Thursday, April 10, 2014

Mahfuz Buktikan Saifuddin Kaki Klentong....? Pemimpin PKR Memang Kuat Bohong.....

Apabila Anwar Ibrahim bebas dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004, Saifuddin Nasution salah seorang hulubalang Keadilan yang tersisih.....

Ketika itu Ezam dan Azmin merupakan bahu kanan dan bahu kiri Anwar untuk meneruskan gerakan perjuangan Keadilan mengembalikan kebangkitan rakyat yang pernah tercipta sekitar tahun 1999,2000 dan 2001.

Apabila BN menang besar pada PRU 2004, PKR ibarat nyawa nyawa ikan. Hanya Wan Azizah seorang sahaja yang masih bergelar Yang Berhormat kekal sebagai wakil rakyat di kubu kuat Anwar di Permatang Pauh. Malah wakil wakil PAS pun ruyup belaka, hanya tinggal beberapa kerat pimpinan DAP dalam dewan Negara.

Pada ketika inilah Saifuddin Nasution seolah-olah merajuk dan membawa hati yang luka setelah Anwar tidak memperdulikan kisah hidup perjuangannya bersama PKR. Bekas ADUN Lunas ini membawa hati dan pergi menjadi 'care taker' sebuah penampungan pusat pembelajaran agama di Kelantan. Iya, Saifuddin menjadi pengendali Yayasan Tok Kenali.

Ibarat orang yang sudah patah hati, beliau tinggalkan PKR dan sertai PAS. Berkhidmat dengan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Menjelang Kongres PKR di Seremban 2007, Anwar mendapat tamparan hebat apabila Ezam Mohd Nor membuat pengumuman keluar parti tinggalkan PKR. Maka Anwar pun mengintai peluang dan terus membawa pulang Saifuddin semula dalam saf pimpinan PKR.

Dalam ucapan penangguhan sebagai Ketua Umum, Anwar mengumumkan Saifuddin dilantik sebagai Pengarah Strategik.

Berita ini mengundang respon dari pimpinan PAS, Mahfuz Omar. Beliau mempersoalkan bagaimana seorang ahli PAS boleh dilantik sebagai Pengarah Strategik PKR....?

Baca seterusnya di SINI.

2 comments:

Anonymous said...

En Abdul Hadi bin Awang

Saya ini ingin bertanya kepada encik Hadi. Kalau Umno menjadi kafir kerana kononnya Umno menolak perlaksanaan hukum Hudud seperti yang dihukumkan oleh para ulamak tersohor dan ulamak muktabar dalam Pas. Tidak kah PKR dan DAP juga jatuh kafir bila mereka secara terang mengatakan " TIDAK " kepada perlaksaan hukum Hudud.

Saya berpendapat kalau berpegang kepada hukum yang dibuat oleh para ulamak tersohor dan muktabar Pas, maka nampaknya hanya pengikut dan penyokong Pas sahaja lah yang berpeluang masuk syorga sedangkan kami-kami yang menjadi ahli atau penyokong UMNO, PKR dan DAP yang walau pun sembahyang tunggang terbalik serta berpuasa menahan lapar bagai nak putus tali perut tak ada peluang langsung nak mendekati syurga.

Siapa yang tak adil ? Adakah tuhan yang tidak berlaku adil kepada kami ATAU para ulamak muktabar Pas yang memegang anak kunci syurga yang tidak berlaku adil kepada kami. Wallahualam.

Mohon En Abdul Hadi bin Awang dan En Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menjawab di mana-mana saluran media untuk menghilangkan keresahan di hati kami.

Lebai Malang

Anonymous said...

Cuba kau orang tengok betul betul muka saifudin ni kalau bubuh hidung babi muka dia sebijik macam babi kan