Sunday, May 4, 2014

Siapa Yang ARAHKAN Azmin Ali TUTUP Mulot Jangan Jawab Isu Manipulasi Kertas Undi Pemilihan Pimpinan PKR....?

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengambil sikap menutup mulut berhubung dakwaan beliau terlibat dengan kegiatan memanipulasi undi dalam pe­milihan parti itu yang sedang berlangsung.

Azmin berkata, beliau menyerahkan perkara ber­kenaan kepada Jawat­ankuasa Pemilihan Pusat PKR untuk menyiasat dakwaan terbabit dan berharap individu yang terlibat akan dikenakan tin­dakan tegas.

"Buat masa sekarang, sa­ya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai dakwaan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan de­ngan ahli PKR negeri di sini hari ini.

Pemilihan PKR yang bermula Sabtu lalu dicemari pelbagai in­siden seperti bekalan elektrik terputus, dakwaan wujudnya manipulasi undi, perubahan lokasi mengundi pada saat akhir serta masalah teknikal.

Keadaan semakin panas apabila seorang pemimpin mu­da PKR, Badrul Hisham Shahrin mendakwa kumpulan penyokong Azmin terbabit dalam kegiatan manipulasi undi yang mana ketika ini Ahli Parlimen Gombak itu mengatasi dua pencabarnya apabila mendapat 5,111 undi berbanding Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (2,288) dan Datuk Saifuddin Nasution (2,322).

Utusan Online

3 comments:

Anonymous said...

Inilah masanya penyokong tegar anwar yg sedar dgn penipuan pkr tinggalkan pkr... apa tunggu lagi?

Anonymous said...

oh! jangan biarkan gadis cantik itu di sondol !!!

Anonymous said...

Azmin is a strong leader...with great grassroot supports... the rest candidates is just jobless opportunists....PKR will be more better wth Azmin leadership..