Wednesday, April 2, 2014

ROMBAKAN...? Hasan Malek Gugur...?? Noh Omar Dilantik Menteri Supaya TAK Kacau UMNO Selangor...??

Menarik juga sembang sembang nescafe tarik malam tadi di salah sebuah lounge sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur....

Dikhabarkan YAB Datuk Seri Najib apabila ada masa terluang akan mula 'scribble the blank paper' dan kerap juga mencongak untuk membuat sedikit perubahan dalam memantapkan lagi barisan kabinet dibawah kerajaan BN.

Sudah pasti rombakan yang bakal berlaku akan membabitkan beberapa nama Ahli Parlimen untuk diserap masuk kedalam pasukan kabinet Najib sekaligus adalah juga nama nama Menteri atau pun Timbalan Menteri yang bakal tersingkir.

Noh Omar diantara nama yang bakal diumumkan sebagai Menteri untuk mengambil alih tugas tugas portfolio menjaga Parlimen dari Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilihat tidak 'garang' dan sudah hilang taring tak seperti tahun 80an.

Salah satu sebab untuk membuatkan agar Noh Omar 'sibuk' dengan tugas tugas sebagai 'Penjaga Parlimen' supaya dia tak lagi menyibuk dalam pentadbiran Perhubungan UMNO Selangor. Ini bererti jawatan Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor akan digantikan dengan 'wajah baru' dikalangan ADUN UMNO.

Berita ini pastinya menggembirakan 14 Ketua Bahagian UMNO di Selangor yang sudah beberapa kali membuat mesyuarat sulit di sekitar bandar Klang dan Petaling Jaya, agenda mereka mahu 'mengusir' Noh berambus dari UMNO Selangor......

Berbalik semula kepada tugas tugas sebagai 'Penjaga Parlimen' memang terserlah Noh Omar lebih ofensif berbanding Shahidan yang agak lembut bersopan.

Hakikatnya, dalam keadaan bilangan wakil wakil juak juak Pakatan yang sudah mencapai angka melebihi 90 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, watak seperti Noh Omar pastinya lebih sesuai untuk menangani beruk beruk Pakatan dalam Parlimen....

JOM saksikan sedikit prestasi Noh dalam Parlimen jika dia berpeluang menyerang juak juak Pakatan;



Dalam rombakan yang bakal berlaku ini juga dikhabarkan YAB Datuk Seri Najib juga tidak akan melepaskan peluang untuk menggugurkan mana mana jemaah Menteri atau Timbalan Menteri yang flip flop dan menjadi beban liabiliti....

Hasan Malek yang sentiasa kelihatan 'tidak cerdik' adalah nama diatas sekali, TOP list untuk bungkus dan meninggalkan pejabat Menteri.

Rombakan Kabinet ini juga sedang menunggu Najib membuat kira kira samada mahu menjemput kembali wakil wakil MCA kedalam kabinet. Setelah seluruh rakyat Malaysia memuji  cara wakil UMNO iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein dengan jayanya mengendalikan portfolio Menteri Pengangkutan, kini dah ada ura ura portfolio tersebut akan kekal bersama Hisham....

Oleh itu Najib terpaksa memikirkan kaedah untuk 'terminate the mutual understanding' bahawa Kementerian Pengangkutan bukanlah satu portfolio "tradisi" untuk wakil MCA.

Jika satu ketika dulu Kementerian Kerja Raya [JKR] bukan main melekat lagi dengan MIC tetapi kini ianya tidak lagi...

Oleh itu bukanlah sukar untuk Najib abaikan tradisi memberikan Kementerian Pengangkutan kepada wakil MCA, lagi pun mereka tidak memberikan kemenangan pada PRK Kajang tempoh hari.

Iya, ramai yang menyatakan YAB Datuk Seri Najib sendiri akui Hisham lebih segak, lebih keterampilan, lebih tenang, lebih mantap, lebih steady sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia. Prestasi cemerlang sepanjang tragedi negara MH 370 sebagai bukti dan kita harus berbangga.....

TETAPI jika Hishamuddin akan dumumkan secara rasmi sebagai Menteri Pengangkutan, siapakah pula wakil UMNO yang akan diberikan amanah sebagai Menteri Pertahanan.

Portfolio sebagai Menteri Pertahanan merupakan antara 'Jemaah Menteri Kanan' dalam struktur kerajaan. Mungkin inilah yang membuatkan YAB Datuk Seri Najib masih belum meneruskan Rombakan Kabinet....?

Kita tungguuuuu

13 comments:

Anonymous said...

..cari la yg muda dan beketrampilan sedikit.. masih ramai yg berkelayakan dlm umno tu.. tua2 kerepot ni dah bodoh hodoh pulak tu.. muka takde rezeki.. liability buat survival umno & kjaan..

Anonymous said...

post defense minister boleh bagi kat Bung Mokhtar...very vocal MP
post hasan malek boleh bagi kat noh omar.....biar dia tiaw kaw kaw peniaga cina yg sombong & tamak tu...
hasan malek suruh balik pilah....memalukan org pilah yo....

Anonymous said...

Assalam. Hishamuddin cemerlang dan layak diperakukan seterusnya sebagai bakal PM.

Anonymous said...

Bawa lah darah muda dan berbakat seperti H2O....semagat juang yang tinggi demi keselamatan kemakmuran dan pertalian persaudaraan seatara dunia.

Anonymous said...

Letaklah orang yg ada pengalaman dlm selok belok ketenteraan dan bolih simpan rahsia dlm kementerian pertahanan.Jangan seperti DS Zahid Hamidi semasa baru jd menteri ,habis di dedah kelemahan aset dlm kem pertahanan dulu.

Anonymous said...

hisyam teruskan kerja yg dipangku dlm kementerian pengangkutan secara tetap. hasan malek, hhmmm.. gantikan dgn shahidan atau sapa2 je yg reti fikir dulu baru cakap. noh omar ambik jabatan perdana menteri. menteri pertahanan ..hmmmm...kalau tak ada yg hendak, akupun boleh kot.

Anonymous said...

Walaupun cina tidak menyokong BN diharap Najib boleh melantik wakil cina untuk ke jawatan TPM ke2. Dan Najib juga atas sifat kasih sayangnya kepada cina, boleh lah pula selepas ini menggubal Perlembagaan untuk melantik Yang Di-Pertuan Agong di kalangan cina? Tak gitu? PTUIIH!

Anonymous said...

Setuju. Noh Omar mmg bermasalah di Selangor tapi saya sokong 100% jika dia berada dlm kabinet. Dia punya angin boleh buat pembangkang kecut perut kihkihkih. Datuk Hasan Malek? Minta maaf datuk...kami perlu yg lebih tegas sama juga DS Shahidan Kasim yg tak nampak tegas...gaya org tua membebel ada.. Orgpun tak faham dia ckp apa.

Anonymous said...

A.ah..cam n.ajis..lg tua lg kerepot bodoh hodoh

Anonymous said...

Sebaik-baiknya jawatan Menteri Pertahanan diberikan kepada bekas Panglima Angkatan Tentera dan jawatan Menteri Dalam Negeri disandang oleh bekas Ketua Polis Negara. Mereka lebih memahami dan mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam menjaga keamanan negara. Malah sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat demi menjaga keamanan daripada kepentingan politik.

Anonymous said...

Noh Omar? Dia tu mmg cakap bedegor tapi isi takdok. Baik ambik Datuk Abdul Latiff Ahmad, pengerusi SPNB. Dulu masa dia Timb Menteri Pertahanan dia pandai serang balik pembangkang kat parlimen pasal isu2 perolehan aset pertahanan.

Noh Omar tu buang je lah...tak sedar diri...ingat UMNO masih berkuasa kat selangor ni...

Anonymous said...

noh omar jadi menteri??? pelungkup la umno...noh omar jaga udang pun lingkup...hahhaahha......btul tun m kata..yg bahalol je tggl dlm umno

norlan said...

Noh Omar salah satu menteri yang mengkayakan China..pembelot bangsa..macam mana nak hentam China..