Monday, May 12, 2014

Golongan Belia Jangan Sia Sia Peluang... TAK Payah Sertai PKR Dengan Pergaduhan Baling Kerusi. JOM Bersama iM4U

Sejak malam tadi dan sepanjang hari ini bukan main rancak lagi perbualan kisah pergaduhan ahlol ahlol TOLOL parti PKR. Iya mereka bergaduh setiap kali akan berlangsungnya pemilihan pimpinan parti mereka.

Mereka tamak, mereka haloba, mereka rakus, mereka gila kuasa...! Bergaduh sakan alang kepalang..!!

Bergaduh kerana mahukan jawatan, mahukan kuasa. Padahal dikalangan merekalah yang paling kuat menyalak menghasut rakyat memfitnah SPR kunuunnya sistem Pilihanraya negara ini tidak BERSIH.

Budaya seperti ini memang boleh merosakkan dan menjahanamkan golongan BELIA. Kita sedia maklum bahawa golongan anak anak muda paling terkasima untuk menyertai PKR. Tetapi apakah budaya bergaduh sakan seperti ini elok untuk BELIA...?

Golongan BELIA janganlah buang masa untuk bersama budaya bangang PKR...!!

Lihatlah sebenarnya apa yang disediakan oleh kerajaan BN kepada golongan BELIA... Ada bantuan dana untuk kerja kerja yang membawa faedah. Iya, ini ada bersama iM4U [ 1 Malaysia For Youth ].

iM4U sentiasa menyokong inisiatif kerja sukarelawan alam semulajadi seperti ini di kalangan BELIA. Jika anda mahu membuat perubahan kepadakomuniti, iM4U menyediakan peluang dengan memberikan Dana Sukarelawan1Malaysia (Dre1M Fund).

Permohonan dapat dilakukan dengan menghantar kertas kerja anda di laman web iM4U [klik SINI] atau anda boleh KLIK terus pada logo iM4U dalam ruangan atas blog ini.

No comments: