Tuesday, May 13, 2014

KISAH BENAR Mat Said Ramai Tak Tahu.... Ada Perjanjian Dengan Sultan Terengganu Untuk Letak Jawatan MB

Mat Said Mengkhianati Janjinya Sendiri...?

Selepas PRU13 Dato Seri Ahmad Said telah mengakui  beliau gagal membawa UMNO Terengganu. Malah laporan dari seluruh bahagian pelbagai peringkat di Terengganu meminta agar Mat Said berundur.

Satu perjanjian telah dimohon oleh Dato Seri MB Terengganu agar YAB PM Datuk Sri Najib memberikan beliau setahun tempoh bagi menguruskan beberapa pekara sebelum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Pekara ini telah pun dimaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu sejak setahun yang lepas dan ianya telah mendapat perkenan Tuanku.

Apabila cukup tempoh setahun yang dipersetujui oleh Dato Seri Mat Said kepada Duli Tuanku Sultan dan YAB PM beliau enggan berundur  dan memungkiri janji untuk berundur dari jawatan Menteri Besar.

Untuk makluman, sebenarnya  majlis pernikahan anak Mat Said telah berlangsung pada minggu lalu.

Beliau dengan sengaja mengedarkan kad jemputan perkawinan anaknya pada 17 Mei ini semata mata mahu mendapatkan simpati ahli UMNO dan juga rakyat sedangkan beliau tahu tempoh beliau memegang jawatan Menteri besar akan tamat pada 12hb Mei 2014 mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

YAB Datuk Sri Najib telah melakukan yang terbaik bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu kekal relevan. Tindakan untuk menukarkan Mat Said bukan satu tindakan yang terburu buru kerana ianya sepatutnya telah berlaku setahun yang lalu.

Namun atas tanggungjawap dan keperihatinan YAB PM beliau mempersetujui dengan permohonan tempoh setahun yang diminta sendiri oleh Mat Said.

Jelas pada kita semua, bahawa tindakan Dato Seri Mat Said adalah amat tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Beliau  juga seharusnya sedar bagaimana kedudukan beliau memegang jawatan Menteri Besar setelah Idris Jusoh disingkirkan selepas PRU12.
 
Maka dengan itu, padi hari ini  ianya berbalik kepada prinsip perjuangan parti ataupun jawatan. Dato Seri Mat Said sewajarnya mejelaskan pekara sebenar kepada rakyat. 

Jika suatu masa dahulu Idris Jusoh ditolak sebagai Menteri Besar kerana tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan dan bagaimana pula kali ini apabila Tuanku Sultan sudahpun memperkenan YB Datuk Ahmad Raziff sebagai Menteri Besar yang baru...?

Seterusnya, bacalah ulasan kisah benar ini di SINI.

16 comments:

Anonymous said...

Rasanya cara ko membela najib pun xbetul la bro...mat said bkn ketua cawangan dia mb jd berat sgtkah najib nak pertimbangkan permohonan beliau tuk selesaikan dahulu kenduri...kad tulis 17 may kenduri takkan mat said bohong jg...kenapa najib klu dgn ahli umno mcm mat said dilayan bagai sampah tp dgn mca yg xbw apa keuntungan dilayan bagai raja..skrg akibatnya ganu maybe ka tangan pas krn najib..tiada ucapan lg vagus tuk bajib selain padan muka..patutnya vantu nat said kuatkan umno ganu tp najib susshkan lg keadaan..terima sajalah akibatnya...bagus sokong pas la klu mcm ni..

Anonymous said...

GUA ada kad kawin ni 19/05/2014...abihtu sape yg kawin ni SETAN mat said ke atau anak dia?..xtau cite sbnr main blasah je wt2 cite..bangkai gajah ko nk tutup dgn SPENDER CARIK mane bole bro....Gua kalu TRG jtuh k tgn PAS gua akn isthar kluar dr UMNO.........org mlka pmastautin TRG.

nordin said...

apapun anda punya ulasan & alasan, tragedi hari ini berlaku kerana kebodohan dan kesombongan najib.

kalau najib sanggup kurangkan sikit sikap sombongnya dan tambah sikit sikap hormat pada org bawahan dia (samada org bawahannya bermasalah atau tidak), tentu dpt meyelamatkan dia, terengganu dan malaysia drp masalah besar seperti ini.

inilah nilai yg perlu ada pada pemimpin besar, lebih2 lagi pada masa ini dimana sentimen menunjukkan yang najib cukup lemah dan apologetik pada bangsa lain tetapi sgt keras pd org yg mendokong dan menyokongnya.

kita tolak ketepi isu kenapa MB perlu ditukarkan. kalau prestasi sbg indikatornya, tentu dia (sbg pengerusi pilihanraya selangor, dan seluruh ADUN selangor perlu turun.

apapun, saya tak marahkan najib kerana BODOH. manusia itu penuh dengan sifat kekurangan. BODOH sebahagian drpnya. kita harus redha.

Anonymous said...

Ada masalah ke kawinkan anak pada 17 atau 19 atau 30hb sekali pun. Nak kawinkan tu bukan kat rumah rasmi MB tetapi kat rumah peribadi MB. Jadi apa masalahnya. Alasan yang di berikan langsung tak masuk akal. Macam bebudak. Maaf cakaplah. Tapi memang kebudak-budakan.

Anonymous said...

Setakat 4,5 ekor duri dlm daging ni nk kluar parti UMNO tk heran ..Umno tk perlu lansung org2 yg mcm ni ..Hikmahnye kejadian ni ialah kini terserlah para2 pengkhianat parti dan bangsa melayu..Patut sedar ler skit ..prestasi buruk ..hampir2 terengganu jatuh..masih nk berebut jawatan..perjuangan haper

Anonymous said...

Pada kad tu ditulis 'Majlis Kesyukuran Perkahwinan' ...
Ni majlis perkahwinan betul ka atau sekadar majlis doa selamat???

Anonymous said...

apabila seorang mb dah tak berupaya membawa perubahan, gantikanlah dgn mereka yg lebih berkebolehan. pemimpin datang dan pergi. tapi kita kena teruskan kehidupan. hormati suara ramai. jika jadi mb tp tak dpt kerjasama rakan2 pun payah jugak. rakyat jelata yg akan terima padah. so siapa pun mb kita, beri je la sokongan yg diperlukan... kerana hanya Allah yg berhak menentukan siapa yg diangkat darjatnya dan siapa yang bukan. sesungguhnya rahsia Allah tak dapat kita menyingkapnya. semoga trengganu di rahmati Allah sentiasa... aminnn

Anonymous said...

ulekkkk mayang deee ulekkkk....putera tigaaa berbaju merahhh.....cariii carilah yang terbaikkk...moga negri jangan punah ranahhh....

Anonymous said...

19/05 tu hok mana pulok? Berapa kali kenduri kahwin anak mung mat said? aritu dah buat kat TTI. Sultan pun datang. Ni nak buat kat Kijal pulak 17/5. Lepas ni berapa kali kenduri lagi. Lagi tunggu lagi teruklah kau ganyang YB Razif. Sebelum ni pun puak2 mu bukan main lagi ganyang dia. Siap ada puisi, blog fitnah dan mcm2 lagi. Pegi setel masalah peribadi nu dulu.

Anonymous said...

semoga mat said di kaunter ofer sebaik yg mungkin utk buat turn back.

hassan tiger

Anonymous said...

semoga mat said di kaunter ofer sebaik yg mungkin utk buat turn back.

hassan tiger

Anonymous said...

Blok pembela UMNO dah jadi Pembelik...

Politik memang mengharukan..Janji ditepati...slogan kerana UMNO...makan diri.

slogan sebenarnya Benar akan tetap Benar...yang salah tetap salah..akal diberi Nilai..jangan kita membela atas dasar parti atau individu...

Anonymous said...

YB Dato Seri ,
Teruskan perjuanganmu. Maruah diri tak boleh dijual beli.Parti hanya ciptaan dunia.boleh bertukar ganti.

Anonymous said...

kut-kut mana pun najib dgn punahsihat mmg x berapa cerdik...klu kenduri kawin lps doh, mukin majlis nyambut nantu ( ambo x tgk kad jemputan - anak jantan ko tino), ingat mudah ke nak pindah rumah lg nak urus majlis lg, nok kosongkan pejabat lg...keputusan hok org panggil...bodoh sombong

Anonymous said...

Angkat sumpah guna AL-QURAN le nampak gaya nya......macam bolasepak yang tidak pernah dibuat oleh Umat ISLAM didunia ini............

Anonymous said...

Teruskan maki hamun...akhirnya semua pnyangak brputih mata..terkini ahmad said lbih sayangkan UMNO.