Sunday, May 11, 2014

Secara Tiba Tiba Pimpinan MCA Boleh Berfikir Waras Seperti Manusia.....!!

Keputusan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bukan bermakna parti itu takut menghadapi kekalahan, kata presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebaliknya, beliau berkata parti itu mempunyai agenda yang amat penting iaitu mahu menumpukan perhatian kepada krisis Perlembagaan yang dicetuskan oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud.

"Kami turut mendapatkan pandangan di peringkat akar umbi serta keputusan untuk tidak bertanding dibuat dengan restu parti komponen Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan malam di sini hari ini.

Walaupun tidak bertanding pada kerusi tradisi parti itu, Liow berkata parti itu akan terus memberi khidmat kepada penduduk kawasan Parlimen Bukit Gelugor.

"Kami kini dalam proses transformasi. Kami kini cedera dan perlu pulih dengan segera," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Sebab paling jelas adalah kerana MCA takut tak boleh menang. Kalau MCA tarik diri kita minta Umno saja lah yang ke hadapan. Okay tak ?

salim hasan said...

KALU TAKUT TU CAKAP TAKUT LAH TAK PAYAH BUAT ALASAN BODOH!!!!,BN BOLEH TARUK CALON LAIN ATU PUN SOKONG MANA MANA CALON YG DIKIRA BN FRIENDLY,TAK KIRA LA BEBAS ,KE BERPARTI