Sunday, April 6, 2014

PAS Kedah Akui Azeez Rahim Berjaya Satukan UKHWAH Umat Islam Di Baling. ALLAHU AKBAAR....!!

SEMOGA LEBIH RAMAI LAGI PIMPINAN UMNO YANG MAMPU UNTUK MENGIKUTI JEJAK LANGKAH AHLI PARLIMEN BALING, YB DATO AZEEZ RAHIM....

MALAM TADI BERTEMPAT DI PEKAN BALING KEDAH, AZEEZ BERJAYA MENGUMPULKAN UMAT ISLAM TANPA PENGIRA FAHAMAN POLITIK UNTUK MEMERIAHKAN ACARA KEAGAMAAN "MALAM CINTA ALLAH DAN RASUL"

Alhamdullilah segalanya berjalan lancar, Habib Al Zainal Abidin juga sempat bercerita kisah-kisah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya.

Turut hadir semalam untuk mneyokong penuh program anjuran Azeez malam tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Jamil Khir, YB Harun Adun Kupang dan Ketua Pemuda Baling Hj Md Noor.

Bergema qasidah di Pekan Baling semalam, tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan menyambutnya dengan penuh rasa syukur.

Tahniah orang Baling kerana bijak memilih yang mana satu program untuk rohani, dengan program yang pentingkan diri.

Sedangkan ada program yang kononnya 'HIMPUNAN DERITA' untuk rakyat hanya bermain dibibir saja. Mulut jerit rakyat derita, tapi tangan dok kutip derma kat rakyat yang dikatakan derita. Kalaulah ada otak, tentu pemimpin Pakatan tak buat sedemikian rupa.


kedahkekl.blogspot

1 comment:

Anonymous said...

Aku penyokong kuat umno, tapi aku tak pula menyokong beberapa kerat pemimpin umno, maksudnya, aku bukan menyokong semua pemimpin umno yang ada sekarang serta tindaktanduk mereka yang tak boleh diterima. Salah seorang dari mereka yang perlu direhatkan awal dari bertanfing dlm pru14 ialah datuk azmi iaitu adun bayu. Tolong terajang kluar mamat sekor ni kerana ternyata beliau tak sesuai pegang jawatan tersebut. Alasan, tanya orang kampung…