Friday, April 4, 2014

Nak Tanya Gani Patail...! Apa Jadi Kes BAFIA Rafizi Ramli...? Kenapa Senyap...??

Petikan diatas yang dirakam pada 5 Ogos 2012..... Lamaaaaaa dah!

Si Mulot Becok ala ala Joyah, Gay Boy Rafizi Ramli, Ahli Parlimen dari PKR pernah didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac 2012.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Iya! Hukuman menanti..., penjara 3 tahun. Boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pandan. Merengkok dalam sel penjara, kena kutip sabun depan banduan banduan yang Buragas.....

Baca kembali dibawah ini ulasan kes Rafizi yang menimbulkan perlbagai tanda soal kenapa anak muda PKR mendapat "keistimewaan" daripada Peguam Negara...?

Ogos tahun lepas, Rafizi Ramli pucat lesi ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk berhadapan dengan pertuduhan BAFIA.

10 September 2012, Rafizi Ramli menerusi peguamnya, Sivarasa membuat rayuan agar pertuduhan tersebut diketepikan kerana beranggapan, pertuduhan tersebut melanggar peraturan negara, selain berniat jahat untuk mengenakan Rafizi Ramli.

23 November 2012, permohonan untuk mengenepikan tuduhan, ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan Rafizi Ramli yang cukup hebat apabila bercakap tetapi pucat lesi apabila dibawa masuk ke mahkamah, meneruskan proses untuk mengenepikan tuduhan tersebut di Mahkamah Rayuan.

23 Mei 2013, rayuan Rafizi Ramli yang difailkan oleh Sivarasa Rasiah di Mahkamah Rayuan telah ditolak kerana rayuannya tidak mempunyai merit. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata, dakwaan bahawa tuduhan itu bercanggah dengan dasar awam tidak mempunyai merit.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, hujah Sivarasa Rasiah untuk membebaskan Rafizi Ramli adalah HUJAH BUDAK BODOH yang diselindungkan dengan alasan-alasan perundangan agar kelihatan lebih bijak.

Hakim kemudiannya mengeluarkan arahan agar perbicaraan kes itu dipercepatkan kerana ia melibatkan kepentingan awam. Kes itu sepatutnya disebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Jun.

Ketika pendengaran rayuan pada 23 Mei, Sivarasa Rasiah yang mewakili Rafizi berkata, tuduhan terhadap Rafizi patut diketepikan atas alasan ia bercanggah dengan dasar awam. Katanya lagi, dakwaan terhadap Rafizi atas tuduhan melanggar BAFIA adalah BERSIFAT MENINDAS DAN MENYALAHGUNAKAN PROSES MAHKAMAH manakala pendakwa raya pula mempunyai niat jahat apabila mendakwanya.

Biarpun 10 Jun telah berlalu dan arahan hakim agar kes tersebut dipercepatkan, nampaknya kehebatan Peguam Negara dalam kes melibatkan Khir Toyo, tidak berulang. 10 Jun sudah bertukar menjadi 10 Julai dan sehingga ke hari ini, sebarang cerita tentang Rafizi Ramli dan kes BAFIAnya kelihatan seolah-olah akan lenyap dengan RAFIZI TIDAK DIDAPATI BERSALAH!!!

Adakah Peguam Negara yang juga merupakan Pendakwaraya dalam kes ini, TERKEJUT DAN TERSENTAK dengan tuduhan mempunyai niat jahat apabila mendakwa Rafizi Ramli sebagaimana yang dituduh oleh Sivarasa Rasiah, sehingga kes tidak berjalan sebagaimana sepatutnya?

Apakah taktik ugut dan serang yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Peguam Negara pada tahun 2008, akan kembali berhasil cuma kali ini hanya melibatkan anak bilisnya yang bernama Rafizi Ramli?

5 comments:

Anonymous said...

celakalah ghani patail..peguam negara talam 2 muka.

Anonymous said...

itulah masalah nya bila lantik org bkn atas dasar merit..

Anonymous said...

Biasala permainan Najib Pundek. kalau Rafizi tu orang UMNO,dah lama dah dia dipenjarakan. Sebab itu aku kata Najib tak layak jadi PM sebab banyak sangat bermain politik.

Anonymous said...


peguam seluar buruk hujah tolak kes rafizi salah dasar kepentingan awam!!!

mudah dan kosong alasan yang tak pakai akal bodoh, semua yang pembangkang buat didakwa betul belaka.

PELIK malah anih kes yang wajar sudah selesai dan tertuduh sudah menjalani hukuman,,,,,tangguh sampai mampos lah hukuman tak dapat dilaksana, mana KEADILAN yang selalu disanjung2222.

Anonymous said...

Gani duatahil takde kes nak dakwa rafizi, lg didakwa lg bogel la nnt pihak2 yg berkenaan..parti bn ayam singgit ni dah kering modal kerr? Wakaka

Hassan tiger