Saturday, April 5, 2014

Kehilangan MH 370 Dilakukan Secara Terancang Dan Sangat Rapi - Datuk Kapten Nik Huzlan

Dipetik dari sumber di SINI.

Akhirnya, berdasarkan analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain selaku juruterbang membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya. 

Sama ada kita suka atau tidak, beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan seluruh teori MH370 sebelum ini kononnya pesawat malang itu mengalami masalah teknikal atau kerosakan.

Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang berbeza daripada pakar-pakar penerbangan lain. Beliau seolah-olah lebih cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak bertanggungjawab" yang dilakukan secara rapi dan sangat terancang.

Antara persoalan yang dibangkitkan Nik Huzlan ketika diwawancara Astro Awani baru-baru ini:

1) Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2) Selain daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3) MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana  Amerika Syarikat pernah meminta bantuan MAS dari segi itu.

4) MAS mempunyai barisan juruterbang yang terbaik. Oleh sebab itu, juruterbang MAS sering “diculik” (dilamar) oleh syarikat penerbangan lain.

5) Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan untuk selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Juruterbang MAS sudah dilatih dan mereka tidak pernah putus asa jika berdepan kecemasan.

6) Setiap pesawat boleh terkena petir, kejadian itu adalah biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang. 

7) Nik Huzlan sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan.

8) Nik Huzlan juga mendakwa bahawa, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka.
Negara-negara ini sangat serius terhadap sebarang pencerobohan melibatkan kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.

9) Negara seperti Singapura memiliki radar sangat hebat serta mampu mengesan sebarang pesawat sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau msg dalam mode tertentu. Dan hanya orang yang berpengalaman tentang koordinat tahu susur alur setiap jalan di udara.

Jelasnya lagi, ketika MH370 melakukan 'turning back', kelajuan pesawat adalah stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang. Ini membuktikan pesawat dikendali oleh profesional.

10) Menurut Nik Huzlan lagi, jika MH370 dirampas, tidak mungkin perbuatan itu dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?

MH370 boleh dirampas dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” yang mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala operasi komando.

11) Beliau berkata kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh seseorang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan daripada dikesan radar.

12) Andai kata MH370 dirampas, ia tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV untuk pilot/co-pilot melihat disebalik pintu tersebut.

13) Namun sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konspirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 dirampas.

14) Sekiranya berlaku rampasan MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.

15) Beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apakah motif mereka.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhstan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara.

Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu di sana.

Nik Huzlan juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh mengesan MH370, sekiranya pesawat tersebut melakukan "turn over" ke arah Barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman).

Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Garsia atau 'The Lonely Sea' iaitu Lautan Hindi, maka barulah boleh dirumuskan pesawat MH370 hilang, kerana tiada radar berdekatan yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 di sana.

Jelas, pada awal analisis Nik Huzlan, beliau sangat berhati-hati menganalisis cara MH370 dikendalikan. Melalui cara itu, maka hipotesis boleh dibuat dengan lebih kemas. 

Beliau yakin pesawat MH370 dikendali secara cekap dan profesional ketika ia hilang daripada kawalan rada. Justeru ini membuktikan pesawat itu tidak mengalami sebarang kerosakan teknikal atau mekanikal dan mungkin berlaku sesuatu di luar jangkaan semua.

Kini, setelah hampir sebulan menjejaki pesawat MH370, perkembangan baharu berkenaan gambar yang didedahkan kepada keluarga mangsa MH370 oleh pihak berkuasa Malaysia di Beijing telah mengubah persepsi awal dan membawa kepada satu tahap kesimpulan yang lebih meyakinkan.

Berdasarkan petunjuk baru yang mendedahkan pergerakan pesawat MH370, Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan baharu.


1) Nik Huzlan menjelaskan pergerakan pesawat itu sangat terang dan jelas dan kelihatan pesawat MH370 telah berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah.

2) Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang.

3) Dan ini bermakna pesawat MH370 tidak mengalami sebarang kerosakan seperti yang dipercayai oleh seorang juruterbang berpengalaman.

4) Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaharu ini dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yang mengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja.

Buat pertama kalinya, pesawat MH370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan.

5) Buat pertama kalinya, pesawat MH370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan. Ini adalah bukti yang jelas bahawa pesawat tidak mengalami masalah teknikal.

6) Sebaik sahaja co-pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night”, pesawat MH370 terus merentasi ke arah Teluk Siam dan menuju ke Pulau Pinang.

7) Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, MH370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia.

8) Jikalau pesawat MH370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu MH370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?

9) Nik Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti.

10) Dan, jikalau ada kecemasan sekalipun, mengapa juruterbang atau pembantunya tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?

11) Bahkan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakan laluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar.

12) Cuma Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014). Pesawat MH370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi. Pergi ke Pulau Pinang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi. Apa jawapan Kapten Nik Huzlan? 

Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat MH370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat MH370 ini. 

Berdasarkan kajian Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.

Dengan pendedahan dan bukti baharu ini, Nik Huzlan mendakwa ia telah menghapuskan teori dan hipotesis kononnya pesawat MH370 mengalami kerosakan. Oleh itu, pesawat dalam keadaan stabil dan konsisten.

9 comments:

Anonymous said...

..keupayaan / motif / peluang (means / motive / opportunity).. 3 factor utama bila seseorang ingin melakukan jenayah.. siapa yg berupaya mematikan transponder.. siapa yg berpeluang berada seorang diri dlm flight deck..

..motif nya nak memalukan msia di mata dunia kerana taksub dgn aljuburi.. motif nya nak menunjukkan rasa tak puas hati pada MAS.. motif nya kerana tiada lagi keinginan untuk hidup..

..dulu lebai2 kulop pas taqsub dgn party sanggup baring atas jalan.. tidak mustahil zaharie sanggup hilangkan pesawat Boeing 777 kerana kecewa aljuburi tidak lagi berpeluang menjadi pm bisexual pertama msia.. tanda protest.. tanda cinta nya aljuburi..

Anonymous said...

Teori baru kemungkinan ada penceroboh yang bertaraf professional dalam MH370. Dah betul-betul check ke kargo yang dibawa adalah manggis ?

Anonymous said...

Aku pon agak yg sama....

Anonymous said...

Siapalah agaknya mastermind untuk kerja terkutuk ini. Harap-harap dia akan terima balasan didunia dan akhirat. Teori pencerobohan amat tidak logik, nampak macam isu sabotaj saja. Pray for MH370.

Anonymous said...

Jika anda Tanya 10 rakyat msia,8 sudah pasti menjurus kpd aljub.

Anonymous said...

Aljub..aljub...konon..jgn sebarang menuduh..tak payah lontar batu sembunyi tangan..tepuk dada tanya selera...pilot n co pilot yg tampak dikambing hitam kan...patut pun malaysia ni banyak bala..buka keaiban org nombor wahid..belum part matlamat menghalalkan cara..

Anonymous said...

Kamu sendiri sebut Aljub Aljub....apesal tak anugerah tuhan eh?

Teori ni is fair game across the board. Everyone has every damn right to their perspective.

Tak kan AI je heboh kat CNN, Daily Telegraph macam-macam lagi busukan negara.

Edward Snowden tu ada rasa kesedaran dalam diri dia, si AI punya kes dah kronik tersangat.

Anonymous said...

semua ini komplot aljuburi dengan kerjasama rakan2 Zionist dan kapten macainya....pesawat MH370 adalah selamat dan Aljuburi tahu dimana ia disembunyikan... aljuburi hanya memerlukan 1 saat untuk menjawapnya... Tian chua sedang membilang hari utk najib meletak jawatan ..tapi nampaknya harapannya semakin gagal dan mereka terpaksa mengembalikan pesawat tersebut ...sama2 kita tunggu!!!

Anonymous said...

100000% kerja aljuburi