Tuesday, May 13, 2014

Ini Dia Kad Jemputan Kenduri Kahwin Anak Mat Said 17 Mei 2014. Itu Pasal Lah Dia Marah Umum Keluar UMNO

Sepatutnya mengikut jadual, 17 Mei 2014 bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu, akan berlangsung Majlis Perkahwinan anak Mat Said....

TETAPI malam tadi MB Terengganu sudah bertukar, kini milik Datuk Ahmad Razif yang selesai upacara angkat sumpah dihadapan Tuanku Sultan Terengganu. Maknanya, majlis itu tak boleh dilangsungkan disitu.

Malangnya kad jemputan sudah beredar...., Mat Said ada tempoh 4 hari untuk "memindahkan" majlis itu ke tempat lain.

Sewaktu desas desus bertiup kencang akan berlaku pertukaran MB Terengganu, tuan punya badan iaitu Mat Said sendiri mohon kepada YAB PM Datuk Sri Najib untuk tangguhkan proses peletakan jawatan sehingga majlis kenduri kahwin anaknya selesai.

Mat Said tak ada halangan untuk letak jawatan tetapi mohon untuk dilewatkan sedikit...


1 comment:

Anonymous said...

Bagus laa najib...dpt nasihat dr penjual kopok lekor...elok2 umno perintah ganu laa ni lingkup terus...juak2 kt ganu nk malukn mat said akhirnya bn yg tumbang...puas laa hati si bagidol tu kn...sewel betol laa