Monday, May 19, 2014

Updates 07 PRK Teluk Intan - Pertandingan Kini Bermula... Jentera Pemuda BN Dan Puteri UMNO Kena Kerja Kuat....!!

‎Sudah kedengaean secara rasminya tiupan wisel dibunyikan menandakan bermulalah acara pertandingan untuk rakyat Teluk Intan membuat PILIHAN...

Iya, kena buat pilihan menerusi Pilihanraya Kecil untuk memilih yang mana satu... Nak pilih yang muda dan lawa atau nak pilih yang tua dan masuk senja?

DAP mempertaruhkan gadis melayu berusia 27 tahun manakala BN pula menawarkan Surat Kabar Lama... calon BN yang sudah dua kali tertonggeng pada PRU 2008 dan PRU 2013. 

Tugas berat menanti jentera BN untuk mendapatkan kembali majoriti 7,000 undi yang pernah dimenangi oleh mendiang Seah calon DAP pada 5 Mei 2013.

Mampukah jentera BN menawan hati pengundi di Teluk Intan...?

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

3 comments:

Anonymous said...

kalau puteri aku yakin akan kerja keras...tapiiiiii...pemudaaaaaaa....mmmmmmmm...kita tengok le nanti yer...

azhar...

Anonymous said...

MASAALAHNYA JENTERA-JENTERA UMNO DAN BN YANG DATANG DARI JAUH BUKAN HENDAK KERJA KUAT BERKEMPEN TAPI MEREKA CUMA MENJADI PELANCONG POLITIK. HAZIR SETAKAT "MENUNJUK MUKA"..SUPAYA JANGAN DILIHAT SEBAGAI TIDAK MENYOKONG PARTI. PERKARA INI BERLAKU SEMASA PRK KAJANG YANG LALU. PERKARA INI DI CAKAP SENDIRI OLEH PEMIMPIN DAN AHLI YANG DATANG DARI LUAR SEMASA PEKENA TEH TARIK DI RESTAURAN MAMAK.KALAU MACAM INI PERANGAI PEMIMPIN2 DAN JENTERA UMNO DAN BN DARI LUAR..SAMPAI BILA BILA PUN BN TAK AKAN BOLEH MERAMPAS KERUSI-KERUSI YANG DI PERTANDINGKAN SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA KECIL.

Anonymous said...

Naper putri umno lak....mner putri gerakan...mca...mic...?