Thursday, June 12, 2014

BANGSAT...! Sewaktu Mei Fun Bertanding Di PRK Kajang, Jentera Melayu UMNO Yang Kerja Kuat. Tetapi Sekarang MCA Mau Main Belakang...?

MCA dan Gerakan menggesa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno supaya menarik balik cadangan untuk membentangkan usul berhubung hukum hudud apabila persidangan dewan undangan negeri disambung pada 16 Jun.

Naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata beliau menyesali tindakan Adun Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik yang dilaporkan akan membentangkan usul itu kerana tiada kesepakatan antara parti komponen Barisan Nasional (BN) berhubung pelaksanaan hudud sehingga sekarang.

"Ketika wakil rakyat dari Umno itu bercadang untuk membentangkan usul itu, beliau tidak ragu-ragu lagi masuk perangkap yang dipasang oleh Pakatan, terutama PAS," kata beliau dalam kenyataan.

Chew percaya Selangor tidak memerlukan sebarang bentuk pelaksanaan hukum hudud atau pun menjadi tajuk perbahasan pada mana-mana persidangan dewan undangan negeri.

Beliau berkata negara mempunyai undang-undang jenayah dan Kanun Keseksaan yang komprehensif dan mempunyai dua set undang-undang akan menimbulkan kekeliruan dan konflik.

"Politik ialah mengenai menangani urusan semua orang. Pelaksanaan sebarang dasar hendaklah diukur daripada sudut pandangan nasional," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Selangor, David Ang Chin Tat berkata parti itu membantah keras tindakan Kamarol Zaki untuk membentangkan usul itu.

"Gerakan Selangor membantah cadangan itu kerana hudud bercanggah dengan perlembagaan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau juga menggesa pemimpin DAP dan PKR di Selangor menyatakan pendirian masing-masing mengenai isu berkenaan.

Sementara itu, Kamarol Zaki ketika dihubungi Bernama berkata beliau bercadang untuk membentangkan usul hudud tetapi terserah kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh sama ada untuk menerima atau menolak usul itu untuk perbahasan.

mStar Online

6 comments:

berasiam said...

UMNO Selangor melatah ke mengigau nak kemuka hukum hudud di DUN Selangor. PAS pun dah tangguh pembentangan undang-undang persendirian di Parlimen. UMNO Selangor pulak terhegeh-hegeh. Nak jadi hero sangat ker Zaki yang entah siapa ni. Ingat orang nak pandang UMNO lebih Islam daripada PAS ker dengan cara ini?

Anonymous said...

Padan muka UMNO percaya sangat kat MCA serupa aje macam DAP, harap Najib serta penasihat-penasihatnya serta UMNO yang liberal tolonglah undur,dah teruk Islam dan Melayu dilanyak oleh Kaum lain termasuk Melayu sendiri, tiada apa-apa pun tindakan yang betul-betul tegas di lakukan. Melayu jadi seperti anak tiri dalam negara sendiri serta dihina, agama Islam senang-senang orang persoalkan, apa pemimpin-pemimpin buat?

Anonymous said...

insyaallah sama sama kita tunggu masa yg menentukan samada UMNO bawah Najib masih relevan atau macamana. Pemimpin UMNO dah jadi betina..sama macam era Pak Lah..malah lebih teruk..Bangun la wahai melayu

Anonymous said...

Kemana halatuju PAS...ramai org tertanya2..Apa yang di perjuangkan pun ramai tak tau.Serban sahaja besar...kononnya lebih alim dan warak....rasa diri bagus dan pasti masuk Syurga...Orang luar tengok mereka ni seperti berjalan dalam gelap ...teraba raba tak jumpa jalan keluar.Dah jauh sesat sebab tak nak dengar mereka yg lebih tau agama.Sesat sendiri tak apa...tapi cuba ajak orang lain ...rasa diri selamat kerana kawan sesat ramai.

Anonymous said...

Masih tak nampak lagi? Anwar is a silly Decoy, Najib is the Trojan. The idea is to implode from within. The long list of LIBERALISATION Najib is taking. The 2nd Tier of backup Trojan already in place in the 'green' minister of sport.

Melayu-muslim tak sedar lagi the rot will be sooner rather than later!

You cannot say you're not forewarned!

Anonymous said...

DONT WORRY. IMAM MAHDI IS COMING TO SAVE THE WORLD.