Tuesday, May 6, 2014

BELASUNGKAWA 2014 - 1925 Seniman Negara Datuk Aziz Sattar Meninggal Dunia [Video Clip Inside]. AL FATEHAH

Pelakon veteran dan salah seorang Seniman Negara, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

NOTALGIA.... saksikan sedutan filem Pendekar Bujang Lapuk dibawah ini;


No comments: