Sunday, May 4, 2014

Kalau TAK Bergaduh, Kalau TAK Bergasak Masa Proses Pemilihan Parti Maknanya Itu Bukan PKR.....

Proses pengundian PKR bagi Cabang Sungai Petani pada Sabtu kecoh apabila nama seorang calon bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang itu tiada dalam senarai. 

Penyokong S. Arvind Kumar bertindak melakukan protes apabila mendapati nama Arvind Kumar tiada dalam senarai pencalonan atas alasan tidak layak bertanding.

Perkara itu hanya diketahui Arvind Kumar apabila tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai Taman Seri Wangi di sini.

Arvind Kumar berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai pembatalan pencalonannya daripada ibu pejabat PKR.

Katanya, hanya terdapat seorang nama calon dalam senarai itu.

"Yang sakit hati ni sampai semalam kita dok kempen...seminggu dah saya dok kempen...so bila masuk pagi tadi...tengok dalam senarai AMK langsung tak ada (nama)...mana boleh menang tanpa bertanding?

"Saya panggil jawatankuasa pemilihan, depa semak. Jawapan mereka lepas (selesai) ketua cabang wanita baru jadual balik AMK. Jadi depa mintak tunggu," katanya.

M Star Online

No comments: