot mas sdr. Ade gak kesahihan die. Klau ex-pilot nie tibe2 'ilang' gak,so teori die betul lah.