Friday, May 9, 2014

Najib Yang Mana Satu...? Selalu Terpaksa Bersabar ATAU Nasib Selalu Kurang Baik...?

Sejak dari 3hb April 2009, YAB Datuk Sri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 6 Malaysia, ada saja perkara yang 'tak kena' terjadi berulang kali seolah-olah mengundang persepsi mengenai keberkesanan pentadbiran kerajaan BN.....

Pada awal era pemerintahan Najib, beliau dilihat mengambil alih beban Pak Lah kerana 'terpaksa' memandu kenderaan yang sarat dengan penumpang bukan pilihannya. Iya, ketika itu, Najib tidak membuat sebarang rombakan kabinet secara drastik.

Bisik bisik dari ramai 'orang Najib' :  kita tunggulah sehingga next election, pada waktu itu Najib berpeluang memilih his own team member untuk terus mentadbir kerajaan BN ini.

Semalam kecoh lagi mengenai isu keputusan kabinet menggugurkan kolum bangsa pada beberapa borang rasmi kerajaan....

Seorang Menteri secara bangang membuat kenyataan yang dikatakan BUKAN keputusan kabinet. Memang sukar diterima akal bagaimana seorang yang bertaraf Menteri boleh dengan penuh selamba dan yakin membuat kenyataan media menyatakan keputusan kabinet TETAPI setelah YAB Perdana Menteri 'bersin' tiba tiba pula Menteri tersebut tersedar kenyataannya itu tidak benar....

Begitulah nasib badan YAB Perdana Menteri kita mendapat seekor jemaah Menteri yang bangang!

Semenjak memegang tampuk kuasa sebagai PM, memang agak ketara kita menyaksikan Najib tidak pernah mendapat satu team yang begitu kuat dan bertenaga. Disekeliling beliau memang ramai yang menjadi beban dan liabiliti..

Tidak ramai yang boleh menjadi benteng mempertahankan institusi kerajaan dan mengembalikan aura kegagahan nama UMNO. Tidak ramai juga yang boleh memainkan peranan sebagai striker dan menyerang juak juak Pembangkang habis-habisan...!

Kerja dan tugas ramai Pak Menteri dan pimpinan UMNO hanyalah menjawab...., iya hanya menjawab sahaja apabila Najib-UMNO-BN diserang oleh ramai striker striker Pembangkang seperti Rafizi Ramli, Chegu Bard, Saifuddin Nasution, Azmin Ali, Tony Pua, Teresa Kok, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Mat Sabu dan lain lain lagi.

Kerja dan tugas ramai Pak Menteri dan pimpinan UMNO hanyalah bertahan..., iya mereka bertahan sahajalah sampai lunyai...!!

Gelagat dan tingkah laku jelek memualkan oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang yang jahat tidak pernah dirasai oleh Tun Mahathir dan Pak Lah sewaktu mereka menjadi Perdana Menteri.

Betapa siksanya jiwa raga Najib diganggu oleh gelagat Anwar yang ditemani oleh ramai Ahli Parlimen Pembangkang tak pernah dirasai oleh Tun M dan Pak Lah

Iya, memang benar Anwar dibebaskan pada tahun 2004 sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Tetapi, sebaik sahaja dibebaskan pada tanggal 2 September 2004 sehinggalah Mac 2008, Anwar habiskan masa di Amerika sekaligus tak pernah 'usik' dan 'ganggu' Pak Lah.

Anwar hanya menggila dan rakus berperangai syaitan sewaktu hujung hayat Pak Lah mentadbir negara ini. Pada 17 Julai 2008, setelah menerima tekanan kuat akibat prestasi buruk BN pada PRU Mac 2008, Pak Lah telah mengumumkan Pelan Peralihan Kuasa untuk menyerahkan kepada Najib.

Semenjak itulah Anwar mengganas...! Sehingalah ke hari ini....

Nasib badan Najib sememangnya beginilah kisahnya. Beliau mendepani karenah Anwar..., tipu helah Anwar.., fitnah tohmahan jahat Anwar....  

Diwaktu yang sama tak ada mana mana Pak Menteri sekeliling YAB PM kita yang ada watak penyerang atau pun  striker yang boleh menjaringkan gol. Disekeliling Najib terlalu ramai defender, stopper, last man dan goalkeeper kerja mereka mempertahankan gawang GOL untuk kerajaan BN dan UMNO.

Termasuklah yang terkini Menteri Bangang Joseph Entulu.

6 comments:

PakKaduk said...

Anwar tak ganggu Dr M ? Biar betul! Zaman Dr M lah Anwar menggila nak jatuhkan ekonomi negara dengan nak pinjam IMF, gila kuasa ugut ummi hafilda dan orang2 yang tak dengar cakap beliau. Masa tu juga ada demonstrasi reformasi paling gila dalam sejarah malaysia! Nasib baik Dr M ni tegas kalau tidak hancur negara ni dibuat Anwar.

Jadi, Najib kenalah juga tegas. Janganlah semua kerja/keputusan nak berpandukan pada CONsultant. Mereka tu dah terbukti tak bagus setakat ni. Rasanya elok dengar nasihat daripada orang lama dalam UMNO yang dah berjaya mentadbir negara ini dengan baik.

Medan Info Kita said...

Pak Kaduk...,

iya mmg Anwar ada ganggu Tun M. Ikut fakta tempoh Anwar betul2 ganggu Tun M hanyalah 17 hari shj pak kaduk.

Anwar kena pecat 2/9/98 lepas 20/9/98 Anwar kena ISA sambung kena penjara Sg buloh sampai la 2/9/2004.

Skrg ni Anwar sbg Ketua Pembangkang, belakang dia ada lebih 90 ahli parlimen, ada team kerajaan negeri p pinang, sgor, kelantan, separuh perak, 30% negeri sembilan begitu ramai mereka menyerang dan ganggu Najib.

Itulah bezanya pak kaduk.

Dulu masa Anwar masih TPM dia dah try ganggu Tun Dr M. Dia guna Zahid Hamidi hentam Tun Dr M dlm persidngan pemuda umno. Lpas tu Anwar gatal2 usik dasar kewangan kementerian kewangan,nak try selit dasar IMF, nasib baik Tun Dr M cepat2 bawak balik masuk Daim Zainuddin sbg Menteri Tugas2 Khas. Terus Anwar terkedu kena check-mate.

Anonymous said...

Xyah ganggu... org dah nak tumbang

Anonymous said...

salah najib jugak, lembik sangat, masa mahathir dulu pun pak menteri bukannya bagus sangat . tapi dia tegas dengan semua keputusan, semua pak menteri memang kerja tukang angguk jer sampai la sekarang

KZSO said...

Inilah akibatnya dapat pm yang lembik dan dilihat kena queen control oleh rosmah! Penyelesaiannya senang sekali. 2 solusi sahaja. 1) Bertegas sebagai pemimpin negara atau letak jawatan! 2) Gugurkan menteri yang half past six yang tidak memahami perjuangan roh agama, bangsa dan tanahair terutamanya kj dan rakan-rakan

Anonymous said...

buat baik berpada-pada jahat sangka jangan sekali... itulah prinsip dato sri najib pm 1 malaysia