Monday, May 5, 2014

Memang Karpal TAK Boleh Rest In Peace SEBAB Pimpinan PAS Nak Buat Jugak Hudud....

Kerajaan PAS Kelantan yakin mampu memperoleh majoriti mudah untuk melaksanakan hukum HUDUD di negeri ini biarpun tanpa sokongan Ahli Parlimen bukan Islam apabila rang undang-undang persendirian dibentangkan di Dewan Rakyat nanti.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas bagaimanapun memerlukan undian semua wakil Islam untuk menyokong rang undang-undang tersebut.

Pada masa sama, beliau masih menaruh keyakinan mampu memperoleh undi daripada Ahli Parlimen bukan Islam jika mereka mendapat penjelasan yang jelas tentang hukum HUDUD.

"Kita yakin mampu memperoleh majoriti mudah iaitu 112 undian nanti.

"Tetapi kita mahu merayu kepada semua Ahli Parlimen yang beragama Islam untuk memberi sokongan padu bagi melaksanakan undang-undang Allah yang berasas kepada keadilan dan kebijaksanaan ini," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Jambatan Pulau Kundur, di sini semalam.

Ahmad berkata, Kerajaan Pas Kelantan akan berusaha ‘melobi’ untuk mendapatkan sokongan daripada semua Ahli Parlimen tanpa mengira agama bagi meluluskan Rang Undang-Undang persendirian yang bakal dibentang nanti.

"Kita kekurangan empat undi selepas dicampur undi Ahli Parlimen Pas dan UMNO seperti yang dinyatakan akhbar.

"Jadi yang empat itu, dalam pakatan pembangkang masih ada ahli Parlimen Islam. Sebab itu, kita yakin boleh dapat sekurang-kurangnya majoriti mudah," ujar beliau.

Utusan Online

6 comments:

Anonymous said...

Tangan Kit Siang dok melemewaq nak pegang apa..???

Anonymous said...

tangan kit siang tu nak kemana, tapi sempat di pegang si kaur tu, gatal juga si tua sepet tu, tapi mungkin si kit siang nak bertenggo dengan kaur tu, apapa pun,banyak lawak politician yang sama sama kita boleh bayangkan sendiri..

peminat milo suam said...

Pasal nak buat hukum hudud sibuklah melobi,minta sokongan umno.dulu puak2 ni yg kata omno kafir..nik ajis sanggup berkawan dgn syaitan daripada umno..mintalah syaitan sokong pasal nak buat hudud pas tu..

Anonymous said...

UMNO PATAUT KENAKAN SYARAT KAT PAS,SOKONGAN HANYA DIBERI JIKA SEMUA MP PR MENYOKONG,SUPAYA UMNO TAK TERPERANGKAP DENGAN HELAH PAS!

sokong milo suam said...

Sebagai org melayu yg beragama islam,kami menyokong penuh 100% pasal pas nak laksanakan hukum hudud,tapi bukan hudud ciptaan politik pas yg bermusim dan dengan bersyarat...syaratnya Pas misti tendang DAP dan PKR dulu sbb Parti nilah yg kuat menentang hukum hudud,dipehak umno MCA ok cuma dia acah je...

bapak tiri kau said...

pas nak buat hudud banyak lak kau punya songeh nak harap kan umno sampai kiamat le jawapnye..