Saturday, April 26, 2014

PRK Parlimen Bukit Gelugor - Semoga UMNO-BN Pulau Pinang TAK Ada Cita Cita Menyamun Seperti Pimpinan UMNO Selangor

Sebelum berlangsungnya PRK DUN Kajang, seluruh rakyat seantero Malaya sedia maklum proses mengadakan pilihanraya kecil tersebut hanyalah sebagai memenuhi agenda peribadi Anwar Ibrahim dan PKR.

Bila masuk bab bercakap mengenai calon mana yang akan menang, dikalangan jentera BN-UMNO juga yakin bahawa peluang terlalu tipis untuk tewaskan calon PKR.

Dilihat pada rekod terbukti kejayaan PKR menang kerusi DUN Kajang  pada PRU 2013 dengan cemerlang, kejayaan mendapatkan majoriti 6,824 mengesahkan kawasan Kajang didiami oleh pengundi yang TAK mahukan mana mana calon dari BN...!

Mengikut maklumat dari dalam kain pimpinan BN-UMNO, datangnya dari salah seorang jemaah Menteri, keputusan untuk BN meletakkan calon bukannya satu keputusan yang mendapat sokongan UNANIMOUS...!

Sebaliknya, keputusan bertanding di DUN Kajang telah mendapat tentangan dari ramai pimpinan BN-UMNO kerana tak mahu melayan agenda peribadi Anwar dan PKR menyelesaikan masalah rumahtangga mereka...

Dikalangan bloggers juga ramai yang memberikan pandangan agar YAB Datuk Sri Najib tidak mengumumkan mana mana calon untuk bertanding atas tiket BN. Keputusan untuk 'boikot' ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana Najib pernah membuat keputusan seperti itu pada tahun 2009.

Namun begitu gelagat beberapa kerat pimpinan UMNO Selangor sememangnya berjiwa PENYAMUN..! Pada kiraan mereka sekiranya ada PRK, maka peluang untuk menyamun terbuka luas...

Mereka mengharapkan dana berjuta juta wang besaaaaar pasti akan diturunkan bagi memenuhi perbelanjaan kerja kerja jentera pilhanraya. Tujuan untuk bertanding bukanlah untuk menang tapi untuk menyamun...!

Agak agaknya mereka mereka ini meminati lagu "Kalau Aku Kayaaaaa.....".

Inilah masalah yang menyelubungi UMNO. Penyakit tamak haloba dan sombong bodoh beberapa kerat pimpinan yang hanya pentingkan kantung sendiri dan tekak mereka....

Kisahnya, apabila semakin hampir dengan hari pembuangan undi PRK DUN Kajang, YAB Datuk Sri Najib telah ditipu hidup hidup oleh beberapa penyamun. Lihat apa yang ada dibawah ini;

Hakikatnya seperti yang telah diduga, calon BN dari MCA Datin Paduka Chew Mei Fun tewas juga kepada 'orang luar Selangor' dari Pulau Pinang, Datin Seri Wan Azizah. Naib Presiden MCA itu tewas dengan majoriti agak besar 5,679 undi.

Walaupun ada beberapa penyamun dari UMNO Selangor menyatakan BN harus berbangga kerana majoriti berjaya diturunkan dari 6,824 kepada 5,679 TETAPI apa pula kisahnya dengan laporan mereka kepada Najib kunuuuuuuuuuuuuunnya BN boleh menang dengan majoriti 1,000 undi ??

Selesai sudah kita membicarakan mengenai PRK DUN Kajang....

Berbalik kepada tajuk asal berkaitan dengan PRK Parlimen Bukit Gelugor. Pihak SPR sudah pun menetapkan tarikh penamaan calon pada 12 Mei 2014 dan hari pembuangan undi jatuh pada 25 Mei 2014.

Apakah BN perlu meletakkan calon...? Sudahkah pihak yang bekerja sebagai 'think tank' kepada YAB Perdana Menteri membuat kira kira bagaimana peluang untuk mana mana calon BN menang...?

Mengikut rekod PRU 2013, mendiang Karpal Singh menang besaaaarr dengan majoriti 42,706 undi. Satu jumlah yang sangat sangat besaaarr. Kalau dihimpunkan kesemua 42,706 pengundi yang mengundi DAP maka akan penuh sesak Stadium Merdeka ibarat menonton bolasepak zaman Allahyarham Mokhar Dahari.

Kalau berpandukan kepada keputusan PRU 2013, di Parlimen Bukit Gelugor mempunyai seramai 74.49% pengundi cina iaitu seramai 61,112 orang. Iya! Pengundi berbangsa cina yang TAK mahukan BN..., lebih lebih lagi cina Pulau Pinang.

Bersembang dengan salah seorang bekas Ketua Pemuda Bahagian dari Pulau Pinang beliau dengan nada yang agak tegas menyatakan BN tak perlu buang masa dan bazirkan wang banyak untuk menyertai PRK Parlimen Bukit Gelugor.

"Bro, aku nak cadangkan pada pimpinan BN, duit tu lebih elok gunakan buat Sekolah Agama Rakyat lagi bagus..!" katanya kepada Blogger MIK semalam.

"Bertanding pun konfirm kalah Bro...." tambahnya lagi

7 comments:

Man driver said...

Cadangan tersebut disokong 100%. sepatutnya skrg kerajaan perlu lebih beri tumpuan kepada undi Melayu dan bumiputra shj dan tak boleh langsung menaruh harapan kepada pengundi2 cina dan india. Muali skrg perlu ada usaha utk memberi lebih tumpuan kpd program2 yg menguntungkan Melayu shj. cuba lihat kat penang dan Selangor pembangkang lebih memberi keutamaan kpd cina dan india shj. jadi kerajaan UMNO dan BN perlu membuat perkara yg sama selagi penang dan selangor diperintah oleh pr. sekurang2nya menjadi gerun kpd org2 cina dan india ini supaya pd masa depan mereka akan berfikir dgn lebih waras dan menyokong balik kpd UMNO dan BN. kalau kita bagi kelebihan jugak kpd kelompok cina dan india ini mereka akan merasakan tak perlu sokong UMNO dan BN pun semua mereka dapat lebih dibandingkan dgn org2 Melayu yg majoriti menyokong UMNO dan BN. Oleh itu pada PRU 14 nanti kawasan yg majoriti Melayu UMNO dan BN perlu meletakkan wakil Melayu shj, baru kita dpt sokongan yg betul dan calon bertanding akan berusaha betul2 utk memenangi kawasan yg diwakilinya. cina dan gerakan letak yg tempat majoriti kaum cina utk mereka bertanding, begitu juga calon india letak ditempat majoriti penduduk india utk mereka bertanding. Dasar letak calon bukan bangsa yg majoriti disesuatu kawasan yg majoriti bangsa tersebut perlu digubal supaya calon yg dipilih disesuatu kawasan yg majoriti bangsa tersebut dikawasan tersebut akan berusaha dg bersunguh2 utk memenangai sokongan calon dikawasan yg bangsanya sama ditempat tersebut

Anonymous said...

Wakakakakakakakaka

Tak de Telor!

Anonymous said...

Rakyst Kedah harus perjuabgkan untuk kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah. Bak kata pejuang veteran....
Melayu telah serahkan Pulau Temasik kepada China PAP, telah serahkan Pulau Pinang kepada China DAP...perlu serah Malaysia pula baru puas hati?

Anonymous said...

PRU lepas karpal menang majoriti 40k kot. Ada hati lg nak lawan? Betul kata anon nombor 1, baik buat sekolah agama. Kalau join Prk,sure nak tabur SJKC yg mmg haram xkan undi pun.

Anonymous said...

kaki samun dalam umno ni dah lama rakyat tau tu yg membuat rakyat meluat dann akhir nye memileh calon pembangkang..harap kempimpinan ds najib buka mata dan telinga jgn sampai pru 14 nt ubn tewas dek krna segelintir penyamun haramjadah ni

bat8 said...

Man,

Kerajaan tak boleh tumpu kepada melayu je. Kerajaan persekutuan adalah kerajaan bagi seluruh rakyat malaysia. Kerajaan persekutuan dipilih dari parti-parti politik yang bertanding berdasarkan menifesto parti-parti yang bertanding mengenai apa yang akan dilaksanakan oleh parti-parti yang bertanding jika terpilih untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas sesatu PRU.

Inilah asas wujudnya negara malaysia yang ditetapkan oleh perlembagaan. Jika diikut pandangan sdra man maka apa yang dibuat oleh kerajaan masa itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan perlembagaan.

Perlembagaan juga menetapkan bahawa kerajaan persekutuan yang dibentuk oleh mana2 parti politik yang memenangi sesatu PRU sebagai kerajaan bagi setiap rakyat tak kira samada rakyat yang mengundi parti tersebut atau tidak. Logiknya mudah sahaja - segala cukai yang dikutip oleh kerajaan persekutuan datang dari perlbagai lapisan rakyat tidak kira yang mengundi atau tidak parti kerajaan pada masa itu.

Sdra man juga terlupa realiti kewujudan parti-parti politik dalam konteks memenangi PRU. Parti-parti politik tidak boleh memenangi mana-mana pru dengan semata-mata dengan undi ahli-ahli partinya sendiri-jumlahnya amat kecil berbanding jumlah keseluruhan pengundi2 yang berdaftar. Mereka memerlukan undi dari rakyat terbanyak yang bukan ahli partinya.

Sebab itu peraturan pilihanraya di Malaysia membenarkan diadakan kempen-kempen semasa tempoh berkempen yang dibenarkan dan mengeluarkan menifesto untuk menarik sokongan sebanyak mungkin dari pengundi-pengundi berdaftar yang bukan dari kalangan parti politik tersebut.

Panjang lagi boleh ditulis tetapi rasanya cukuplah setakat ini sebagai basic.

AhliBiasaUMNO said...

Tok sah cakap pasal menang laa, cakap pasal kurangkan majoriti dulu laa.

Tapi, macamana nak cakap pasal kurangkan majoriti? Tengok orang yang pimpin UMNO Pulau Pinang pun dah 2 kali kalah PRU. Kali kedua lagi teruk!!

Orang yang menang tak dilantik, orang yang kalah masih dikekalkan. Tapi macam UMNO Kelantan dan Selangor, pemimpin UMNO Pulau Pinang pun jenis yang tak tahu malu. Dah kalah, masih lagi tebal muka nak pegang jawatan. Tiap-tiap kali jumpa PM, minta peruntukan buat program, tapi apa hasilnya?

Apa lagi strategi yang nak dikitar-semula? Boleh lawan ke demonstrasi ala pembangkang? Boleh lawan ke propaganda ala pembangkang? Pimpinan yang ada pun semua jenis muka cari makan. Mana ada keikhlasan perjuangan untuk rakyat. Takkan nak harap duit kerajaan saja untuk jalan program? Cuba tengok macamana pembangkang buat? Fund raiser!!! Macamana rakyat sokong program mereka!

BN boleh lupakan nak jadi kerajaan di Pulau Pinang untuk 50 tahun akan datang.

Sedih! Memang sedih!