Friday, May 30, 2014

GEMPAAR PRK TELUK INTAN...!! FOTO PANAASS DYANA SOFYA INSIDEN 21/03/.2009

Kredit - Blog Cucu Tok Selampit


Dyana Sofya, calon DAP bagi PRK Teluk Intan dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 26 Mei 2014 menyatakan yang beliau hanya membantu Ibunya mengendalikan sessi pendaftaran ahli baru PERKASA di Majlis Pendaftaran Ahli baru pada 21 Oktober 2008.
Di dalam kenyataan akhbarnya, beliau menegaskan seolah-olah itulah satu-satunya majlis beliau bersama PERKASA. Mana-mana pembaca yang lurus akan membuat kesimpulan yang sama selepas mendengar penjelasannya. Kenyataan Ibunya selepas itu juga memberi gambaran yang sama. 

Apa yang Dyana Sofya tidak jelaskan kepada umum adalah beliau turut bergiat aktif di dalam PERKASA selepas sessi pendaftaran berkenaan. Buktinya, pada 21 March 2009, beliau juga turut terbabit di dalam membantu menyempurnakan Raptai Perhimpunan Dan Sidang Kemuncak Peribumi PERKASA Negara yang telah diadakan pada keesokkan harinya.
Gambar-gambar Dyana Sofya di bawah yang berbaju hijau diambil di blog PERKASA, di sini. Lihat Dyana Sofya yang memakai tag berwarna kuning seperti tag penganjur. Ini membuktikan bahawa beliau aktif di dalam PERKASA. Pengundi-pengundi di Teluk Intan harus tahu pembohongan ini.

1 comment:

Anonymous said...

Pengundi Telok Intan wajib menolak calon yg suka menipu.
Ingat calon ingat penipu.