Tuesday, May 27, 2014

Kandungan Babi Dalam Malaysiakini Melebihi Cadbury... Jahatnya Malaysiakini Fitnah Kak Ijat

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN), Dato’ Rafek Reshidullah hari ini menggesa pihak Malaysiakini menarik balik kenyataan yang dikeluarkan dalam portal internetnya bertajuk ‘Shahrizat Give Cash, Diapers For Vote’.

Beliau berkata, ianya adalah perkara yang tidak benar, palsu dan satu fitnah terhadap Pengerusi YKN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Yayasan Kebajikan Negara Malaysia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan dan dakwaan yang tidak berasas tersebut sekiranya pihak Malaysia Kini gagal menurunkan kenyataan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, kes tersebut telah diluluskan sejak bulan Disember 2013 oleh Yayasan Kebajikan Negara Malaysia bagi meringankan beban ditanggung oleh klien membesarkan ketiga-tiga anaknya yang merupakan OKU.

Katanya, bantuan lampin pakai buang dan bantuan perubatan itu telah disampaikan sendiri oleh beliau selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara Malaysia pada hari ini.

SUMBER

No comments: