Tuesday, May 6, 2014

Sebagai Pengarah Strategik Pejabat Perdana Menteri Dato Shahlan Tolong JANGAN Makan Gaji Buta....!!

Setahun sudah berlalu.....!

Semalam tanggal 5 Mei 2014 genap usia setahun berlalunya PRU 13. Pada sekitar jam 6 petang setahun yang lalu, ramai yang agak cemas kerana kebangkitan kaum CINABENG yang menggila sejak dari awal pagi berbondong bondong keluar mengundi dengan kalimah INI KALI LAH...!

Iya, kalimah mereka INI KALI LAH membawa maksud mahu UMNO-BN tertonggeng di peringkat pusat dan serahkan tahta kerajaan Putrajaya kepada Pakatan Pembangkang.

YAB Datuk Sri Najib gagal merampas kembali majoriti 2/3 Parlimen, turut sama gagal merampas kembali Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. BN hanya berjaya pertahankan Perak dan merampas semula Kedah Darul Aman. Selebihnya, status quo, kekal seperti tahun 2008.

Setelah setahun berlalu, apakah sudah nampak bibit bibit UMNO-BN semakin kuat, semakin mantap, semakin popular secara keseluruhan....?

Apabila ditanya dikalangan pimpinan UMNO itu sendiri samada PRU 14 BN akan menang majoriti 2/3, merampas semula Selangor...., mereka hanya senyum meleret TAK berani langsung mahu mengatakan IYA kita pasti akan lakukan, 'YES we will definitely do it'.

Tak ada pimpinan UMNO yang berani katakan begitu....!

Sebab apa mereka tak berani...? Kerana mereka juga tahu bahawa UMNO-BN masih belum kembali GAH.

PKR memiliki seorang Pengarah Strategik bernama Rafizi Ramli.

Memanglah perwatakan beliau ini dibenci oleh penganut UMNO dan pro kerajaan kerana jambu belaan Anwar ini berjaya membuat hidup ramai pimpinan UMNO huru hara dan haru biru....

TETAPI dari segi KPI dikalangan pimpinan Pakatan Pembangkang watak Rafizi ini suatu SUKSES!

Sudah pasti istilahnya SUKSES kerana ramai pimpinan UMNO tak ada peluang untuk serang pimpinan Pakatan Pembangkang sebab TERALU sibuk untuk menepis dan menjawap pelbagai pembongkaran dan serangan Rafizi...

Memang benarlah hampir kesemua pembongkaran Rafizi itu tidak berasas TETAPI hakikatnya, dia berjaya membuat pimpinan UMNO, pegawai kerajaan tidur tak lena...!

UMNO-BN juga ada seorang Pengarah Strategik yang dilantik khas oleh YAB Datuk Sri Najib.....

Najib lantik siapa...? Dato Shahlan Ismail abang kandung kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail. Saifuddin dikenali sifatnya yang menggila buat fitnah terhadap Rosmah Mansor isteri YAB Datuk  Sri Najib.

Sebelum Shahlan tergolek kalah pada PRU 13 kerusi Parlimen Pokok Sena, beliau adalah Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Malang sungguh nasib UMNO-BN.

Iya memang malang..., dah setahun berlalu PRU 13, masih belum terasa UMNO-BN ini semakin disayangi rakyat..., masih belum berjaya lagi UMNO-BN ini kembali menguasai sokongan kawasan bandar 'urban population' seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Damansara, Subang, Ipoh, Gopeng, Gelang Patah, Kota Melaka, dan beberapa kota besar....

Apa yang Pengarah Strategik Pejabat PM buat....?

Apa yang perlu Pengarah Strategik Pejabat PM ini perlu buat....?  Baca di SINI

6 comments:

Anonymous said...

Lembab....

Anonymous said...

Dia tidoq,semua tu bukan masalah dia,dia dah boleh buat duit cukup la...pe lagi

tebing tinggi said...


Yang makan gaji buta dalam kem kerajaan ni ramai , yang pembelot pon ramai ,Najib tak nampak ,Umno tak perasan ,yang lain buat deek je.

Anonymous said...

Mengabiskan beras aje..itu lah ayat yang paling sesuai untuk manusia ni..sepatutnya dia malu untuk menduduki kerusi tersebut tambahan pula abang kepada setiausaha agung PKR...bagus la kalau camtu..dapatkan sebanyak banyak maklumat dalam JPM dan serahkan kepada adik yang boleh memantau strategik UMNO..Tak kan perkara sebegini tak bolih di dikir kan oleh penasihat penasihat kepada PM...jangan jadi punai sihat sudah macam spesis ini. PM sepatutnya dah tendang manusia yang bermata dua macam ni.

Anonymous said...

Shahlancau...

Anonymous said...

48 bulan lagi pru 14,tukarkanlah siput-siput yg berjalan terlalu lembab serta sering menyorokan kepalanya dlm cengkerangnyn.