Tuesday, May 20, 2014

GEMPAAR PRK Bukit Gelugor...!! Calon Bebas Abu Backer Cedera Terperosok Bawah Kereta Guan Eng

Pada pukul 1.00 petang sebentar tadi, Calon Bebas PRK Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek, dikatakan telah dilanggar oleh kereta Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Kejadian berlaku apabila calon bebas berkenaan dikatakan bertindak menghalang kenderaan rasmi Ketua Menteri dari keluar dari Sidang DUN Pulau Pinang.

Tindakan tersebut mengundang kekecohan apabila Abu Backer Sidek enggan bergnajak dan menyebabkan pihak keselamatan bertindak dan menghalang Abu Backer.


 Abu Backer kemudiannya melompat ke atas kenderaan rasmi ketua Menteri dan terjatuh di atas jalanraya.....

Beliau mendakwa mengalami kecederaan. Lebih kurang pukul 1.30 petang tadi, beliau telah dibawa ke hospital Pulau Pinang melalui khidmat ambulan.

2 comments:

Anonymous said...

Wakakakakakaka

Sakit mental ni nak jadi ADUN ke?

Anonymous said...

dapat admin post lapuran kesihatan mamak bebas ni, dia cedera kah tak cedara...macam belakun aja......kalau nak berlakun pi lah masuk tv3. Menyampah aku tengok!