Tuesday, April 1, 2014

TAK Payah Kasi Balik Jawatan Menteri Pengangkutan Kepada MCA. PRK Kajang Mereka Gagal... Hisham Pula "Cool" Dalam Isu MH 370

KILL TWO BIRDS WITH ONE STONE....

Meminjam aura Datuk Seri Hishamuddin yang memiliki penguasaan bahasa inggeris yang fasih sebagai pembuka bicara penulisan Blog MIK pagi ini.

Iya, maksud Kill Two Birds With One Stone sungguh mudah untuk anda sendiri membuat terjemahannya. Pada satu penulisan disini, Blog MIK akan mengulas mengenai dua isu pokok senario politik tanahair mutakhir ini.

Misi pencarian pesawat MH 370 yang hilang sudah masuk hari yang 25 hari ini. Sepanjang tempoh itu, rakyat diseluruh tanahair dan juga seluruh dunia berpeluang menyaksikan kemunculan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein setiap hari dikaca tv untuk memberikan updates terkini dan sebarang penemuan terbaru.

Adalah sesuatu yang memeranjatkan ramai pemerhati politik tidak terkecuali rangkaian sahabat sahabat blogger bahawa Hishamuddin yang muncul kali ini adalah 'the different Hishamuddin'.

Beliau sudah banyak berubah dan terbukti semakin mantap dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Menteri.

"Hisham dah jauh berubah bro..."

"H20 nie dah banyak improve la wei..."

"Aku pun tak sangka Hisham ni dulu lembik sekarang nie dia cool habis boleh handle foreign media, steady la dia, kita patut bangga...! "

"Bukan senang nak pikul tugas Transport Minister dalam kes MH 370 ni bro. Ini world issue, the whole world is watching us. Tapi Hisham performed la bro..., terbaeek laaa dia. "

Demikianlah respon yang dapat Blogger MIK kumpulkan apabila bersembang mengenai MH 370 yang menjadi bualan setiap orang seluruh dunia saban hari....

Kesimpulannya, rakyat Malaysia bertuah kerana tugas seorang Menteri Pengangkutan ketika mendepani isu besar seperti MH 370 berjaya digalas dengan baik oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Hakikatnya apabila tercetus sebuah isu yang sangat besar membabitkan kerakyatan beberapa negara, ianya menjadi tumpuan dan fokus seluruh dunia...! Kuasa kuasa besar seperti Amerika, Rusia, France, China dan lain lain lagi akan memberikan tumpuan kepada isu dan kes seperti ini.

Natijahnya, wakil negara kita selaku Menteri Pengangkutan memainkan peranan yang cukup penting demi menterjemahkan imej negara kita Malaysia. Disini Hishamuddin bertindak cemerlang...!

Siapa diantara anda yang berani menafikan bahawa keistimewaan yang dimiliki Hisham fasih bertutur bahasa Inggeris dengan lancar, sikapnya yang 'cool' tidak melenting apabila cuba diprovokasi oleh media asing benar benar memberikan imej yang baik kepada kerajaan Malaysia...?

Asakan demi asakan khususnya daripada beberapa media asing sebenarnya mahu memberikan tekanan buat kerajaan Malaysia. MH 370 membabitkan soal nyawa manusia seramai 239 orang.

Saat dan ketika seperti ini kita tidak boleh mempunyai seorang Menteri Pengangkutan yang mudah menggelabah, yang cepat berpeluh, yang gagap dan memalukan negara.....

Selama mana tempoh peristiwa hitam MH 370 ini bermula, sehinggalah ke saat ini, yang pastinya Hisham berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik dan kita harus bersifat terbuka dan berjiwa besar memberikan perakuan bahawa Hishamuddin memang cemerlang!

Iya, beliau mempamerkan prestasi jauh lebih matang dan jauh lebih baik berbanding dengan kes kes sebelum ini sebagai contoh Lahad Datu. Aura Hisham yang tiba tiba berjaya melalui proses transformasi itu juga mencuit hati seorang warganegara dari Perancis.

Budak berusia 15 tahun mengirim surat memohon Hisham tandatangan autograf kerana minatnya terhadap cara Pemangku Menteri Penangkutan itu tangani isu MH 370 yang menyentuh hati ramai orang seluruh dunia.

Kalau seorang warganegara dari Perancis boleh memberikan pujian dan pengiktirafan kepada Hishamsuddin Tun Hussein, maka bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya Blogger MIK yang suatu ketika dulu sering mengkritik beliau, tetapi pada pagi ini memberikan pandangan lebih positif....

Selesai kisah H20...!

Berbalik kepada Mukamdimah berbahasa inggeris tadi Kill Two Birds With One Stone. Dalam membicarakan kecermelangan Pemangku Menteri Pengangkutan, sudah pasti kita janganlah lupa bahawa portfolio dalam perkongsian kuasa kolisi kerajaan BN, sebenarnya Kementerian Pengangkutan ini secara tradisi milik wakil MCA.
 
TAK payah layan....!!

MCA masih gagal untuk buktikan mereka patut menerima saham dalam perkongsian kuasa BN diperingkat pusat. Mereka gagal menawan sokongan undi kaum cina.

Ujian baru baru ini mereka gagal di PRK DUN Kajang. Walaupun dalam keadaan pengundi cina paling tinggi pratusan 41% dan menurunkan Naib Presiden MCA sendiri iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, kaum cina masih mahu berikan undi kepada 'orang luar' yang tak ada kena mengena langsung dengan negeri Selangor....!

YAB Datuk Seri Najib selaku Pengerusi BN tak payah layan kehendak nafsu juak juak MCA ini untuk dikembalikan jawatan Menteri Penangkutan kepada wakil mereka.

Apa yang Najib patut buat....? Lantik seorang lagi wakil UMNO untuk menggantikan Hishamudin di Kementerian Pertahanan dan berikan ruang seluas-luasnya untuk H20 terus cemerlang sebagai Menteri Pengangkutan. 

Natijahnya, memang sudah terserlah dengan jelas tugas dan peranan sebagai Menteri Pengangkutan amat sinonim dengan Hisham....

8 comments:

Cameron said...

Amat bersetuju sekali. Sebelum ni tak berapa berkenan beliau semasa kendalikan isu Lahad Datu. Sekarang beliau 'earned my highest respect'.

Anonymous said...

Semasa Hishammuddin menangani kes Lahad Datu, saya juga marah sangat kat dia. Sekarang, I am so proud of him. Sungguh,dia ada ketokohan untuk menjadi bakal PM kita di suatu masa nanti, insya'Allah.

Anonymous said...

Mana MCA dikala kerajaan Melayu Malaysia di hentam puak2 Chinese China baik yang di China atau yang baru2 ini datang dari China?

Anonymous said...

Hishammuddin dah berhenti menghisap rokok.. tu lah Hishammuddin lebih berkeyakinan, tegas, dan tenang.smart. Moral kat sini.. kalau nak smart macam Hishammuddin. Berhentilah menghisap rokok

Anonymous said...

MCA perlu buktikan mereka relevan dlm BN . Mana boleh dapat free jawatan kalau tak tunjuk keupayaan . najib jangan pula jadi lemah ... Hisham dah berubah yg masih tak berubah cuma .......wakil drp Pekan...

Anonymous said...

MCA patut d tendang kluar dari BN. Parti cina ini ibarat api dlm serkam.

Anonymous said...

Nasib H2O tak macam bang non,
you repeat I'll sue you....
Salute you Dato Sri H2O

Anonymous said...

Sebenarnya dari dulu aku dh nampak.korang je tk nampak.mamat ni memang cool orang nya.walau pun korang bloger2 kutuk dia lembik.sebab korang tak cool nk layan kutukan dari blogger pakatan dan kambing hitamnya sape lagi.hishammuddin le korang bantai.klu takat nk ngutuk aku pun boleh.patutnya korang support dia dari belakang.aku puji blogger pakatan.walau pun diorang tau nua kaki jubo tapi diaorang pertahankan hingga air mani terakhir.korang , kena kutuk je sikit nangis.he he he jgn marah saje je nk lepaskan geram kt korang sbb aku pembaca setia blog2 korang.